Dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH , MAHA PENYANYANG
PENGENALAN ULUM SYARI’AH.
Sebagai seorang MUSLIM ,tidak dapat tidak perlulah memiliki asas yg kukuh dalam diri bagi membentuk jiwa muslim sejati. Kalimah syahadah ..”LA ILA HA ILLA ALLAH , MUHAMMADUR RASULALLAH “ kalimah agung ,tinggi darjatnya.Dua kalimah yang membawa kita mengenal SANG PENCIPTA ALAM serta UTUSAN ALLAH ke muka bumi ini serta RISALAH yang dibawa oleh baginda .
Redha mengakui bahawa ALLAH S.W.T sebagia Tuhan yang disembah ,ISLAM sebagai Agama yang benar dan Rasullah s..a.w sebagai nabi dan rasul yang terakhir ,maka itulah asas kemanisan iman yang membawa erti yang bermakna dan keuntungan yang besar bagi orang yang redha kerana merasakan kelazatan rohani .
Sabda Rasulallah s.a.w. yang bermaksud :
“ Merasakan kemanisan iman ,siapa yang redha dengan ALLAH sebagai Tuhan, Islam sebagai agama , Muhammad sebagai Rasul (Utusan) .” –Riwayat Muslim .
Firman ALLAH S.W.T :
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” . Surah al anbiya’ 107
Setiap posmen yang ditugaskan ,pastilah bersamanya surat yang dikirimkan, begitu juga baginda S.A.W , baginda diutuskan kemuka bumi ini bersama risalah ISLAM untuk menyampaikan ad-deen yang syumul kepada ummatnya.
Ad-deen ISLAM adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat Rabbaanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.
Di dalam hadis matan ar ba’in karangan IMAM AN NAWAWI - rohimahullah - ,hadis yang kedua ,dikenali juga sebagai “ hadis jibril “ Ibn Daqiq Al 'Ied (1) berkata : Hadis ini merangkumi semua tugas-tugas amal zohiriyyah dan batiniyyah dan ulum syari’ah . Juga merupakan hadis mutawatir. Hadis ini diibaratkan sebagai “ibu” kepada hadis-hadis lain.kerana mengandungi penjelasan Deen secara keseluruhannya .
Hadis ini juga menerangkan bahawa tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan.
Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.
Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.
Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam,menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.
llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. Ilmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya.
Justeru itu, dalam meneruskan perjuangan baginda ,maka ilmu yang sohih perlu di pelajari dari ulama’- ulama’ yang muktabar selari dengan syariat ISLAM . Oleh itu ,
Al – Azhar lahir bagi mengumpulkan sumber2 yang sohih serta melahirkan ulama’-ulama’ yang muktabar bagi menjaga ketulenan serta kebenaran ilmu yang bersilsilah dari baginda seterusnya para sahabat radiallahu ‘anhhum ,tabi’in,
tabi’ tabi’in, salafussoleh hingga ke hari ini dijaga dari diresapi dakyah-dakyah barat ,propaganda barat yang bercita-cita untuk menjatuhkan ISLAM ..AL-Azhar juga merupakan “Qiblat Ilmu “ bagi pencinta ad-deen al-haq .
Pandangan selaku Azhari ,pembawakan manhaj ilmu yg betul perlulah didapati dari sumber yang betul ,sumber yang boleh dipercayai selari dengan tuntutan ISLAM.
Sedikit perkongsian dari kalam penuntut AL- AZHAR AS-SYARIF :
Al-Azhar As-Syarif,menjadi rujukan dan kepercayaan Umat Islam dalam memahami Agama Allah yang diturunkan kepada Baginda Rasulullah S.A.W. lebih sepuluh kurun yang lalu hinggalah ke hari ini.
Umat Islam zaman berzaman menjadikannya Rujukan,bukan kerana namanya. Tetapi kerana khidmat Al-Azhar tadi dalam memastikan kefahaman Islam yang benar sebagaimana diajarkan oleh Baginda S.A.W,seterusnya Para Sahabat R.A dan SalafusSoleh terus dijaga dan dipelihara ketulenannya.
Kefahaman yang benar dan tulen itu pula kemudian disampaikan kepada Ummah sejak zaman berzaman.--> ( ustaz Muhammad NoorAzam bin Bahador )
Konklusinya , dari pecahan ad deen ulama’ –ulama’ menyimpulkan bahawa tiga tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita selaku hamba-NYA untuk kita turuti berdasarkan tiga skop bidang ilmu
iaitu :-
Tauhid : Mengesakan ALLAH, Tuhan yang tiada sekutu bagiNya ,yang bersifat dengan segala kesempurnaan,kebesaran ,kesuciaan dan keadilan
Feqah (‘Imarah al-ard ) : Mentadbir bumi dengan melaksanakan segala yang diperintahkan oleh ALLAH ,Melaksanakan hukum hakam yang ditetapkan.
Tasawwuf : Ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin didalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah daan menghindari sifat-sifat mazmumah .Ilmu yang bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di atas landasan dan peraturan hukum syari’at yang sebenar .
Seseorang yang bergelar MUSLIM ,wajib mengetahui walaupun kadar minimum berkaitan ilmu-ilmu tersebut untuk meniti arus hidup atas landasan yang benar. Bahkan ianya merupakan fardu ‘ain ke atas setiap MUSLIM.
Imam Syafie (wafat: 204H) telah memberi wasiat tentang kepentingan dua ilmu iaitu hadith dan fiqh dalam satu bait syairnya:
Segala ilmu selain Al-Quran adalah batil, Kecuali hadis dan feqah dalam agama.
Ilmu hadis adalah petunjuk dan dalil , manakala ilmu feqah pula adalah natijah kefahaman daripada hadith. Apakah ertinya seseorang yang tenggelam dalam ilmu hadis dengan segala macam cabang-cabangnya, mempelajari mustalahnya, jalur-jalur hadisnya, perawi-perawinya, tetapi tidak memahami makna hadith, permasalahan-permasalahann ya dan istinbat hukum hakam daripadanya.
Maka, penuntut ilmu yang sebenar mesti menggabungkan antara dua ilmu; hadith dan fiqh, kerana dua-dua ilmu ini saling menyempurnakan antara satu sama lain.Selamat berjuang wahai JUNDULLAH di bumi al kinanah serta di bumi MALAYSIA dan diseluruh alam ini..insyaallah.
~ Al faqirah ila Robbiha ~
Mohon kemaafan jika ada sebarang kekhilafan
~ AL- AZHAR MANHAJUNA WAL ULAMA’ QUDWATUNA ~
Rujukan :
1)Kitab Al Wafi fi Syarh Ar ba’in AnNawawi
2) Kelas mabadi’ al fiqh us Muhammad Noorazam Bahador
.......................... ..........
(1) Ibnu Daqiq Al-‘Ied (wafat 702H)
Nama penuhnaya Taqiyuddin Abu al-Fath Muhammad Bin Ali Bin Wahb Bin Muthi’ al- Qusyairi al – manfaluthi ash-sha’di al – maliki asy –syafi’,banyak menulis kitab dan juga merupakan pensyarah kitab arbai’in an nawawi

Ilmu hadis adalah petunjuk dan dalil , manakala ilmu feqah pula adalah natijah kefahaman daripada hadith. Apakah ertinya seseorang yang tenggelam dalam ilmu hadis dengan segala macam cabang-cabangnya, mempelajari mustalahnya, jalur-jalur hadisnya, perawi-perawinya, tetapi tidak memahami makna hadith, permasalahan-permasalahann
Maka, penuntut ilmu yang sebenar mesti menggabungkan antara dua ilmu; hadith dan fiqh, kerana dua-dua ilmu ini saling menyempurnakan antara satu sama lain.Selamat berjuang wahai JUNDULLAH di bumi al kinanah serta di bumi MALAYSIA dan diseluruh alam ini..insyaallah.
~ Al faqirah ila Robbiha ~
Mohon kemaafan jika ada sebarang kekhilafan
~ AL- AZHAR MANHAJUNA WAL ULAMA’ QUDWATUNA ~
Rujukan :
1)Kitab Al Wafi fi Syarh Ar ba’in AnNawawi
2) Kelas mabadi’ al fiqh us Muhammad Noorazam Bahador
..........................
(1) Ibnu Daqiq Al-‘Ied (wafat 702H)
Nama penuhnaya Taqiyuddin Abu al-Fath Muhammad Bin Ali Bin Wahb Bin Muthi’ al- Qusyairi al – manfaluthi ash-sha’di al – maliki asy –syafi’,banyak menulis kitab dan juga merupakan pensyarah kitab arbai’in an nawawi
No comments:
Post a Comment