بسم الله الرحمن الرحيم
MENGATASI
RENDAH DIRI & RASA MALU
MUKADDIMAH
Setiap Muslim haruslah memiliki akhlak yang
mulia kerana ianya merupakan suatu tuntutan dalam syariat ISLAM .Sebagaimana
yang ditegaskan oleh Rasulullah
s.a.w tentang tujuan pengutusan
baginda :
Yang bermaksud : “Sesungguhnya
aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”
Hal ini ditegaskan lagi di dalam Al-Quran ,
ALLAH berfirman :
ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ
فِى ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّڪَوٰةَ وَأَمَرُواْ
بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ
Yang bermaksud : “ Iaitu
mereka (umat islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya
mereka mendirikan sembahyang serta member zakat,dan mereka menyuruh berbuat
kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan
(ingatlah) bagi ALLAH jualah kesudahan segala urusan .” (Surah Al-Hajj ,
Ayat 41 )
Akhlak yang mulia adalah tanda keimanan
seseorang . Seseorang yang tidak berakhlak tidak dikira sebagai seorang yang
beriman.Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w menyatakan :
“Bukanlah iman itu hanya
dengan cita – cita tetapi iman itu adalah keyakinan yang tertanam dalam hati
dan dibuktikan dengan amalan” (Hadis riwayat Ad-Dailami)
Seseorang yang muslim haruslah memiliki ciri-ciri
akhlak yang bertepatan dengan syariat islam antaranya ialah bersifat warak dari
melakukan perkara-perkara syubhat,memelihara penglihatan,memelihara lidah,
bermurah hati dan yang berkaitan dengan topik perbincangan ialah bersifat
tawaduk ataupun rendah diri dan bersifat pemalu.Ciri-ciri ini wajar dimiliki oleh setiap insan supaya dia
menjadi seorang muslim yang benar .[1]
RENDAH
DIRI & RASA MALU MENURUT KACA MATA ISLAM
Rendah diri dieertikan juga sebagai tawaduk ,
lawan kepada sifat tawaduk ialah takbur. Dalam kitab “Apa Ertinya Saya Menganut
Islam?” Karangan Dr. Fathi Yakan menyebut seseorang muslim mestilah bersifat
tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudara-saudaranya yang muslim
dengan cara tidak membezakan (dalam memberikan layanan) sama ada miskin mahupun
kaya.Rasulullah s.a.w sendiri memohon perlindungan kepada ALLAH agar dijauhkan
dari sifat takbur (membangga diri) .
Baginda bersabda :
Yang bermaksud : “Tidak akan memasuki syurga
sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit) sifat takabbur.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Di dalam hadis Qudsi pula ALLAH berfirman :
Yang bermaksud : “Kemuliaan itu ialah pakaian
–Ku dan membesarkan diri itu ialah selendang –Ku. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari kedua-duanya
pasti Aku akan menyeksanya” (Hadis Qudsi Riwayat Muslim )
Manakala sifat pemalu atau memiliki rasa malu
memurut Islam sebagaimana yang disebut oleh Dr.Fathi Yakan di dalam kitabnya seseorang
muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan.Namun demikian sifat
tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakan kebenaran.Di antara
sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain ,
memelihara pandangan,merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap ,
berasa cukup serta memadai sekadar yang ada serta sifat-sifat seumpamanya.
Di
ceritakan daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda adalah seorang yang sangat
pemalu,lebih pemalu dari anak gadis yang berada dibalik tabir.
Rasulullah s.a.w bersabda :
Yang bemaksud : “ Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang
atau enam puluh cabang,maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah
(Tidak ada tuhan yang sebenarnya melainkan ALLAH) dan yang paling rendah ialah
membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang iman.” (Hadis
riwayat Baihaqi).
PERSEPSI
MASYARAKAT TERHADAP SIFAT RENDAH DIRI DAN RASA MALU
Rendah diri dan rasu malu[2] sering menguasai diri baik remaja mahupun
orang dewasa.Sifat-sifat ini sememangnya perlu ada bagi seseorang individu
,namun haruslah kena pada tempatnya.Sebagai seorang Muslim,dia harus lah
memiliki akhlak yang baik ,akhlak yang mampu menjadi contoh tauladan dalam
masyarakat.
Namun,hari ini sifat rendah diri dan rasa
malu disalahtafsirkan oleh segelintir masyarakat.Persepsi masyarakat yang
berbeza menyebabkan sifat ini terkeluar dari landasan syariat islam.Paradigma
songsang yang sering menerjah ruang legar
kotak pemikiran manusia jauh tersasar dari hadaf utama wujudnya sifat rendah
diri dan rasa malu.
“Apa nak buat ALLAH jadikan aku banyak
kekurangan,siapalah aku?” kata Salwa . “
Ala orang bandar lebih mempunyai keyakinan diri berbanding aku orang kampung
duduk pedalaman ..” kata Zaid “Anak lelaki lebih bersemangat dan berkeyakinan
dari anak perempuan” kata seorang ibu
“Kecantikan itu membuat keyakinan lebih bertambah” kata Anis . “Ala aku malu la
,tak biasa bergaul dengan orang perempuan ni,kau la yang cakap” kata Nabil.
Ini antara fenomena yang sering terjadi dalam
masyarakat kita.Terlalu rendah diri dan rasa malu yang tidak bertempat.Untuk
melakukan perkara kebaikan tidak dapat dilaksanakan dek kerena sifat negatif
menguasai diri.Hancur segala impian hanya kerana rendah diri atau pun kurang
keyakinan diri dan rasa malu yang tidak sepatutnya dimiliki oleh individu
muslim.
Allah menciptakan kita semua sama hebat tapi
tak serupa,jangan terlalu pesimis dalam menjalani hidup. .Sebagaiman firman
ALLAH s.w.t:
لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ
Sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan
sesuai dengan keadaannya)
Terdapat beberapa punca yang dikenal pasti
menjadi penyebab kurang keyakinan diri dan rasa malu yang tak bertempat yang
dihadapi oleh masyarakatAntaranya ialah :-
1) Tidak kenal diri sendiri
2) Fokus kepada kehebatan orang
lain
3) Gagal mempamerkan kehebatan
diri
4) Latar belakang keluarga
5) Kegagalan yang lalu
6) Ingkar perintah ALLAH
7) Melabel diri dengan perkara
negatif
PETUA
MENGATASI RENDAH DIRI DAN RASA MALU
Setiap masalah ada jalan
penyelesaiannya.Begitu juga dengan mereka yang menghadapi masalah kurang
keyakinan diri dan terlalu rendah diri dan rasa malu yang melampau hingga dalam
hal-hal kebaikan .Hal ini menjejaskan reputasi seseorang muslim yang sepatutnya
mampu dirawat dan di kawal.
Terdapat beberapa petua yang di sarankan oleh
Dr.Fadzilah Kamsah ,Pakar motivasi yang terkenal . Antaranya ialah :-
1) Kenali diri dan masalah yang
dihadapi dengan mendalam
2) Sentiasa berdoa untuk
mengembalikan keyakinan diri
3) Bergaul dengan mereka yang
mempunyai sikap positif
4) Mencungkil bakat yang
terpendam
5) Membentuk penampilan baru
6) Memperbaiki penampilan diri
7) Kawal pemikiran dan tukar
label mental
8) Menjaga kesihatan tubuh
badan
9) Mencari mentor,penasihat
atau pakar motivasi
10) Bersyukur ke atas segala
nikmat karunia ALLAH [4]
Berikut adalah petua-petua yang disarankan
bagi menangani masalah tersebut,setiap masalah perlulah diteliti dan difahami
apa sebabnya dan dari situlah kita cuba menyelesaikannya.
Bergaul dengan mereka yang intelektual dan
mempunyai fikiran optimis dan positif mampu menbentuk semangat dan jiwa kental
dalam diri .Di samping kita mencari bakat yang terpendam “skill”
kemahiran yang ada,selongkarlah kerana dari situ akan lahir keyakinan dalam
diri anda.Setiap makhluk ciptaan ALLAH
tidak dijadikan sia-sia melainkan ada hikmah dan tujuannya.
Mindset perlu diubah dari pemikiran negatif
sebagai contoh , ‘aku tak pandai’ kepada ‘aku sama pandai dengan orang lain
,cuma belum keluarkan kehebatan ,aku ada kekuatan aku bukannya tak pandai’
bukanlah “sombong” tapi itulah hakikat kita setiap orang mempunyai keistimewaan
masing-masing.CARILAH KEISTIMEWAAN ANDA !!!
DOA
–DOA YANG DISARANKAN BAGI MEMBENTUK KEYAKINAN DIRI
Antara doa-doa dan amalan yang
boleh membantu menaikkan semangat dan keyakinan diri serta membuang sifat malu
ialah :-
1) Baca surah al-Fatihah
2) Doa nabi Musa a.s :
رَبِّ اشْرَحْ لِي
صَدْرِي ويَسِّرلي أمري وَاحْلُل عُقْدَة من لِّساني يَفْقَهُوا قَوْلِي
“ Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan
mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya
mereka mengerti perkataanku”
3)
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu
kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu
kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan
pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
4) Dari
Anas bin Malik, beliau berkata bahwa Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
اللَّهُمَّ
لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا
شِئْتَ سَهْلاً
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu
sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa”
[artinya: Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan
engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan
menjadi mudah].
5)
PENUTUP
Setiap orang pasti ada kehebatan
masing-masing,Cuma kita yang masih belum menunjukkan “belang”nya.Usahlah
dipandang kehebatan orang lain,cubalah mencari kehebatan diri.Tidak salah untuk
melihat kehebatan ,keupayaan orang lain tapi pada masa yang sama keluarkan
kebolehan kita yang ada , cari satu persatu ,mungkin kita tidak perasaan ,cuba
tanya pandangan sahabat-sahabat kebolehan apa yang kita ada,dan seterusnya cuba
gilap,asah dan perbaiki.Dengan itu,kekuatan ,keyakinan diri dipupuk dan rasa
rendah diri dan rasa malu bisa luntur sedikit demi sedkit. YAKINLAH BAHAWA ANDA
BOLEH !!!
Hadirnya penulisan ini untuk sama-sama kita
perbaiki diri ke arah yang lebih baik .Moga bertambah rasa yakin dalam diri
kita dan membuang jauh rasa malu yang tidak bertempat.Sukalah saya untuk
mengingatkan diri saya terlebih dahulu serta sahabat-sahabat ,rakan taulan
seperjuangan.Moga ada ibrah (pengajaran ) disebalik hasil pena ini.
“ TRANSFORMASI PEMIKIRAN ,
MANIFESTASI KESATUAN”
“MUSLIM PROFESIONAL ACUAN
AL-QURAN DAN AS-SUNNAH”
Wallahu’lam.
BIODATA
PENGARANG KITAB “APA ERTINYA SAYA
MENGANUT ISLAM?”
Beliau
telah dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tarablas, Lubnan. Beliau telah
mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab walaupun pada
peringkat B.A. dan M.A. beliau belajar di dalam bidang kejuruteraan. Beliau
telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan
Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau merupakan anatara pelopor dan pengasas
Ikhwanul Muslimin Lubnan dan telah menjawat jawatan ketua umum di dalam Ikwanul
Muslimin Lubnan sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah
memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di
tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai Jabhah Islami. Beliau telah
mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid
di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.
Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni
intiami lil Islam, (apa ertinya saya menganut agama Islam),
al-Mutasiqituna
'ala toriq Da'wah (golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah) dan
lain-lain yang melebihi 35 buah buku.
Pada 21 Jamadil Akhir, 1430 Hijrah (waktu Lubnan), bersamaan
dengan hari Ahad, 14 Jun 2009 (waktu Lubnan), beliau telah pulang menemui
ilahi. Beliau meninggalkan seorang balu, Dr. Mona Haddad Yakan dan 4 orang anak
perempuan dan seorang anak lelaki.
Antara buku-buku beliau yang telah dialih bahasa ke Bahasa
Melayu (Malaysia & Indonesia) dan menjadi sumber rujukan bagi
gerakan-gerakan Islam di Nusantara.
Disediakan oleh :
Al-faqirah ila Robbiha
Di semak oleh :
1) Tengku Nur ‘Izzati Binti Tengku
Abdullah
2) Nur Aimi Liyana Binti Jamal
3) Siti Sabiha Binti Seman
[1]
Bab
“Saya mestilah Muslim dari sudut akhlak ” karangan Dr.Fathi Yakan dalam
kitabnya “Apa Ertinya Saya Menganut Islam.
[2] Rendah diri disini bukanlah
bermaksud lawannya takbur (membangga diri) tetapi rendah diri yang bermaksud kurang keyakinan diri dan rasa malu yang
tidak bertempat
[3]
Punca
–punca rendah diri dan rasa malu dipetik dari video Dr.Fadzilah Kamsah “Mengatasi Rendah
Diri”
[4]
Bilamana kita
bersyukur dan redha dengan ketentuan ALLAH kita akan lebih yakin untuk
menempuhi kehidupan ini. -
Petua tambahan dari penulis.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya untung
Deletesalam..
ReplyDeletekite nk luahkan something lah.. kite ni cepat sgt rasa rendah diri.saya umur 19,
sudah ada teman lelaki. lelaki tu anak dokter. parents dua2 dokter..hmm lepastu duduk bandar. selalu ke luar negara.. saya ini parents dua2 cikgu.rumah pun dekat kampung je.kawasan pekan.. kira saya orang sederhana lah..
sekarang ni teman lelaki saya tu tgh dekat Paris.kami pula sejak2 ni dingin mood tak baik sgt. lepastu bila dia di luar negara saya selalu ckp sorg2
"hmm..untunglah kan..happy je dekat sana.aku dekat sini ada apa je.kenapalah aku setuju nk terima dia sbgai teman hdup ek..haihh"
sedih la.. nak nangis mcm tak boleh . banyak sgt perasaan campur baur dlm ni. rendah diri,tak layak,tak de apa2.hmm....rasa mcm nk berpisah.tapi malu nak bagi alasan,kite pun tak tau lah haihh
wassalam...
DeleteAllah ciptakan manusia dengan sebaik2 penciptaan .. Juga dianugerahi dengan pelbagai kelebihan,, berbalik pada diri sendiri utk mengenali potensi diri, saya yakin anda memiliki salah satu potensi tersebut, atau boleh bertanyakan kenalan rapat , seterusnya cuba utk gilap potensi yg ada supaya rasa lebih yakin diri bila berdepan dgn masyarakat,bukan ingin menunjukkan kita hebat tapi kita juga ade kelebihn ,Setiap manusia ALLAH anugerahkan kelebihan berbeza2 ade yg pandai berkata2, ada yang pandai mekanik ade yang pandai doktor ade yang pandai mengajar , setiap dari kelebihan itu melengkapi yg lain,, Berbalik soal saudara berkenaan perbezaan taraf antara dua belah pihak , saya kira berbalik pada individu masing2 . Dalam Islam ada menggariskan bagaimana cara memilih pasangan, soal berbza taraf juga seringkali berlaku dalam masyrakat kita ,Mengikut kepada cerita saudari ana kira jika masing2 saling suka dan ibu bapa merestui itu adalah bonus dan perbezaan taraf bukan persoalan.Masing2 perlu ade rasa harga menghargai satu sama lain ,dan jika masih belum bertunang saya kira hadkan perhubungan dan seeloknya bertunang utk menjaga maslahah kedua2 belah pihak.. kata org tua " kalau dah jodoh tak kemana " dan jodoh masing2 dan ditetapkan di Luh Mhfuz .. Saya doakan saudari dipermudahkan urusan akhir kalam " jagalah Agama ALLAH inshaALLAH ALLAH kan menjaga kamu dan urusan kamu dipermudahkan .. dan mengadulah pada ALLAH moga dimudahkan segalanya .. n smile always :) .. " senyum kan sedekah " ... maaf jika ade tersalah bicara .. wallahu'alam...
assalam,
ReplyDeletenak mintak tips or maybe pandangan.
saya ni jenis merendah diri atau apa saya tak pasti.
tapi satu perasaan yg saya tak boleh tolak bila saya duduk dengan member saya, diorang akn lebih tumpukan pada dia. dia ni mmg saya akui nampak mcm nerd & bijak . tapi saya sebagai kwn dia yg ada kt sebelah, rasa mcm tak wujud & tak tau apa2.semua org akn tanya pendapat dia je. bukanlah saya nk ckp saya ni bagus tapi saya rasa mcm saya betul2 tak de function.plus dlm kls mmg saya kwn dgn dia je.org lain cuma akn tnya dia je.buat saya bertambah rasa tak de sapa nak berkawan dgn saya.saya cuma tak nak bercakap.sbb mmg tak de apa yg perlu dicakap.tapi org slalu label saya sombong.saya cuma berprinsip klu tak ada benda nak ckp so jgn ckp, salah ke? bkn ke diam itu lebih baik ? saya tk tau kenapa org selalu judge buruk pada saya sedangkan sya tak ganggu diorang & saya harap sgt org lain jgn ganggu and amek tau pasal saya.tapi yg saya dpt cumalah,pandangan sinis & diperlekehkan semua orang.kenapa jadi mcm ni ? saya mmg bermasalah ke ? lepastu apa yg lagi pedih ialah bila org tak nak terima pandangan saya. perasaan tu dah lama saya rasa sampai suatu masa saya jadi mcm ni. disebabkan diorang hanya akn tanya pda kwn saya.saya biarkan je wlpun kdg saya rasa benda tu silap. saya cuba nak bgtau yg sebenarnya tapi saya takut diorang anggp sya suka buat pandai & smemangnya kwn saya tu lebih baik dri saya. d sbbkn kwn sya tu jugak kwn saya yg tanya tu pernah present benda yg salah dlm kls . keyakinan kwn saya tu sampaikan keterangan buatkan diorang percaya bulat-2 & tak amek endah pandangan org lain . yg diorang rasa . kawan saya je tau . & sya tak tau apa2. pernah jugak kwn2 sekelas sy ckp kat saya kwn saya ni bijak.cool. dan itu membuatkan sy lebih rasa down . even sya tau sya tak patut rasa mcm ni. tapi sya cuma manusia biasa . sya tak tau nak buat cm mna. saya rasa saya tak layak . sbb diorang hanya akn terima pandangan dia . sbb dia nampak yakin even apa yg dia ckp salah sebenarnya. sya cuba diam sbb sya tak nak persahabatan sya hancur . sya tak nak dia anggap sya dengki . hmmm
wassalam ... jika melihat situasi saudari saya bukanlah org yg pandai utk memberi pndangan ..tapi sekadar utk meringankan beban saudari saya cuba utk membantu .. setiap org berhak utk memilih dan memberi pendapat .. soal pendapat siapa , dari siapa, siapa yg bertanya itu terpulang pada individu ..cuba gunakan konsep " berlapang dada " ..inshaALLAH lama2 saudari akan faham dan lebih tenang :) ... dan untuk berdiam diri jika pandangan kawan itu salah saya kira tidak wajar dan harus saudari perbetulkan dgn mengeluarkan pandangan saudari sendiri ,dan itu haruslah menjaga adab2 dalam memberi pndangan agar tidak menyakiti hati yang lain..ya diam itu lebih baik dalam sesetgh perkara namun itu tidak beerti kita harus diam jika kita nampak sesuatu kesalahan ... jika sesuatu pandangan kita diterima kita seharusnya beristigfar "astagfirullah" bukan mendabik dada dan begitu juga sebaliknya jika pandangan di tolak kita seharusnya mengucapkan "alhamdulillah" pasti ade hikmahnya .. perasaan manusia memng begitu emosi,sensetif ya wajar la.. tapi cuba amalkan "salamatussodri/berlapang dada" sesungguhny ia serendah2 ukhwah inshaALLAH kheir .. dan setinggi-tinggi ukhwah " ithar/pengorbanan" :) dan sikap yg harus dipuji demi menjaga hubungan persahabatan saudari mengalah dan saya kira lepas ni cuba utk lontarkan pandangan idea jika ade keraguan dan salahfaham .. terima atau tak itu hak mereka at least saudari sudah mencuba ,,, yeah aja aja fighting :) moga membantu .. juga syukran kerana mengingatkan saya juga :) <3
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWaalaikummussalam ...silakan saudara semoga bermanfaat untuk saudara dan semua .. May Allah bless u always ...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAsalamualaikum wbt. Salam perkenalan. Boleh bersahabat dgn mujahedah di fb (jika ada). Saya rasa mcm nak tanya bab-bab hukum agama tapi tiada rakan yg ada ilmu. Insyalah jika ada masalah agama atau hukum hakam boleh tanya pada mujahedah nnti ya..
ReplyDeleteWassalam ...inshaAllah apa hal boleh add fb nurul arifah shahifudin ..semoga dpt membantu ^_^
DeleteAsalamualaikum.. Saya juga salah seorg yg mempuyai masalah pemalu tak bertempat. Saya rasa ramai dikalangan rakan lain pandai bercerita, pandai ambil hati.. Tp saya pendiam, tak pandai ambil hati. Bila keluar dgn keluarga atau rakan, nampak sgt mereka cepat boring dgn saya sbb saya pendiam.. Dan setiap kali nk bercakap, saya selalu pikir dulu, btul ke hujah saya, perlu ke saya berkata2, maka dgn itu saya akan terus diam sahaja.. Skrg dh jadi makin teruk apabila saya sedar yg diri saya sunyi, rasa down dan makin lemah semanggat.. Tlg beri pandangan dan cadangan.... Terima Kasih
ReplyDeleteAsalamualaikum.. Saya juga salah seorg yg mempuyai masalah pemalu tak bertempat. Saya rasa ramai dikalangan rakan lain pandai bercerita, pandai ambil hati.. Tp saya pendiam, tak pandai ambil hati. Bila keluar dgn keluarga atau rakan, nampak sgt mereka cepat boring dgn saya sbb saya pendiam.. Dan setiap kali nk bercakap, saya selalu pikir dulu, btul ke hujah saya, perlu ke saya berkata2, maka dgn itu saya akan terus diam sahaja.. Skrg dh jadi makin teruk apabila saya sedar yg diri saya sunyi, rasa down dan makin lemah semanggat.. Tlg beri pandangan dan cadangan.... Terima Kasih
ReplyDeletePM
DeleteSalam ..bila berhadapan dengan pelbagai situasi cuba tips ni .. Senyum dan positif..inshaAllah kheir ..jika ade sebarang pndapat luahkan memang akan rasa x yakin tapi bila lama2 akan biasa sedikit sebnyak rasa malu x bertempat akan bertukar menjadi yakin diri ...ok sentiasa positif biarkan aura positif menguasai diri anda ^_^
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSedih nya bila ada orang cakap saya "malu tak bertempat" rasa dihunus pisau. Teramat sakit. Forgive me Allah for my weakneses but I am struggling to find the right way. Forgive me allah.
ReplyDeletesalam , sy ingt ke sy sje yg mcm ni ,ramai jugak ada perasaan mcm ni . sy 21 thn tp sy seorg yg mudah down dn trlampau rndah diri . sy seorg yg x yakin bila buat sesuatu kerja dan hasilnya kalut bila membuat sesuatu kerja hinggakan nk bkrja skdr mcri pngalaman pon tkut. tkut x menjadi lah ap lah , tmbh2 yg perlukan komunikasi atau interaksi dgn org awam . gelabah x btempat,sush nk fokus bila belajar, atau malu dn mudh kekok dgn org bila contoh brd dgn kawn2 bila ramai2 takpe , byk ckp , bila tggl dua je sy n sorg lg . sy jd membosankn takthu nk ckp kekok , wktu skolah dulu xde masalah sy jgk rse xslesa dgn dri sy sbb x mmpu nk berdiri ats kaki sndiri bila nk sambg bljr nti jika ad rezeki . sy tringin sgt nak atasi mslh keyakinan tp sy buntu x thu mcm mana ��
ReplyDeleteAssalamualaikm, salam ukhwah, sy mempunyai masalah yang sangat rumit, sy alami masalah tkut utk keluar rumah dan angkat telefon, sy x thulah kenpa masalah sy, sy rasa semua org benci sy, sy rasa rendah diri sangat, bila saya keluar rumah saya x pandang org, sy tkut, malu dan risau, sy dah setahun hbis bljr, sy mohon kerja, tp bila org calk utk temuduga sy x nk angkat, bila suruh pergi temuduga sy tkut dan x pergi,semua marah sy, perli sy, sy rasa mcm org semua x fhm sy, org suka memaksa sy, bila sy nk bersuara, org marah, sy hadapi byk tekanan, sy x thu apa nk buat, kdg2 sy minta Allah ambil sy cpt2,bila tertekan sy menangis, sy x thu nk hadpi setiap masalah, tntg jodoh juga x mnjdi, ada sj tidak kna,sy mudah jemu nk berhubung dan bergaul dgn org
ReplyDeleteWaalaikumussalam Rabiatul. saya tak pasti saya berasa sedih atau lega bila baca komen awak. tak tipu, semua masalah awak cakap tu saya ada juga. saya terkejut bila baca komen awak, sebab macam saya yang sendiri komen. tak pernah jumpa lagi mana2 orang yang tulis macam ni, sebab saya ingat saya seorang je yang ada. dan sebab komen awak ni juga lah buat saya nak reply kat awak. saya nak tahu sangat umur rabiatul, rabiatul tinggal kat mana?
DeleteAwak pun alami masalah yg sama ka? Sy pun x thu nk buat apa ngn diri sy, sy umur 24,tinggl negeri sembilan
Deleteya, samaaaa, serious sama gila. habis tu sekarang ni awak buat apa? awak of course lah ada pengalaman bekerja kan? dan sekarang ni awak duduk dengan family awak ke apa?
DeleteSy skrg duduk rumah, sy just ada pglmm tolg niaga aja, sy nk bekerja tp bila org panggil intrview sy tkut nk angkat call, mcm2 sy fikirkn, semua org marah sy, time study x seteruk emosi dari yg skrg mkin negatif, sy duk ngan fmily sy, awak klau share apa2 ngan sy,ni no sy 0178849202
ReplyDeleteSy skrg duduk rumah, sy just ada pglmm tolg niaga aja, sy nk bekerja tp bila org panggil intrview sy tkut nk angkat call, mcm2 sy fikirkn, semua org marah sy, time study x seteruk emosi dari yg skrg mkin negatif, sy duk ngan fmily sy, awak klau share apa2 ngan sy,ni no sy 0178849202
ReplyDeleteAssalamualaikum Sya klo berhadapan atau ngomong sama orang malu klo mau ngomong jangan pandang muka...sma seorang aja malu apalagi klo ramai...angkat telepon,keluar rumah,beraktivitas aja jadi susah karna ada rasa malu inih.... kdang orang yang bertahun2 sekitar kita aja belum tentu ngerti jdi posisi ini... gmna cara hilangkan rasa malu nih....
ReplyDelete