Selamat Datang

Tuesday, November 6, 2012

"HAKIKAT PEJUANG & PERJUANGAN"

Bila dikaitkan hal perjuangan manusia tidak dapat lari dari ujian ..sebab jalan dakwah penuh duri "perjuangan itu pahit tapi syurga itu manis "

Realiti mahasiswa/wi kini tidak dapat lari dari menjadi seorang da'ie,ulama',pemikir mahupun seorng aktivis ..apabila dilontar persoalan demi persoalan menyebabkan minda mahasiswa/wi ligat mencari penyelesaian atau menerim

a sebagai satu "bebanan" ...hakikat seorang pejuang tidak dapat lari dari mengejar ilmu , mencedok mutiara dari dada para ulama' kerana menuntut ilmu itu merupakan satu jihad utama dalam konteks sebgai seorang yg "belajar" ALLAH Berfirman : Dan tidaklah orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ILMU yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). al taubah : 122

Jika dilihat mahasiswa/wi hari ini tergolong dalam tiga golongan yang ana rasa sahabat2 tentu tahu . Baiklah yang pertama golongan yang belajar kerana sijil.Sijil hanyalah satu wasilah yang ana rasa ianya tidak menjamin apa2 dan siapa yang yakin bahawa sijil itu mampu mengubah hidup maka peganganya telah rosak ..yang ke-2 fokus belajar semata-mata tanpa menyumbang apa2 dalam gerakan dakwah,dan yang ke-3 faham ada ilmu tapi takut untuk bergerak dalam gerakan islam,takut bayang2 sendiri itu lebih parah ,takut "periuk nasi" lari itu bukanlah pendirian mahasiswa/wi yang intelektual mahupun profesional tapi yakinlah pada yang ESA yang MAHA KUASA ke atas makhluknya ..bukan manusia yg memberi rezeki tapi datngnya rezeki dari ILLAHI..

Golongan agamawan hari ini perlu lebih kreatif dalam menyampaikan dakwah kepada mad'u dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan,yang mana kita dianggap golongan generasi Y hari ini perlu lebih peka soal mad'u ,masalah masyarakat..dalam ilmu kemasyarakatan menyebut untuk kita kenal masalah masyarakt tak dapat tidak utk kita turun dalam masyarakat itu sendiri,menyelami isi hati mereka barulah masalah dapat diselesaikan.mengaplikasikan dakwah santai kreatif dalam kehidupan mampu mengubah perspepsi ummat utk lebih menghayati keindahan ISLAM..

Bercakap soal sejauh mana kebergantungan mahasiswi terhadap mahasiswa dalam gerak kerja amal islami..kedua-dua pihak memiliki kebolehan masing-masing tapi pada masa yang sama tidak dinafikan kedua-dua pihak memerlukan kerjasama ataupun pertolongan dalam hal-hal tertentu selagi mana selari dengan syariat islam.wanita sayap perjuangan lelaki ... wanita juga bukan sahaja hebat didalam dpur tapi juga mantap diluar dapur ..

Akhir kalam mahasiswa/wi yg hebat mampu mengoncang dunia mampu meruntuhkan jahiliyah moden yg ada pada hari ini tapi jika mind setting masih di takuk lama sama2 kita ubah pasakkan istiqomah dalam diri teguhkan moga tidak goyah lakukan transformasi pemikiran sama2 memanifestasikan sebuah kesatuan yang erat dalam menjulang kalimatul haq ..

"solat subuh berjemaah kalau tak dapat nak lakukan dan selesaikan hari ini usah bercakap soal perjuangan " sama-sama renungkan !!!

Barisan ahli panel :
ust HJ AZHAR YAHYA
ust FARKHAN MD ZAIN
en NURUL ISLAM
ustz HASANAH YAHUZA

dipetik dari Forum Perdana
"HAKIKAT PEJUANG & PERJUANGAN"
Kompleks BKSAM 01112012

~mujahidprofesionalmujahidahintelektual~
~siasah syar'iah peneraju daulah ~

:: yang baik jadikan tauladan yang tak baik jadikan sempadan :: wallahu'lam

No comments:

Post a Comment