Selamat Datang

Wednesday, February 20, 2013

ISTIKHARAH CINTA


“ Kau nak pergi mana tu Fira,”jerit Myra . “Aku nak ke kedai depan tu , kenapa Myra mahu ikut ?” Tanya Fira .” Belikan aku roti coklat satu dan air kotak manggo” pinta Myra “ Baiklah nanti aku belikan” balas Fira . Itulah Amyra  Adriana binti Jamal , seorang sahabat yang lincah dan periang,sahabat baik ku dari sekolah rendah hingga ke menara gading,roti coklat dan air kotak manggo memang makanan kesukaannya,pantang keluar sikit ,itulah akan dipesannya..Myra..Myra ..Fira bermonolog sendirian. Fira mengatur langkah  menuju destinasi,dalam kepalanya memikirkan sesuatu,dia seolah-olah bercakap sendirian.”Ya aku memang kena lupakan dia,dia bukannya siapa-siapa pun,buat apa aku fikirkan orang yang tiada pertalian hubungan denganku,lebik baik aku fokus kepada pelajaranku” desis Fira dalam hati.Fikirannya berkecamuk,semua benda yang dilakukan semakin tidak tersusun,bercelaru,kadang-kadang  hampir hilang fokus .”Adakah ini ujian buat aku,Ya ALLAH sungguh berat ujian ini,permainan hati bagaikan “puzzle” yang sukar untuk diselesaikan,Ya ALLAH bantulah aku”Fira merayu ..

 “Kedai Buku Kristal” tempat yang selalu dikunjungi Fira untuk mencari bahan rujukan , harga berpatutan . Seusai mencari buku pilihanya ,Fira terpandang satu buku yang menarik perhatiannya,bagaikan ada satu aura  yang memaksa dia untuk ke tempat itu , “CINTA HIGH CLASS” karangan Dr Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha . Tajuk yang menarik ,Hafira membelek-belek helaian buku tersebut, matanya terarah kepada  helaian berwarna hitam ,tertulis di situ “CINTAKU KERANA AGAMAMU “ … aku terus membelek .Tanpa sedar ..” Oii cik adik kat sini bukannya perpustakaan “ kata pekerja di kedai itu dengan nada sinis ,Aku tersipu malu ,dengan mulut yang tergagap-gagap “ errr kkk ye encik saya tahu” balas Fira . Fira terus mencapai buku tersebut dan segera ke kaunter pembayaran,tidak sanggup tunggu lama-lama di situ , semua mata terarah kepadanya,muka dah seakan-akan pakai blusher . “ Semua RM150” cashier memberitahunya “Owhh yaa , ni duitnya encik,terima kasih”ujar Fira dan segera dia berlalu dari kedai itu.”Sama-sama,jangan lupa datang lagi” cashier tadi bermanis mulut . “Alamak terlupa membeli kiriman Myra,nasib baik kat depan selekoh ada kedai runcit Pak Man  “ ujar  Fira.

Ting Tong Ting Tong ….

“Siapa tu ? “ Tanya Myra .. “ Aku la Hafira “ jawab Fira ..” Mana roti dan air kotak yang aku kirim tadi” Myra bertanya seakan-akan tidak sabar .”Kalau ye pun bagi la aku duduk dulu,penat pun tak hilang lagi ni” ujar Hafira “ Iya mbak Fira,silakan duduk ” Myra bergurau.Myra suka menyakat Fira dengan dialek Indonesianya,maklumla ibu nya berasal dari Indonesia,ayahnya pula dari Malaysia sudah jodoh ibu bapanya ditemukan dan pada masa yang sama mengikat hubungan dua negara. “ Nah,ini roti dan airnya “ Fira menghulurkannya kepada Myra . “Senang bangat,trima kasih ya Fira,kamu baik bangat” ujar Myra “ Eh buku apa tu” tambah Myra .Matanya terarah kepada buku yang menarik designya “Cinta high class ,,wahh Fira sekarang , ada apa-apa ke ni ,atau ada yang aku tak tahu “ Myra berseloroh ..”Eh mana ada apa-apa ,tadi aku tengok buku tu ,isinya agak menarik ,tu yang aku beli” cepat-cepat Fira menyekat ,takut nanti Myra fikir yang bukan-bukan,di samping menutup rasa sangsi Myra terhadap diri dan perasaannya .

Suatu petang….

Fira mencapai buku yang dibeli dari kedai semalan dan membuka helaian  demi helaian sampai di halaman 22 ,bacaan Fira terhenti 

“ Bagaimana ingin bahagia ?” soal penceramah 

“ Ketenangan jiwa menjadikan hidup kita bahagia.Ia bagai hembusan dari langit yang diturunkan ke dalam hati orang yang beriman agar jiwa mereka teguh,”kata penceramah.

“Oitt Fira ,apa yang kau menungkan tu,kau baca buku ke atau buku yang baca kau? ” tegur Myra .. Fira terkejut lamunan nya terhenti. “ Mana ada termenung,ni haa aku tengah baca buku ni , sampai perenggan ni tiba-tiba aku terfikir satu perkara..hurmm” kata Fira . “Apa yang kau fikirkan” Tanya Myra seakan-akan mahu mengetahuinya.

“Selama ini hidup aku bahagiakah,atau aku sendiri yang pura-pura bahagia,sedangkan dalam hati  bersarang duka”keluh Fira . “Kenapa Fira cakap camtu,Fira ada masalah,kongsilah dengan Myra mana tahu Myra boleh bantu,walaupun Myra bukanlah seperti ustazah Siti Bahyah mahupun seperti Dr Fadhilah Kamsah yang petah berbicara soal mengatasi masalah hidup,(Myra bergurau seketika bagi menghilamgkan gusar dihati Fira ) tapi inshallah kalau Myra boleh tolong ,Myra tolong”Myra mengajukan pandangan.Kesian melihat sahabatnya yang meruntun jiwa kesedihan.

“Entah lah Myra ,aku sendiri kurang pasti dengan masalah aku ,tidak tahu untuk ku ceritakan bagaimana,mungkin hanya aku bermain dengan “perasaan palsu” hinggakan aku sendiri leka dan alpa” Fira meluahkan isi hatinya.Tiba-tiba mutiara jernih membasahi pipi ,terasa hangat seketika . “Myra sudahlah tu,itu hanya perasaan kau saja,mungkin ada hikmahnya,aku tahu kau sukakan “dia”,  anak Pakcik Mat tu kan yang duduk simpang jalan 3 , yang sedang belajar luar negara sekarang ni  ?? Tapi kau malu untuk luahkan ,takut bertepuk sebelah tangan betul tak ?? pantas Myra berbicara.

“Itulah yang aku ingin bagitau “perasaan palsu” ..aku letih dan aku sendiri sangsi dengan perasaan ini,aku terlalu egois dengan pilihan yang aku buat,terburu-buru tanpa menilai dari pelbagai aspek,dan pilihan  aku bukanlah  pilihan yang tepat ,segala-galanya datang dari perancangan ALLAH,dan aku tahu ALLAH adalah sebaik-baik perancang,tapi…” Fira menghentikan kata-katanya. “Tapi apa ?? “ Tanya Myra .

“Tapi aku dah buat keputusan untuk terus lupakan dia dan untuk elakkan apa-apa yang berkaitan dengan dia,aku penat la Myra,daripada hati sakit baik aku tumpukan perhatianku pada SANG PENCIPTA dan BAGINDA S.A.W,aku rasa itu pilihan yang tepat untuk aku ,jiwa aku kosong lebih baik aku isinya dengan makanan-makanan ruhani “Fira berbicara dengan yakin .
“Kau dan buat solat istikharah “ Tanya Myra . “Alhamdulilah sudah ,hanya itu jalan yang terbaik untuk aku ‘sampaikan hajatku pada sang pemilik jiwa’ ,moga segala usahaku diberkati ,dan aku redha dengan segala kemungkinan yang datang”jelas Fira.

Istikharah  merupakan cara bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat sesuatu pilihan keputusan dalam segala urusan kehidupan , maka umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat istikharah .Ia boleh dikerjakan dua rakaat sehingga dua belas rakaat (enam salam ). Waktunya siang atau malam.Inshaallah Tuhan akan menggerakkan hati anda untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul .

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.aw yang menggalakkan solat istikharah .Diantaranya ialah :
Sabda Rasulullah s.aw : Mafhumnya “ Di antara kebahagiaan anak Adam ialah solat istikharah (minta pilih ) daripada ALLAH Taala dalam segala urusannya : dan diantara kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat istikharah daripada ALLAH pada segala urusan .
Lafaz niat solat istikharah :
(أصلى سُنة الاستخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ لله تعالى )
“ Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana ALLAH taala “

“Fira kau kena banyak bersabar ,jangan diikutkan sangat perasaan tu,inshaallah jika itu jodoh kau ,aku yakin kaulah orang paling berbahagia bak sang puteri di kayangan mahligai abadi” Myra berbicara ala-ala sasterawan A.Samad Said untuk menghiburkan hati ku.

“Banyak la mahligai nya.. aku dah okay dah sekarang ni,moga pilihan ini yang terbaik ‘lupakan dia bukan bermakna putus kawan’ tapi aku ingin dekatkan diriku kepada ALLAH ..moga jalan yang aku pilih ini jalan yang terbaik,patah hati tak bermakna aku tak boleh bangkit,aku kena kuat sebab banyak lagi perkara yang aku belum siapkan,mana nak fikir masalah diri sendiri,pelajaran,keluarga,masyarakat ,ummah negara,lebih baik aku sibukkan kan diri dari ber’perasaan’ yang bukan-bukan,betul tak Myra” Tanya Fira seolah-olah meminta pendapat.
“Jika itu yang kau rasakan lebih baik, aku hanya menyokong dari belakang,aku doakan kau dimudahkan dalam setiap urusan yang kau kerjakan,amen” Myra melontarkan pandangannya “ Kher inshallah ..ameen “ balas Fira.

“Bagi aku la kan , Fira nak bercinta tak salah tapi biarlah cinta itu berjalan atas jalan syara’ yang telah digariskan dalam ISLAM,dan aku rasa perasaan cinta itu wajar ada dalam setiap individu dan rasa cinta itu kan fitrah,dan tak salah kot jika kita sukakan seseorang,namun perlu berhati-hati jangan kerana CINTA , AGAMA terfitnah “ Myra berbicara kali ini nadanya lebih serius .

“Wah bila ustazah Amyra Adryana berbicara “ ujar Fira .Amyra hanya tersenyum .

Sedikit perkongsian dalam buku “Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu
Al-Imam Hassan Al-Banna ,seorang da’ie islam apabila ditanya tentang hukum ‘bercinta’,beliau memberikan jawapan yang bijaksana .Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini.Kata beliau , “ Bercinta secara halal itu halal,Bercinta secara haram itu haram “.

Sudah tentu ,bercinta secara syubhah itu syubhah,Syubhah ialah perkara yang meragukan antara halal dan haram .

ISLAM agama yang memahami Fitrah,Islam menolak system yang cuba menghapuskan terus fitrah cinta.Islam juga mengutuk fitrah cinta yang disalur dengan menghampiri zina.Inilah yang sering di ajar oleh media arus perdana.Islam lebih – lebih lagi mengutuk fitrah cinta yang diumbar dengan nafsu syahwat sepertimana yang berlaku di Barat.Akibatnya kecelaruan nasab begitu parah di sana.

Islam menawarkan solusi iaitu dengan pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.Bercinta selepasa nikah memang seronok.Usung kehulu ke hilir pun,tiada siapa nak marah.

Pernahkah kita merujuk apa kata ulama’ muktabar tentang “bercinta” sebelum nikah?
Prof.Dr Yusof Al-Qaradhawi yang terkenal dengan dakwah menyeru kepada pandangan moderat menerangkan manhajnya,”Menjadi kewajipan ke atas kita agar beriltizam dengan petunjuk yang dibawa oleh Muhammad s.a.w ,para khulafa’ ar-rashidun serta para sahabat baginda yang memperolehi hidayah,yang telah diarahkan oleh Baginda S.a.w agar mengikuti sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh ,jauh dari cara Barat yang terlalu bebas dan cara Timur yang terlalu ketat”.

“Fira betul ni kau dah okay ,aku tengok muka kau dah macam … Myra menghentikan bicara ….  ,jom jom siap , hari ini aku belanja kau makan supaya kalau bisa gembira dan lebih bersemangat untuk berkerja selepas ini”ajak Myra.”Inshallah aku okay ..betul ni kau nak belanja, jimat duit poket aku hari ni”Hafira bergurau ..sama-sama ketawa ..”Dah jom” Myra mencapai beg tangan nya .”Jom” balas Fira. Mereka meninggalkan rumah mennuju ke restoren untuk menikmati makan malam hari itu …. 

“ Kadang-kadang suka kan seseorang membuatkan hati kita bahagia walau dalam diam,namun sekiranya tidak meletakkan ALLAH dan RASULNYA ditempat yang tertinggi rasa cinta itu bisa pudar,Raihlah cinta ALLAH dan RASULNYA terlebih dahulu ,inshaallah cinta manusia bakal menyusul ..ingat No COUPLE untill Nikah ..dan tidak ada istilah “COUPLE ISLAMIC , dan “pandulah CINTA atas jalan yang betul , jangan biar AGAMA terFITNAH  dek Cinta yang disalah pandu,moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat MARDHATILLAH . Sama-samalah kita  muhasabah sejauh manakah CINTA kita pada ALLAH S.W.T  DAN BAGINDA S.A.W .. “ Fira bermonolog sendirian.Fira tersenyum, “Moga ini yang terbaik,Ya ALLAH pandulah aku menuju SyurgaMU” desisnya dalam hati.

Cerpen rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia,moga ada ibrah disebalik tabir  perjalanan cerpen ini .Moga bermanfaat untuk semua ..


No comments:

Post a Comment