NASIHAT MUROBBI KEPADA PENUNTUT ILMU
Nasihat Fadhilatus Syaikh Yusri Rusydi As-Sayyid Jabr Al-Hasani Hafizahullah buat para penuntut Ilmu :
1.Pertama-tama dalam usaha kamu menuntut Ilmu adalah persoalan "penetapan niat".
Niatkan sungguh-sungguh menuntut Ilmu untuk menuju Allah dan mencapai redhanya.
InsyaAllah dengan niat yang benar ini,Allah akan memberi bimbingan dalam usaha menuntut ilmu itu untuk sampai kepada kebenaran.
2.Tuntutlah Ilmu itu dari Para Ulamak yang masyhur dan diiktiraf
penguasaan dan kepakarannya dalam Ilmu tersebut pada zaman kamu.
Jangan dituntut Ilmu itu dari golongan yang tidak mempunyai sifat tersebut.
Ambillah Ilmu dari Guru yang Mahir dan diiktiraf yang telah berguru
dari guru yang mahir dan diiktiraf begitulah seterusnya sehingga
bersambung silsilah perguruan itu sehingga sampai kepada Sayyiduna
Rasulullah SallaAllahu 'alaihi wa Sallam.
3.Belajarlah Ilmu itu
dari Guru itu sehingga selesai dari awal sehinggalah akhir kitab.
Jangan dipilih-pilih tajuk atau bahagian tertentu sahaja untuk
dipelajari.
Disini perlunya kesabaran dan kesungguhan untuk terus
beriltizam dan bersuhbah dengan guru dalam proses pembelajaran
sehinggalag selesai pengajian.
Sikap sebahagian yang hanya
memilih tajuk-tajuk atau bahagian tertentu sahaja untuk dipelajari
inilah yang menjadi punca menjerumuskan sebahagian pihak kedalam krisis
kefahaman yang salah lagi pelik yang bercanggah dengan kefahaman Ummah
selama ini.
4.Isilah harimu disepanjang tempoh
pengajian(khususnya) dan sepanjang hidupmu dengan Zikrullah (terutama
zikir-zikir harian,pagi dan petang),Wirid Al-Qur'an Al-Karim dan menjaga
Ibadah dan Hubungan dengan Allah S.W.T melalui penjagaan amal-amal
soleh.
Ini amatlah penting bagi sentiasa menjaga hatimu dari
tergelincir dalam niat,dan juga memelihara dari sifat malas yang bakal
membawa kepada terhentinya usaha penerusan pengajianmu dalam sesuatu
Ilmu.
Ini juga penting agar hati penuntut Ilmu sentiasa
mendapat bimbingan dan taufiq dari Allah S.W.T dan terpelihara dari
terpesong dan menyeleweng.
5.Yang terakhir dan antara yang paling penting,mestilah penuntut Ilmu bersifat tawadhuk dengan seluruh makhluk Allah.
[Lebih kurang makna (sebahagian) Nasihat Fadhilatus Syaikh di Masjid
Al-Azhar As-Syarif : pada hari Sabtu 29/6/2013. Mohon para sahabat dapat
membetulkan sekiranya ada salah silap dalam mencatatkan Nasihat
Fadhilatus Syaikh Hafizahullah]
copied from : https://www.facebook.com/muhammad.bahador
No comments:
Post a Comment