Selamat Datang

Tuesday, September 9, 2014

CABARAN MENDEPANI ARUS KEMODENAN


“Social Networking” dalam erti kata lain “Rangkaian Laman Sosial” kini menjadi bualan warga tempatan . Baik buruknya dipertiakaikan, malahan turut dipersoalkan . Media massa yang menjadi penghubung antara jiwa-jiwa , mempertautkan hati-hati,mempertemukan rasa menjerat diri sendiri .Kadang kala kita memikirkan kita ingin berhubung dengan teman-teman sepermainan , kawan-kawan lama dan lain-lain ..Ya bagi aku itu tiada salahnya malahan baik juga sebab bisa mengeratkan silaturrahim sesame saudara semuslim,Namun, jangan kita lupa dalam baiknya mungkin juga ia satu “perangkap” untuk menjerat.Kawal .. hurmm ya “mencegah lebih baik dari merawat” .Tiada salah menggunakan laman sosial untuk berhubung namun ianya perlu dikawal supaya tidak “ketagih” .Jika dibuat bancian secara rawak , rata-rata yang memiliki akaun laman sosial seperti Facebook,Ummaland,Twitter,WhatsApp, Viber,We Chat, Telegram dan lain-lain adalah dalam lingkungan 7 tahun keatas ..wow kecik2 dah ada akaun peribadi >_< … (aku bukak akaun FB pun umur 19 tahun ..ngeee) … baik mereka yang bekeluarga,pelajar,mahasiswa,orang-orang besar alim ulama’ dan lain-lain.

Dari sudut pandang positif , mungkin aku dapat senaraikan beberapa kebaikan yang boleh kita ambil dari media massa ini :-

1- Sebagai alat komunikasi yang lebih cepat dan efektif.

2- Salah satu alternatif untuk mengetahui isu-isu semasa ( kata orang media massa ni lebih cepat kita dapat tahu apa2 maklumat ) .

3- Salah satu sumber rujukan ilmu ( tidak dinafikan untuk mendapatkan ilmu itu tidak dapat tidak kena bertalaqi dengan guru , menadah kitab ) tetapi ia merupakan salah satu alternatif untuk mendapatkan maklumat tambahan.

4- Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan kenalan2 lama dan baru .

5-Tempat penyebaran risalah-risalah Islam yang dibawa oleh Baginda sallallahu’alaihi wasallam.

6-Tempat berkongsi ,curahan ilmu-ilmu baik ilmu agama mahupun ilmu kontemporari.

Manakala dari sudut pandang negatif, mungkin aku dapat simpulkan beberapa perkara :-

1- Peningkatan kes penceraian,keretakan rumah tangga.

2- Keruntuhan moral remaja dengan mengupload gambar2 selfie yang tidak membawa kebaikan.

3- Meletakkan pergantungan bukan kepada ALLAH.

4- Fitnah,Aib seseorang tersebar dengan mudah , hampir jutaan mengetahuinya.

5- Laman-laman web porno berleluasa , tidak disekat .

6- Kes cintan cintun , cinta monyet dsbg ….

Itulah antara baik buruknya media massa yang makin menonjol dalam kalangan masyarkat hari ini, lebih-lebih lagi dengan adanya smartphone,android dll yang makin meluas dipasaran … internet dihujung jari la katakan … L

So, what to do ? bagi aku yang jiwa ala2 remaja ni .. wakakak remaja la sangat ..opps btw aku juga pernah lalui nya ,,okay .. tapi masa aku remaja tak de la plak sibuk dengan benda-benda ni ,almaklum la waktu tu tak “semoden” sekarang ni.Aku bersyukur kerana tidak dimanjakan dengan benda2 sebegini dari awal , kalau tak ntah jadi apa sekarang ni ! mana taknya handphone kat tangan pun masa umar 19 tahun bhahahahaha…

Ok  , aku nk bg sikit cadangan la , tu pun kalau korang rasa nak terima , kalau tak nak terima terpulang ,letak je tepi …

1- Jangan update status yang terlalu pribadi kat wall post anda! Kalau boleh sebelum post apa2 fikir dulu sejenak ( cewahh ayat) adakah post aku ni beri manfaat atau tidak .

2-Jangan upload gambar2 pribadi anda , kalau rasa nak upload jugak buat privacy setting “only me” ke , “friends” yg dah diasingkan dari friend lelaki dll .

3- Bagi yang dah berkahwin , buat je satu akaun  kongsi ngan partner masing2 ( yang dah halal je okay) ,aku tak tahu la berkesan ke tak sebb ade je kawan aku yang buat,okay je aku tengok,aku skunk ni takde la kongsi lagi wakakaka

4- Kawal penggunaan ,gunakan ke arah kebaikan . Yeah anda boleh !!

5-Jangan mengapi2kan , mengaibkan,mengfitnah atau sebarkan video,gambar, kata-kata yang berunsurkan pergaduhan,aib, dll.

6- Apa-apa yang membawa keburukan elakkan!

Tu je la yang aku nak kongsikan ,mohon maaf jika ade kekasaran mahupun khilaf, bukan apa arus kemodenan kala ini sangat mencabar ,aku tidak tahulah bagaimana nasib generasi akan datang.Tiap tahun ade saje “pembaharuan” yang dilakukan, samada iannya baik atau buruk …yaa bergantung kepada DIRI SENDIRI jua sih .. moga tergolong dalam “mereka yang mengubah nasib diri sendiri” agar nanti nasib generasi akan datang akan terbela dan terjaga bersesuaian dengan firman ALLAH S.W.T : “ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga  mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” ar-Ra’d ayat 11 .

Sekian 4 entry bulan ni :D maaf diatas penggunaan “singkatan” perkataan yang sangat ketara jelasnya … J post ni bertujuan muhasabah diri sendiri kerana tangan yang menulis lebih dekat dengan mata yang melihat , mulut yang membaca dan hati yang menafsir…. ya manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan …


p/s : pesanan kalau rasa nak komen ,komen je kat bawah ni ..INSHAALLAH terima dgn hati terbuka .. “practice make perfect” lama x mengarang  .. “pendahuluan, isi tersurat,isi tersirat,penutup “ dll :D