Selamat Datang

Thursday, November 8, 2012

♥ NILAI SEKEPING HATI ♥

indahnya nilai sekeping hati ...



Di sebuah kampung yang tidak jauh dari Bandar PEKAN tinggalah seorang pemuda yang soleh..Satu hari pemuda tersebut ziarah di satu kawasan dengan membawa sekeping hati miliknya, pemuda meletakkan hati tadi di tapak
tangannya ,”wah sungguh bercahaya hatinya “ seorang lelaki separuh umur berkata.” Bersinar-sinarlah hati abang itu” anak kecil berkata-kata.”Mulia sungguh hati si lelaki ini” mak cik Soleha menambah..Maka anak muda tadi membawa hatinya berjalan melalui penduduk-penduduk yang berada di situ, banyaklah pujian yg dapat didengari,dari awal hingga ke hujung jalan .. sehinggalah sampai pada satu susuk tubuh dalam lingkungan 60-an,matanya tertatap di wajah lelaki tua tersebut ..dan memandang sekeping hati di tapak tangan lelaki tua tadi.. Anak muda tersebut melneliti hati lelaki tua itu,agak pelik kerana terdapat satu lubang pada hati tersebut,ada juga kesan toresan,anak muda tadi kebingungan..Melihat wajah anak muda yg berkerut tadi ,pak cik tadi seraya berkata” wahai anak muda tengoklah hati aku,mungkin kamu terasa pelik melihat hatiku tak secantik hatimu” … “ wahai pak cik apakah yang menyebabkan hatimu sebegini rupa ?” anak muda bertanya inginkan pencerahan..Wahai anak muda ketahuilah kesan lubang di hatiku ini adalah kerana aku telah member Kasih sayangku kepada seseorang,dan oraang itu tidak mengembalikannya , manakala garisan ini adalah kesan disebabkan aku menegur seorang remaja .. “Bagaimana pula petak pada hati ini tidak terisi “ ( kesan seakan –akan berbentuk segi empat yang diisi dengan bentuk segitiga) anak muda bertanya..” Ini adalah disebabkan mereka mengganti apa yang aku berikan tetapi tidak sempurna gantiannya “ pak cik tadi menjawab persoalan anak muda tersebut..Dari itu anak muda tadi tunduk kan wajahnya ke bumi….SUBHANALLAH rupa-rupanya masih ada “hati” yg lebih mulia dari hati aku,hati aku walaupun bersinar , bercahaya tapi tiada harga…berbanding hati pak cik tersebut bagai ditores,dihiris, .. HATI AKU...... !!!


:: INDAHNYA NILAI SEKEPING HATI ::

No comments:

Post a Comment