Sejak berkurun lamanya, Universiti al-Azhar as-Syarif yang berpusat di
Mesir terkenal diseluruh dunia. Mereka berlumba-lumba untuk menimba ilmu di
university tertua di dunia ini yang telah banyak melahirkan ulama-ulama
professional dalam pelbagai bidang bukan sahaja bidang agama. Begitu juga kaum
muslimin di Malaysia, mereka telah lama membanjiri bumi Mesir untuk melanjutkan
pelajaran di gedung ilmu ini. Kuliah-kuliah yang menjadi pilihan antaranya
ialah Kuliah Syariah Islamiah, Kuliah Usuluddin, Kuliah Bahasa Arab, Kuliah
Dirasat Islamiah, Pengkhususan Qiraat Al-Quran dan Kuliah Perubatan.
Disebalik ramainya
pelajar Malaysia yang sedang menuntut ataupun merupakan lepasan Universiti
al-Azhar, di sana terdapatbeberapa permasalahan yang boleh menjadi fitnah
kepada mereka secara umum dan kepada agama seterusnya nama univesiti ini secara
khusus. Antara permasalahan ini ialah :
1. Penggunaan bahasa
Arab‘Ammiah (pasar) dikuliah dandikalangan masyarakat setempat menyebabkan para
pelajar kurang mahir menggunakan bahasa Arab Fushah (standard) dalam
komunikasi, penulisan dan yang berkaitan dengannya.
2.Suasana belajar yang tidak kondusif
dalam kuliah seperti kesesakan dan ketiadaan tempat duduk yang mencukup oleh kerana bilangan pelajar yang
ramai dan keadaan ini mengganggu
konsentrasi dan minat pelajar untuk mengikuti kuliah .
3. Kehadiran ke kuliah yang tidak
wajib dalam peperiksaan menyebabkan
segelintir pelajar tidak mengambil berat
akan kepentingan mengikuti kuliah secara
konsisten.
4. Kurangnya praktikal dan interaksi
semasa proses pelajaran dan pengajaran dalam kuliah dan pendekatan kuliah lebih
kepada mendengar syarahan daripada dukturah.
5.Pembelajaran yang terbatas dalam
bidang agama sahaja menyebabkan tiadanya pendedahan dalam bidang akademik lain
seperti ekonomi Islam, sejarah Islam, dan sebagainya.
Setelah permasalahan-permasalahan ini diperhatikan, maka tercetuslah idea
penubuhan sebuah kuliah khas untuk pelajar Malaysia yang terpilih yang
dinamakan dengan KULIAH AL-ULUM AL-ISLAMIAH LIL WAFIDIN. Kuliah ini telah
diasaskan pada tahun 2008 dengan kerjasama antara mantan Duta Besar Malaysia di
Mesir, Dato’ Zainal Abidin Abdul Kadir dengan Ro’isul Jamiah (Presiden)
Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Ahmed
Mohamed al-Tayeb. Kuliah ini seperti dirancang adalah merangkumi kesemua,
bidang agama, iaitu Syariah Islamiah,Usuluddin dan Bahasa Arab termasuk beberapa bidang akademik berkaitan dengan
mua’malat Islam. Penubuhan kuliah ini
merupakan sebuah projek yang bertujuan melahirkan ulama’ muktabar dan
pemikir Islam yang serba boleh dalam semua bidang agama termasuk beberapa
bidang akademik sebagai nilai tambah kepada pelajar.
Kuliah ini juga adalah merupakan perjanjian persefahaman (MOU) antara kerajaan
Malaysia dengan Universiti al-Azhar, di mana para pelajar akan diberikan
pelbagai keistimewaan yang tidak terdapat di kuliah-kuliah biasa di Universiti
al-Azhar. Antaranya, mereka ditempatkan di beberapa buah kelas khas tanpa
bercampur dengan pelajar berbangsa lain, bilangan mereka dihadkan dalam
sesebuah kelas, penggunaan Bahasa Arab Fushah semasa sesi pelajaran dan
pembelajaran (p&p), penggunaan alat perantaraan proses p&p iaitu sistem
LCD, sukatan pelajaran yang meliputi pelbagai subjek agama dan akademik dan
kehadiran yang dikira dan dijadikan syarat untuk memasuki
peperiksaan.Pengiktirafan penubahaan kuliah khas ini telah pun diumumkan di
surat khabar Soutul Azhar, Mesir.
Pada 1 November 2008, telah
bermula sesi pelajaran Kuliah al-Ulum al-Islamiah lil Wafidin ini secara rasmi
yang akan berlangsung selama lima tahun termasuk setahun pertama
persediaan/matrikulasi/pra al-Azhar. Seramai 47 orang pelajar yang merupakan
kumpulan pertama yang mengikuti kuliah khas ini terdiri daripada
pelajar-pelajar tajaan Syarikat AmanahRaya Berhad, pelajar-pelajar dibawah
agensi Akademik Al-Quran dan pelajar-pelajar di bawah rumah-rumah negeri
seperti, Johor, Sabah, Pahang dan sebagainya.
Kelangsungan kuliah ini diteruskan dengan kedatangan pelajar kumpulan kedua pada
24 September 2009 dan kumpulan ketiga pada 14 September 2010 dan seterusnya
kumpulan ketiga kempat dan kelima dari berbagai agensi iaitu Islamic Medic , Daulah,Medic dan sebagainya .
Namun , pada sesi pengajian
2013/2014 , berlaku sedikit perubahan berkaitan perkuliahan , di mana tahun
tamhidi telah dimansuhkan . Ini menjadikan Kuliah Ulum Islamiah hanya mempunyai
4 Tahun tempoh pengajian. Selain itu, pelajar baru pada sesi ini akan mengambil
imtihan qabul yang di sediakan oleh pihak universiti Al-Azhar untuk menentukan
mustawa atau peperiksaan untuk menguji tahap kefahaman pelajar.Mereka yang Berjaya akan terus menaiki Tahun 1 , manakala
mereka yang tidak Berjaya akan memasuki kelas bahasa di Markaz Bahasa yang
disediakan.
Selain itu,pihak universiti
turut membuat 2 sistem yang dikenali sebagai sistem baru dan sistem lama.Sistem
baru hanya untum pelajar tahun 1 dimana mereka hanya akan mengambil 12 subjek
setahun dan dibahagikan kepada 6 subjek untuk setiap semester.Ini berikutan ,
pandangan pihak universiti yang tidak ingin membebankan pelajar .Manakala
sistem lama adalah untuk pelajar tahun 2, tahun 3 dan tahun 4 , di mana mereka
wajib mengambil 20 subjek setahun dan dibahagikan kepada 10 subjek untuk setiap
semester.
Mengikut sistem lama bagi semester pertama
para pelajar akan mempelajari
subjek-subjek yang berikut :
1. Fekah
2. Tafsir Al-Quran
3. Ulum Hadis
4. Tauhid
5. Qodoya Aqdiah
6. Maharat Lughawi
7. Nahu
8. Balagha
9. Al-Quran
10. Computer Literacy
Pada semester kedua pula,
terdapat beberapa subjek yang dikekalkan dan ada pertambahan subjek baru.
Berikut merupakan subjek-subjek yang bakal dipelajari pelajar-pelajar pada
semester kedua :
1. Fekah
2. Ulum Al-Quran
3. Hadis Nabawi
4. Mantiq
5. Sirah Nabawi
6. Maharat Lughawi
7. Sorf
8. Adab Nusus
9. Al-Quran (Hafazan Juzuk 2)
10. Computer Literacy
Perubahan yang berlaku di
dalam Kuliah Ulum Islamiah, bukanlah bidang kuasa pelajar, ianya ditentukan
oleh pihak universiti.
Alhamdulillah,pada tahun 2013
Kuliah Ulum Islamiah telah berjaya melahirkan graduan seramai 44 orang pelajar . Mereka terdiri
daripada 29 orang mahasiswa dan 15 orang mahasisiwi dan 2 orang mahasiswi yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang /mumtaz .Manakala bagi tahun 2014 seramai 36 mahasiswa yang terdiri daripada 22 orang mahasiswa dan 14 orang mahasiswi berjaya menghabiskan pengajian di kuliah ini dan seramai 3 orang berjaya memperolehi pangkat mumtaz yang mana seorang daripadanya ikhwah dan baki akhawat.
Berikut adalah jumlah bilangan mahasiswa
mahasiswi Kuliah Ulum Islamiah bagi
keempat-empat tahun pengajian 2015.
Tahun
Pengajian
|
Bil.
Mahasiswa
|
Bil.
Mahasiswi
|
Jumlah
|
|
Tahun 1
|
31
|
35
|
66
|
|
Tahun 2
|
29
|
43
|
72
|
|
Tahun 3
|
29
|
22
|
51
|
|
Tahun 4
|
27
|
19
|
46
|
|
JUMLAH
|
116 |
119
|
235
|
|
wallahu'alam ... moga ade manfaat bagi mereka yang ingin menyambung pengajian ke timur tengah khususnya dalam bidang pengajian islam di Kuliah Ulum Islamiah . Buat mereka lepasan SPM ( ada subjek bahasa arab tinggi ) dan STAM ..aja aja fighting !! :)
Akak , mcm mne nk mohon utk ambil kos ulum ni ?
ReplyDeleteSalam boleh rujuk website www.moe.gov.my @ page ILMAM MESIR di fb . anything to ask feeling free to help by wassap ±20118004923
Deleteassalamualaikum...sye nk tnye skit...agak2 klau result spm smua A kecuali bhsa inggeris C+ bleh dpt x tuk ulum isalamiah...tq
ReplyDeleteWaalaikummussalam inshaAllah boleh..mohon apply dulu permohonan.pastikan adeq Ade ambik subjek b.Arab . p.Islam @ pqs @ psi ..kheir inshaAllah .moga dipermudahkan urusan adeq2 semua utk ke Timur tengah power ranger n serikandi mujahidah DLL..
Deletesalam alaikum, tumpang tanya, akak graduan kos ulum islamiah tahun ke berapa? dan saya lurang jelas dengan sistem lama dan sistem baru...
ReplyDeletepertanyaan saya,kalau pelajar bagi sesi 2015/16,
perlukah dia mengambil imtihan qabul atau tamhidi seperti biasa? terima kasih 😊
salam alaikum, tumpang tanya, akak graduan kos ulum islamiah tahun ke berapa? dan saya lurang jelas dengan sistem lama dan sistem baru...
ReplyDeletepertanyaan saya,kalau pelajar bagi sesi 2015/16,
perlukah dia mengambil imtihan qabul atau tamhidi seperti biasa? terima kasih 😊
Waalaikummussalam ...
DeleteAkak grade tahun 2014, sistem baru maksudnya start tahun lepas just 6 subjek setiap sem .. Sistem lama maksudnya setiap tahun Ade 10 subjek ni sejak mula bukak kuliah since 2008 start sistem ni ..and after few years syeikhul azhar buat penilaian kuliah ni and then start tahun lepas ubah sistem .. Rasanya better la sistem baru ni add English subjek ...
Utk kemasukan baru , ikut experience lama2 memang Ade imtihan qabul before masuk tahun 1 kuliah .. Lulus boleh truih naik tahun 1 ..kalau x perlu jalani kemahiran bahasa Arab selama setahun ..
Wallahualam ...
pmui4u.wordpress.com
DeleteBoleh rujuk laman web persatuan ulum islamiah ni ..and like page kat fb ..boleh directly mesej pengerusi and ajk PMUI ( persatuan mahasiswa ulum islamiah) utk maklumat lanjut..
assalamualaikum...bleh sya tau pluang pkerjaan slps tmat pngajian kos ulum islamiah ni?
ReplyDeleteWaalaikummussalam ...
ReplyDeletePeluang pekerjaan inshaAllah boleh masuk semua bidang yg berkaitan pengajian Islam ...sebb kita belajar semua subjek asas dlm Islam .. Macm senior lepas2 ade yg apply YADIM, Ade yg jd editor kat PTS ade ...
Bagi akk masa blajar ni ..kits fikir blaja je ..once kita dah pilih bidang agama inshaAllah bantuan sampingan akan dtg seblm ..semasa..Dan selepas blajar .. Janji Allah sape bantu agamaNya inshaAllah Allah akan bantu setiap urusan hambaNya ...
Btw , x semestinya apa yg kita blaja totally apply masa kerja .. Tp dengan blaja bidang agama ni ..urusan inshaAllah lbh mudah ..
Pesan akk .. Nnty after 1 year kat sana jgn lupa apply zakat negeri masing2 membantu melancarkan perjalanan pengajian di sana ..inshaAllah ..
Assalamuaalaikum Kak,
ReplyDeleteLepasan ulum islamiah ni boleh ke amek master Islamic banking?
adakah kos ini boleh menjurus ke arah akedemik atau bidang agama semata-mata?
Kos ni ada belajar subjek English tak?
Boleh tak kos ni menjurus kpd peguam syariah?
Maaf byk Tanya.
Waalaikummussalam
ReplyDeleteInshaAllah boleh amik master Islamic banking ..kawan akak ada apply Biasiswa under may bank tuk master Islamic banking ..lagipun kuliah ni Ade blajar subjek ekonomi
Kos ni Ade akdemik ada agama ..balance kedua2
Kos ni Ade blajar b.I bermula tahun 2014
Utk menjurus kpd peguam akak x sure mayb boleh apply tuk master jurusan syariah nnty
Wallahu'alam ..
Maaf semua lmbat reply problem internt
Anything to ask feeling free to help by wassap +201118004923
asalamualaikom. sy nk bertanyakan tentg imtihan qabul, adakah perlu pelajat baru ulum islamiyah untuk mgambil peperiksaan tersebut?? dan bagaimana pula dgn tamhidi?? mohon pencerahan
ReplyDeleteWaaalaikummussalam..
DeleteYup perlu ambik .. Tamhidi sudah dimansuhkan ..jadi be4 ke tahun 1 perlu menduduki imtihan qabul..
assalamualaikum...ya ukhti..adakah kos ni memerlukan laptop..perlu ke ana bawa laptop ke sana?
ReplyDeletemohon pencerahan...syukran jazilan
Waalaikummussalam ..Ade sebahagian subjek yg memerlukan kita buat research ..wallahu'alam
ReplyDeleteAskm akak..cara pmbljaran di sana cmna?adakh padat terutamanya bg pelajar yg tidak lps imtihan qabul?lagi satu..apakh contoh2 soalan yg akn ditanya dlm imtihan qabul?
ReplyDeleteWassalam deq .. Pensyarah ckp Arabic fushah p Ade gak yg ckp log hat mesir (ammiah) .pembelajaran in case x llus imtihan qobul x pdt pun jam 9am-1pm .ptg tu dah boleh join mana2 kelas tallaqi area darrsah ..Jami azhar ka..soalan yg ditnya bias a berkisar nahu soraf @ 4 skill as as b.a spt kmahiran mmbaca menulis mendgr berckp ..tp xpe biasa perstuan rumah2 ngeri ad buat kelas tutor utk adeq2 be4 imtihan ..kheir inshaAllah ...
DeleteAskm akak..cara pmbljaran di sana cmna?adakh padat terutamanya bg pelajar yg tidak lps imtihan qabul?lagi satu..apakh contoh2 soalan yg akn ditanya dlm imtihan qabul?
ReplyDeleteAskm akak..cara pmbljaran di sana cmna?adakh padat terutamanya bg pelajar yg tidak lps imtihan qabul?lagi satu..apakh contoh2 soalan yg akn ditanya dlm imtihan qabul?
ReplyDeleteAkk bwh agen ape ?
ReplyDeleteAkk bukan bawah agent tapi under Biasiswa AmanahRaya Berhad ..
Deletesalam, ada soalan..bolehkah kita memohon kuliah ulum menggunakan diploma pengajian islam?
ReplyDeleteWassalam ..tidak boleh ..tp kalau Ade sijil SPM yg x kurang tmpoh nya 5 tahun atau sijil STAM boleh apply menggunakan salah satu dari sijil tersebut ..Ade je kawan akak yg dah ambil diploma ..tp apply Kuliah Ulum dengan sijil STAM .alhamdulillah dah grade skali tahun lepas ... Kheir inshaAllah
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, kalau bahasa arab saya lulus(D) tak cemerlang boleh tak mohon ulum islamiyah?
ReplyDeleteWaalaikummussalam .. Actually permohonon utk keputusan A & B bagi subjek asas as BM BI BA PQS PSI PI dan subjek berkaitan ..tapi akk rasa boleh je adik try apply at least adik cuba ..kalau dpat alhamdulillah biasa boleh dipertimbangkan ..ni nak apply under Yayasan negeri atau private ?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum , saya nak tanya sikit
ReplyDelete-sume student yg dpt tajaan hanya bawah amanahraya saje ke ? Berapa akak dapat utk satu sem ?
-dalam tempoh 4 tahun pengajian tu , ada tak masa utk balik malaysia
Jazakallah khair
wassalam , so far tajaan biasiswa bawah amanahraya tuk tempoh 4 tahun kebelakang .. dpt alhamdulillah memadai utk tmpung pembelajaran di sana
Deletedalam tempoh 4 tahun ada masa balik after cuti sem 2 sebb cuti paling lama 2 bulan jadi boleh balik ( masa musim panas time bulan puasa )
afwan
Tambahan ...
ReplyDeleteMacam mana akak apply biasiswa amanahraya tu ? Boleh tak akak rekemen scholarship mana saya patut amik
Buat masa sekarang biasiswa tersebut tidak dibuka , tapi kalau x silap boleh apply zakat negeri after setahun di mesir . inshaALLAH jika kita berjuang menuntut ilmu ALLAH akan bantu . after tahun satu jga boleh apply zakat kuwait di sana inshaAllah dapat membantu biayai pengajian ,utk scholarship lain wallahu'lam akak x berapa pasti sebb ada yg dtg under agen, sendirian ,,tp diorg apply zakat negeri @ biasiswa bawah tajaan negeri masing ..
Deletemoga dimudahkan urusan untu belajar di sana ..
maaf lambat reply :)
Apakah perbezaan antara Ulum Islamiah (spm) & Syariah,Usuludin,Arab (stam) dari segi proses & tempoh serta kualiti hasil belajaran.Apakah kelebihan & kekurangan antaranya sbg rujukan pilihan kpd pelajar yg ingin memohon.
DeleteSelain KPT & agen, ada tak organisasi lain yg uruskan permohonan ke mesir?
Jazakallah khair
الحمدلله، شكرا جزيلا جدا وشديدا harap ukhti sudi mendoakan agar segala urusan ana untuk belajar d universiti dipermudahkan :D
ReplyDeletehttp://www.gulfbusiness.com/articles/country/egypt/egypt-considers-banning-niqab-and-islamic-veils-in-public-places/
ReplyDeleteKomen sikit ttg tradisi Jews yg banyak di Egypt ni..orang melayu ramai yg keliru lah.
http://www.gulfbusiness.com/articles/country/egypt/egypt-considers-banning-niqab-and-islamic-veils-in-public-places/
ReplyDeleteKomen sikit ttg tradisi Jews yg banyak di Egypt ni..orang melayu ramai yg keliru lah.
Assalamualaikum wbt,akak.Nak tanya selain dripd zakat,biasiswa apa lagi yang menyediakan biasiwa untk pelajar mesir kos ulum islamiah lepasan stam??
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM AKAK, NAK TANYA. KAT WEB APE YG ADE BKAK PRMOHONAN KE KULIAH NI? SBB CARI KT BLOG UNI AL-AZHAR TKDE..
ReplyDeleteBole berhubung terus dgn bekas pelajar sana di fb, search Nur Naiemah Mohamad
DeleteAssalamualailum Humaira, sy Nazrin dri syarikat penghantaran pelajar ke luar negara..program ulum islamiyah di Mesir salah satu program dan negara yg kami hantar..klu ad sebarang kemusykilan boleh hubungi sy, 011-14799976..terima kasih, assalamualaikum
Delete*Zara Zakiah Consultant*
Assalamualaikum,few questions dri sy, kwan sy sorng yg skrng stdy dkt mesir bg tahu *tp dia x sure lah,sbb info ni pon dri org lain*,kos ulum islamiyah ni boleh tukar ke syariah eh? i mean mybe after 1 year in ulum islamiyah? dan tinggi x permulaan subtotal kos untuk ke sana? thanks ^_^
ReplyDeleteAssalam kak, nk tanya...kalau saya dapt result spm bahasa arab dan pqs A tapi p.syariah islamiah dpt B, boleh tak saya mohon bidang ni???...dan susah tak akak belajar bidang ulum islamiah ni???
ReplyDeleteassalamualaikum kak . kalau spm saya 5A 3B 3C boleh ke ? please reply kakkk ..
ReplyDeleteAkak,kalau amik kos ni.penggunaan laptop tu penting ke?Dan sana wajib mghafaz Al Quran ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum akak, nak tanya lepas ambil kos ini boleh ke sambung bidang sains?
ReplyDelete