|
GAMBAR HIASAN !!
JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PENGUNDI !!! |
PILIHANRAYA
MENURUT KACA MATA ISLAM
PENGENALAN
Pilihan Raya dari segi bahasa : “ الاختيار والانتقاء”bermaksud Pemilihan
Manakala
dari segi istilah : Pengundi memilih bagi seseorang atau lebih daripada bilangan
calon untuk menjadi wakil dalam memerintah negara .
RUKUN-RUKUN
PROSES PILIHANRAYA
Berdasarkan
ta’rif di atas dapatlah disimpulkan bahawa pilihanraya mengandungi 4 rukun :
1)
PENGUNDI
-
Iaitu seseorang yang melaksanakan proses pemilihan .
2)
CALON
- Iaitu seseorang yang dicalonkan untuk sesuatu tugas.
3)
TUGAS/PERANAN CALON
- Iaitu perkara yang menjadi sebab seseorang calon itu dipilih oleh
pengundi.
(manifesto calon , kemahiran dalam
kepimpinan yang dimiliki oleh calon)
4)
PROSES PILIHAN RAYA
-
Perkongsian pengundi dalam memilih calon seperti suruhanjaya pilihanraya (SPR),
peti undi, pasang bendera , berkempen dan lain-lain.
JENIS-JENIS
PILIHANRAYA
1)
PILIHAN RAYA PRESIDEN
-
Pemilihan ketua negara dan hakim negara .
2)
PILIHAN RAYA PARLIMEN
-
Pemilihan perwakilan rakyat di peringkat
negara .
3)
PILIHAN RAYA DUN
-
Pemilihan perwakilan di peringkat kampung, bandar .
4)
REFERENDUM / PUNGUTAN SUARA
-
Mengambil pungutan suara rakyat untuk menerima atau menolak sesuatu perkara.
5)
PILIHAN RAYA KAMPUS / PERSATUAN PELAJAR
- Pemilihan di peringkat kampus dengan
memilih perwakilan untuk memenuhi
tuntutan hak-hak mereka , dan diantara
calon-calon tersebut selesai pemilihan perwakilan universiti seterusnya
perwakilan universiti-universiti di
setiap tempat.
6)
PILIHAN RAYA CALON BEBAS / SINDIKET
-
Pemilihan calon bebas dalam sesuatu bidang kerja untuk memenuhi tuntutan hak
mereka dan menguruskan kemaslahatan mereka.
7)
PILIHAN RAYA YANG DIJALANKAN DALAM ORAGANISASI BADAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH
-
Untuk memilih organisasi atau persatuan untuk menguruskan kebajikan .
KENAPAKAH
KITA PERLU KEPADA PILIHANRAYA ?
Manusia
secara fitrahnya memerlukan kepada satu pengurusan yang menguruskan hal urusan
mereka, ataupun menjadi wakil ,dan apabila pandangan jelas , maka orang
ramai jelas akan keperluan pilihanraya ;
mencegah perkara khilaf dan mencapai kemaslahatan dan manfaat, dan antara
pandangan kenapa kita perlu kepada pilihanraya ada beberapa sebab; antaranya :
1)
Keperluan orang ramai untuk mencapai
kemaslahatan dan menolak kemudaratan dan kerosakan.
2)
Jumlah rakyat yang ramai ,mustahil untuk mengambil pandangan dari setiap orang.
3)
Berbilang-bilang kepakaran dalam sesuatu bidang kerja ,dan berbeza-beza
pengalaman dan pengetahuan.
4)
Perkembangan semulajadi dalam kehidupan manusia.
PILIHANRAYA
MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Di
dalam al-quran mahupun as-sunnah tidak menyebut secara sorih atau secara
jelas berkaitan kalimah atau perkataan pilihanraya “ انتخابات “ , tetapi terdapat beberapa kalimah yang membawa
maksud pilihanraya .Adapun apa yang di
datangkan di dalam al-quran dan as-sunnah berkaitan pilihanraya adalah membawa
erti pemilihan yang tertentu untuk sesuatu perkara , atau melaksanakan sesuatu tugasan.
Antara kalimah tersebut ialah :
1)خ ي ر) )
- Kalimah خ ي ر) )memberi makna Pemilihan ,didalam
al-quran juga menyebut kalimah tersebut
dalam beberapa tempat antaranya :
Firman ALLAH Subhanahu WaTaala :
وَٱخۡتَارَ مُوسَىٰ قَوۡمَهُ ۥ سَبۡعِينَ رَجُلاً۬
لِّمِيقَـٰتِنَاۖ
Maksudnya : “Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh
orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu
yang telah kami tentukan. ”
[ SURAH AL’ARAF : 155 ]
Firman ALLAH Subhanahu WaTaala :
وَأَنَا ٱخۡتَرۡتُكَ فَٱسۡتَمِعۡ لِمَا يُوحَىٰٓ
Maksudnya : “Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah
apa yang akan diwahyukan kepadamu. ”
[ SURAH TAHA : 13 ]
Firman ALLAH Subhanahu WaTaala :
وَفَـٰكِهَةٍ۬ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ
Maksudnya : “Dan juga
(dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih ”
[ SURAH AL WAQIA’AH :
20 ]
2) ( ص ف و )
Begitu juga kalimah ( ص ف و )memberi makna Pemilihan
,didalam al-quran juga menyebut kalimah
tersebut dalam beberapa tempat antaranya
:
Firman ALLAH Subhanahu WaTaala :
وَوَصَّىٰ بِہَآ إِبۡرَٲهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ
يَـٰبَنِىَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ
Maksudnya : “Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu
kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada
anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih
agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu
dalam keadaan Islam”
[SURAH AL BAQARAH : 132]
Firman ALLAH Subhanahu WaTaala :
إِنَّ
ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰٓ ءَادَمَ وَنُوحً۬ا وَءَالَ إِبۡرَٲهِيمَ وَءَالَ
عِمۡرَٲنَ عَلَى ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam dan Nabi
Nuh dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat
(yang ada pada zaman mereka masing-masing)”
[SURAH ALI ‘IMRAN : 33]
Firman ALLAH Subhanahu WaTaala :
وَإِذۡ قَالَتِ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ يَـٰمَرۡيَمُ إِنَّ
ٱللَّهَ ٱصۡطَفَٮٰكِ وَطَهَّرَكِ وَٱصۡطَفَٮٰكِ عَلَىٰ نِسَآءِ
ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Maksudnya : “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat
berkata: Wahai Mariam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu dan mensucikanmu dan
telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam
(yang sezaman denganmu).”
[SURAH ALI ‘IMRAN : 42]
Apabila
diperhatikan menerusi kalimah –kalimah tersebut boleh disimpulkan bahawa
kalimah-kalimah tersebut membawa kepada makna pemilihan , sama ada berkaitan dengan
perbuatan manusia atau dengan pilihan ALLAH subhanahu wataala .Dan ALLAH
subhanahu wataala mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pilihan-NYA .Dan DIA
memilih dalam kalangan hamba-NYA sesiapa yang dikehendaki untuk mengkhususkan
mereke dengan apa yang dikehendaki-NYA.
3)
Kalimah “ الاختيار والانتخاب “ di dalam as-sunnah
Terdapat banyak contoh di dalam as-sunnah menunjukkan
kepada proses pemilihan antaranya :
1) عن العباس بن عبد المطلب رضي
الله عنه قال : بلغه – صلى الله عليه وسلم – بعض ما يقول الناس ، قال : فصعد
المنبر فقال : (( من أنا )) قالوا : أنت
رسول الله ، فقال : (( أنا محمد بن عبد الله ابن عبد المطلب ، إن الله خلق الخلق
فجعلني في خير خلقه ، وجعلهم فرقتين، فجعلني في خير فرقة ، فخلق القبائل ، فجعلني
في خير قبيلة ، وجعلهم بيوتا ، فجعلني في خير بيتا ، فأنا خيركم بيتا وخيركم نفسا
))
Maksudnya: Diriwayatkan Saidina 'Abbas ibnu 'Abd al-Mutallib
r.a berkata, Rasulullah saw telah mengetahui
apa yang telah diperkatakan oleh
sebahagian orang ramai. Ibnu Abbas berkata lagi, bahawa Nabi saw telah
menaiki mimbar dan bersabda: "Siapakah aku?" Para sahabat menjawab:
"Kamu adalah utusan Allah." Nabi saw menjawab: "Aku adalah
Muhammad ibnu Abdullah ibnu 'Abdul Mutallib. Sesungguhnya Allah menciptakan
makhluk-Nya, dan menjadikan aku sebaik-baik makhluk ciptaaan-Nya.Allah swt
telah menjadikan makhluk (hamba-hamba) ciptaan-Nya kepada dua kumpulan dan
menjadikan aku sebaik-baik kumpulan tersebut.Allah swt juga turut menjadikan
kabilah-kabilah, lalu menjadikan aku sebaik-baik dari kabilah tersebut.Allah
swt telah menjadikan rumah-rumah lalu menjadikan aku sebaik-baik (membesar) di
dalam rumah tersebut.aku (membesar) dari rumah yang paling baik dan seorang
insan yang paling mulia (berbanding dari semua makhluk ciptaannya)."
2)عن عبد الرحمن بن عوف ، أن النبي–
صلى الله عليه وسلم –قال : (( أبو بكر في الجنة ،وعمر في الجنة،وعلي في الجنة ،
وعثمان في الجنة ، وطلحة في الجنة ، والزبير في الجنة ، وعبد الرحمن بن عوف في
الجنة ، و سعد بن أبي وقاص في الجنة ، وسعيد بن زيد بن عمرو بن نفيل في الجنة ،
وأبو عبيدة ابن الجراح في الجنة ))
Diriwayatkan daripada 'Abdur Rahman ibnu 'Auf r.a,
bahawa Nabi saw bersabda: "Abu Bakar berada di dalam syurga, Umar
berada di dalam syurga, Ali berada di dalam syurga, Uthman berada di dalam
syurga, Thalhah berada di dalam syurga, Zubair berada di dalam syurga, 'Abdur
Rahman berada di dalam syurga, Sa'ad ibnu Abi Waqas berada di dalam syurga,
Sa'id ibnu Zaid ibnu 'Amru Ibnu Nufail berada di dalam syurga, dan Abu Ubaidah ibnu
Jarrah berada di dalam syurga."
3) عن ابن مسعود قال : قال – صلى
الله عليه وسلم – : (( لِيَلني منكم أولى الأحلام والنهي ، ثم الذين يلونهم ، ثم
الذين يلونهم ))
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud, Nabi saw bersabda: Maksudnya: “Hendaklah berdiri mengiringi di
belakang aku orang yang sudah baligh dan berakal, kemudian mereka yang
berikutnya, mereka yang berikutnya."
Berikut merupakan antara hadis yang menunjukkan
pilihan ALLAH -azza wajalla – bagi
mereka-mereka yang terpilih dalam kalangan ciptaan-NYA untuk membawa risalah
ISLAM.Dan diantara mereka yang dipilih ialah NABI MUHAMMAD Sallahu’alaihi
Wasallam untuk menjadi nabi yang terakhir .
PILIHANRAYA DIANTARA MEREKA
YANG MENYOKONG DAN MENOLAK
HUKUM PILIHANRAYA
Pilihanraya merupakan satu perkara yang baru , oleh
yang demikian timbullah beberapa pandangan .Segelintir daripada ulama’ ada yang
menyokong sistem pilihanraya diadakan , namun ada segelintir yang menolak
berdasarkan dalil-dalil yang tertentu.
GOLONGAN YANG MENGATAKAN TIDAK
HARUS :
Antara ulama’ yang mengatakan tidak harus ialah :
Muhammad Ra’fat Uthman , Soleh Al-Fauzan , AlBani …
dan selain mereka,Ini merupakan pandangan yang terbina dari aliran jihad
bersenjata dari gerakan islam,begitu juga ulama’ aliran salafi dan ulama’ hizbut
tahrir di Jordan dan selainnya.
ANTARA DALIL YANG MENGATAKAN
PILIHANRAYA TIDAK HARUS :
1) PILIHAN
RAYA MERUPAKAN SATU AMALAN YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH UMMAT PADA ZAMAN
DAHULU,DAN ULAMA’ SALAF TIDAK MELAKUKANNYA.
- Pandangan ini tertolak,kerana pilihan raya merupakan
satu perkara adat dan uruf dalam masyarakat dan ianya termasuk dalam urusan
kehidupan zaman moden,dan setiap sesuatu perkara itu harus,dan sekiranya ulama’
salaf memerlukannya mereka akan lakukannya ; tetapi mereka melakukannya dalam
gambaran yang lebih kurang dengan proses pilihanraya .
2) PILIHANRAYA
MERUPAKAN SATU BENTUK DEMOKRASI, YANG MANA SYARIAT MEMBANTAHNYA
- Pandangan ini tertolak ; kerana umat islam – pada
awal permulaan – meniru dari selain mereka apa yang member kebaikan dalam
kehidupan dan urusan mereka seperti mana system birokrasi (
) , surat menyurat dan sebagainya .
3) PILIHANRAYA MERUPAKAN SUARA MAJORITI DAN IANYA
MERUPAKAN SATU KECELAAN BAGI ISLAM
- Mereka menggunakan dalil al-quran sebagaimana Firman ALLAH subhanahu
wataala :
وَإِن تُطِعۡ أَڪۡثَرَ مَن فِى ٱلۡأَرۡضِ يُضِلُّوكَ عَن
سَبِيلِ ٱلله
Maksudnya : “Dan jika engkau
menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan
menyesatkanmu dari jalan Allah ”
[SURAH ALAN’AM : 116 ]
Dr,Yusof AlQardawi membalas hujah mereka dengan berkata
: sesungguhnya logik akal (mantiq ) dan syara’
mengatakan : Tidak dapat tidak ada yang memutuskannya dan
orang yang memutuskannya dalam keadaan bercanggah dan berbeza iaitu
konsep majoriti,dan adapun 2 pandangan
lebih dekat kepada yang benar daripada pandangan yang satu.
Kemudian Dr Yusof AlQardawi menggariskan dalil tersebut dianggap sebagai konsep
majoriti dan beliau menyebutkan Sabda Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam :
((إِنَّ الشيطانَ مع الواحد وهو من
الاثنين أبعد ))
Maksudnya : “ Sesungguhnya syaitan itu
bersama orang yang bersendirian manakala sekiranya berdua (dalam jemaah) maka
dia akan jauh ”
Dan Sabda Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam kepada
Abu Bakar dan Umar :
((لو اجمتمعْتما على مشورة ما
خالفتُكُما ))
Maksudnya : “ Sekiranya kamu berdua
membuat satu keputusan ke atas mesyuarat aku tidak akan menentangnya ”
4) PILIHANRAYA MENYAMAKAN ANTARA UNDI ORANG BERILMU DAN ORANG
BUTA HURUF.
5) PILIHANRAYA MENRUPAKAN SATU SYAHDAH
(PENYAKSIAN) DAN PENYAKSIAN DITERIMA
DARI KALANGAN MEREKA YANG ADIL.
6) MENERIMA PILIHANRAYA IBARAT SYARIAT ISLAM ITU ADA KEKURANGAN KERANA TIDAK
MENDATANGKAN WASILAH INI.
GOLONGAN
YANG MENGATAKAN HARUS :
Antara ulama’ yang mengatakan harus ialah ulama’
haraki kontemporari , mereka ialah : Muhammad Rasyid Redha, Hassan Al-Banna,
Abu ‘Ala AlMaududi, Abdul Qadir ‘Audah, Abdul Karim Zaidan, Dr Yusof
AlQaradawi, dan selainnya .
ANTARA DALIL YANG MENGATAKAN
PILIHANRAYA HARUS :
1)ASAL BAGI SESUATU PERKARA ITU ADALAH HARUS.
2)PILIHANRAYA MERUPAKAN SATU ADAT MASYARAKAT , DAN
TIDAK MENGAPA JIKA MEMBUAT SATU PERUBAHAN DAN SATU CIPTAAN YANG BARU PADANYA.
3) PROSES PILIHAN RAYA MERUPAKAN SATU BA’IAH ( AKU
JANJI RAKYAT) ; merupakan aku janji rakyat
yang menunjukkan mereka redha dengan calon yang di bai’ah dan calon yang mereka
pilih.
4) UMAT ISLAM MENIRU KEBANYAKAN DARIPADA SISTEM ,
CARA, WASILAH YANG TIDAK MELANGGAR SYARIAT , DAN ULAMA’ BERSEPAKAT .
5) PROSES PEMILIHAN HAKIM DAN SEUMPAMANYA TIDAK ADA
DALIL YANG KHUSUS , ADAPUN MENGIKUT IJTIHAD MANUSIA ; mengikut zaman masa selagi mana tidak menyalahi nas .
6) SISTEM PILIHANRAYA TELAH IPERSETUJUI DI PERINGKAT
KULIAH SYARIAT , UNIVERSTI – UNIVERSITI ISLAM , PERSIDANGAN-PERSIDANGAN ULAMA’
FEQAH ,bagaimana mungkin diterima disesetengah tempat, tapi tidak diterima
ditempat lain ?!
7) PROSES PILIHANRAYA TERMASUK DALAM TOLONG – MENOLONG YANG DISYARIATKAN OLEH ALLAH subhanahu wataala dalam FIRMANNYA :
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ
تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ
شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya :“ Dan tolong-menolonglah kamu
dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat
dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat
berat siksa-Nya”
[ SURAH AL MAIDAH : 2 ]
8) MELALUI PILIHANRAYA MEMBOLEHKAN UNTUK MENCAPAI
KEMASLAHATAN DAN MENOLAK KEMUDARATAN , DAN SYARIAT ISLAM BERUSAHA UNTUK MENCAPAI KEMASLAHATAN
RAKYAT.
9) PROSES PILIHANRAYA MERUPAKAN SALAH SATU CABANG
UNTUK MELAKSANAKAN TUNTUTAN AMAR MA’RUF
DAN NAHI MUNGKAR .
Firman ALLAH Subhanahu WaTaala :
وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ
وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ
هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
Maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang
menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat
segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan
keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. ”
[SURAH ALI’IMRAN : 104 ]
Dan ianya sebab manusia dijadikan sebaik-baik ummat.
Firman ALLAH Subhanahu WaTaala :
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ
بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ
Maksudnya : “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat
yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat
segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). ”
[SURAH ALI’IMRAN : 110 ]
10) PROSES PILIHANRAYA MERUPAKAN AGEN
PENGUBAH YANG DIGESA OLEH SYARIAT ; SABDA RASULULLAH
Sallahu’alaihi Wasallam :
((من رأى منكم منكرا فليغيِّره بيده ، فإن لم يستطيع فبلسنه ، فإن لم يستطيع
فبقلبه وذلك أضعف الإيمان ))
Maksudnya : “ Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan
tanganya, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya , dan sekiranya
tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya ,dan itulah selemah-lemah iman”
( Adapun untuk mengurangkan kadar jenayah , kerosakan
dalam masyarakat adalah melalui parlimen yang juga merupakan salah satu cara
yang mampu mengubah kearah kebaikan dan melaksanakan perkara –perkara yang
boleh menagatasi masalah jenayah maka, mereka mengharuskan untuk menghantar
calon dalam pilihanraya parlimen) .
Kesimpulannya , walaupun pilihanraya merupakan satu
perkara baru dan datangnya dari negara barat , namun ia merupakan peluang yang
harus dimanfaatkan oleh ummat islam dalam memastikan tonggak negara di bawah
pemerintahan yang adil ,memahami undang-undang perlembagaan mengikut cara ISLAM
yang berlandaskan al-quran dan as-sunnah.Di dalam kaedah fiqh berbunyi :
[ما لا يتم الواجب إلا به فهو الواجب]
Maksudnya “ Apa yang tidak dapat
sempurnakan yang wajib melainkan dengannya maka ia dianggap satu perkara yang
wajib” .
Secara ringkasnya, memilih pemimpin yang adil dan
saksama merupakan satu kewajipan dan tidak dapat dilaksanakan melainkan melalui
pilihan raya , maka pilihanraya juga dianggap satu kewajpan.Juga dapat
diqiaskan dalam masalah berwuduk dimana tidak sah solat seseorang melainkan
dengan berwuduk ,maka berwuduk dianggap
wajib .Moga ALLAH merahmati usaha dan perjuangan yang dilakukan .Sama-samalah
kita berjuang memenangkan ISLAM di muka bumi ini,usah terpedaya dengan
kemewahan duniawi,itu semua tipu daya yang akan hancur musnah ditelan
zaman.Bersama kita mengejar MARDHATILLAH dibawah pimpinan para umara’ ulama ‘ (
seorang pemimpin dan juga seorang ulama’ ) .INSHALLAH .
“ SATU UNDIAN MAMPU
MENGUBAH SEGALA-GALANYA”
“BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA’ ”
“TRANSFORMASI PEMIKIRAN, MANIFESTASI KESATUAN”
“ GENERASI SOLEH ACUAN
AL-QURAN DAN AS-SUNNAH”
Rujukan :
Kitab “Al Intikhobat Ahkam Wa Dhowabit“
karanganDr. Akram Kassab cetakan pertama Darussalam .