Selamat Datang

Friday, May 23, 2014

KISAH AKU DAN KOTAK

ni la hasilnya " balutan kotak oversea "

Entry kali ni aku nak citer pasal kotak . KOTAK ?? kenapa kotak ?? dah tak de citer lain ke ??
Rilexs rilexs … cooollllllll.. hhihi

Kenapa aku memilih kotak ? apa istimewa dan rasional nya sampai nak tulis dalam blog bagai ??

Ok ! kisah nya bermula …

Oversea dan kotak tidak dapat dipisahkan ..hahahah .. sebab tiap kali nak kargo barang confirm akan guna kotak punya .. hahaaha ..Sekarang aku di tahun akhir dan sure sure la bnyak barang nak kena kargo , mana taknya buku dah boleh buat pustaka mini dah , tak masuk pakaian lagi nak kargo ,,alahai mahu nya berkotak-kotak.

Tahun lepas kakak-kakak batch pertama balik ,, wow banyak nya kotak . “ aku nanti mesti banyak ni jugak “ detikku dalam hati . Owh lupa kotak ni sebelum di kargokan haruslah di salotep rapi menggunakan salotep berwarna coklat . Time yang nak balut ni la yang leceh sikit ..mana taknya nak kena balut satu kotak tu biar kemas  ,,huh x susah pun cuma rumit je … huhu

So, apa kaitan nya aku dan kotak ? haa nak citer nya cuti winter lepas dalam bulan 2 kalau tak silap , aku punya la pokai ,duit dalam kocek ade not le5 je ..fuh nak survive hidup kat tempat orang dengan le5 , nak mintak teman2 segan , nak mintak ngan family lagi la segan , tambah plak duit biasiswa lambat masuk ..Segala pergerakan terbatas , nasib baik la sekolah aku tak mula lagi,Oleh kerana rusuhan dan ketidakstabilan politik kat Mesir ni sekolah terpaksa ditangguhkan hampir dua bulan ..lama bhai , tak pernah-pernah Al-azhar cuti  winter lama camni .OK !

Sambung balik citer tadi, “ haaa apa kata aku buat perkhidmatan balut kotak “ aku bermonolog sendirian . “ tapi ada ke yang nak ? “ soalku sendirian . Tanpa segan silu aku meminta pandangan teman-temanku .Alhamdulillah respon diorng positif “ ok jugak cadangan tu “ .. “ menarik “ .. selepas meminta pandangan mereka dan respon yg diterima aku memulakan “bisnes” kecilan ku ni tawakkal je la janji ade usaha  .. dengan bayaran le5 untuk setiap kotak mereka setuju..aku merasakan agak mahal , tapi diorang setuju .Maka perjalanan bissnesku ni bermula dan Alhamdulillah berjalan lancar .Pujian dan Syukur aku panjatkan atas rizki ini ,at least dapat la tampung perbelanjaan duk negara orang ni ,,

Setiap hari hampir 5 kotak tersedia kat depan pintu rumahku ,, dan setiap pagi petang siang malam bunyian “balutan kotak” kedengaran ,bimbang jugak aku jika menggangu ketenteraman teman2 serumahku , tapi mereka ok2 saje , hampir 30 kotak jugak la yg aku balut .Aku senang dengan “bisnes’ ini sebb dapat mengisi masa lapang dan ceburkan diri dalam “bisnes” walaupun kecil-kecilan .huhu bisnes la sangattt. Nak makan takkan nak tunggu orang suap kot ! pergi dapur ambik pinggan isi makanan dan makan ! haa itulah yg aku buat takde duit takkan nak tunggu duit datang bergolek ..kena la usaha , nak kerja kat Mesir ni kerja apalah sangat yg aku boleh buat !! ahaha so aku try la “ bisnes kotak “ hihihi masyukkkk ,teringat plak waktu tahun satu di sini buat perniagaan “ kuey cara “ la bagai .. ok not bad !

Sambung lagi citer sal kotak, satu hari aku dapat duit hasil dari bisnes ku ini ..ya ALLAH tak terbayang rasanya hasil penat yg tak seberapa ni, aku dapat  hampir le100 lebih jugak la ( ok la kan ? ) bukan buat jualan barang kemas pun nak dapat banyak untung .. aahaaa !

Syukur sangat ! yg paling comel nya ade la yang bayar lebih ,aku pelik dan tanya kenapa ? “ susah nak balut kotak ni , tu yg bagi lebih sikit “ ya ALLAH baiknya .Syukur tak terhingga..baru aku rasa macam mana kalau kita as peniaga and then pelanggan  bagi duit lebih kat kita , and kita as pelanggan bertaamul dengan peniaga dengan cara baik dan ade sifat2 tolak ansur dalam proses perniagaan kedua-dua belah pihak…..ouh INDAHNYA ISLAM !!!  macam dapat duit gaji plak rasanya .tu la keja aqu waktu cuti winter “ bisnes kotak “ hahaha … itulah kisah “AKU DAN KOTAK”

Jap , apa moral nya nak sampaikan ??

Ok …

Firstly, aku nak citer setiap masalah ade jalan keluarnya @ jalan penyelesaiannya

Secondly , intai peluang bisnes yg ade walau ianya "bisnes keci2lan" .. ala nak jadi bos kena la mula dari bawah dulu ,,kan kan ?

Thirdly , usaha untuk mendapatkan sesuatu bukan menunggu tanpa usaha, lepas tu tawakkal .. takkan nk tunggu kejayaan/duit dtg bergolek … oh tidak !! yg betulnya usaha à tawakal à doa .

Fourthly, nak jadi peniaga jgn cepat nak kejaq untung je , bg khidmat yg terbaik biar pelanggan selesa

Fifthly , pelanggan jugak haruslah memliki sifat tolak ansur , jgn asyik nak minta tawar je , kesian kat peniaga tu hahha biar berpada orang kata …

Tu je kot !! entry kali ni ……

Hope give some benefit to u allss !!

** maaf bahasa rojak sikit dan bnyak sangat singkatan bahasanya , maaf sebab guna " aku" rasa lebih dekat …. Sorry !! k bye assalamua’alaikum !

#entry paling sempoi sebb dah bersarang aku punya blog ni lama tak updates#tgh musim imtihan lagi ni #

** syukran teman2 yang membantu **