Selamat Datang

Thursday, December 20, 2012

Mode Imtihan



Danbo pun study hard study smart !!!


Semester  1  sesi  perkuliahan  sesi  2012/2013 sudah pun berakhir,waktu terasa kian singkat,pejam celik pejam celik dah sampai hari terkhir .Tepat jam 1.00 p.m bertarikh 20/12/2012 (tarikh yg cantik) muhadhorah tasawuf melabuhkan tirai.ALHAMDULILLAH sesi perkuliahan ditutup dengan “tasawuf” (at least dapat segarkan jiwa sucikan hati ) ..Hari ini doktor tak berapa sihat ,patut la dua minggu tidak hadir kuliah – syafakallah ya Duktur – kagum dengan doctor walaupun tak sihat masih mampu untuk hadirkan diri mengajar,jumpa kami anak2nya (perasan la plak :) kat kuliah ..tapi kita kadang sakit sikit terus tak datang(muhasabah diri sendiri ) .Minggu ni kebanyakkan doktor meneruskan pengajian seperti biasa dan memberi pencerahan ‘muqarrar’ imtihan (time ni confirm ramai yang datang,dan takkan ‘miss’ kelas punya coz doktor bagi ‘muqarrar imtihan :) …  Sempat la bergambar kenangan dengan doktor ,sedih pun ada sebab seronok sangat belajar dengan murabbi-murabbi Kuliah Ulum Islamiah , tak sanggup nak berpisah (acece lebih-lebih la plak :(   bukan apa memang best pun doktor mengajar..banyak cara banyak ragam dan banyak manfaatnya .. Banyak nasihat dan ibrah yang diperoleh sepanjang pengajian ini..antara yang sering diulang oleh para doktor berkaitan ‘JAGA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH’ ..’KAMU  PEMBAWA RISALAH ISLAM ‘  ..’MASA ITU EMAS ‘ ..itu yang asas yang furu’-furu’ lagi banyak .. yang ni cerita tentang habis sekolah..tapi ingat habis sekolah bukan beerti semua buku,semua kitab,semua nota masuk kotak ,duk diam kat situ …. 

 Walau pengajian dah habis tapi imtihan belum habis lagi..waaaaaa …. Banyak kena ulang dan hafaz,kena hafal .sob2 calm down !! relaxs !! buat perancangan yg tersusun (tetiba teringat kalam saidina Ali karamallahu wajh : “KEBENARAN YANG TIDAK TERSUSUN AKAN DIKALAHKAN  DENGAN KEBATILAN TERSUSUN “  ) apa kaitan imtihan dengan kalam saidina Ali r.a ..hurmm means that, nak berjaya kena la buat perancangan yang tersusun ,ikut masa,jika takde perancangan rapi takut dikalahkan dengan godaan-godaan hawa nafsu ,bisikan-bisikan yang tak perlu ..(faham2 je la ya ) … ok imtihan 2 minggu lagi .first week “study week”  , “study group “ second  week mula “berperang dengan pena dan kertas “.ALLAHUMMA YASSIR WA LA TU’ASSIR WA TAMMIM BIKHAIR ,INSHAALLAH

Date 4 Jihad : 29/12/12 – 23/01/13 ALLAH MUSTA’AN 

Salam IMTIHAN salam MURAJA’AH buat mahasiswa/wi Tahun 3 dan semua mahasiswa/wi ULUM ISLAMIYYAH  & UNIVERSITI AL-AZHAR 

USAHA -->  DOA --> TAWAKKAL = KEJAYAAN

No comments:

Post a Comment