بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamulaikum...
Pertama dan selama2nya..marilah kita mengucapkan syukur kehadrat ilahi..dgn limpah kurnia-NYA,dapat kita merasai dua nikmat yg terbesar iaitu nikmat IMAN n ISLAM...dan dgn perjuangn baginda RASULALLAH S.AW dapat kita mengenali ap itu ISLAM yg sebenarnya...
Sedar ataupun tidak kita adalah insan yg terpilih untuk berada di bumi ini...walaupun hanya sekejap namun perasaan itu menbuatkan kita tertanya2...apa sebab 'aku' dilahirkan?? atau saje2?? atau hanya sekadar utk berfoya2? makan?? minum???...dll... namun disebalik persoaln itu terungkap satu makna @ satu jawapan dimana..'aku' dilahirkan adalah untuk jadi seorng khalifah ALLAH..iaitu pemimpin untuk bantu agama ALLAH....
Tapi...sedarkah kita apabila timbul persolan dimana ...apa yg 'aku' dah lakukan?? apa yg 'aku' perlu buat?? untuk apa 'aku 'buat semua ni?? penting sangt ker?? Jawpannya adalah..............
YA ALLAH ampunkan 'aku' aku sebenarnya lalai terhadap tanggungjawabku,'aku' tidak sedar ap yg 'aku' lakukan..mngkin ad dosa2ku yg mmbuatkanku alpa..YA ALLAH kau ampunkanlah dosa2ku... ( moga kita tergolong dalam kalangn mereka yg diampunkan dosanya..ameen)...TAUBAT itulah cara yg terbaik..agar kita diberi nur < cahaya> oleh ALLAH untk kembali kejalan yg benar....bila hati kita bersih.. kita akan rasa tenang..dgn itu kita pikir balik..apa ISLAM itu sebenarnya.....
ISLAM satu agama yg SYUMUL yg mana merangkumi semua aspek kehidupan..baik dr segi.............. ibadah,akhlak.politik.sosial...n sebagainya..namun terfikirkah kita apakah aku ni 'ISLAM'?? ya kita memang ISLAM tapi adakah kita betul2 berIMAN??IMAN DAN ISLAM x boleh dipisahkan ..untuk jadi yg terbaik maka kedua2 aspek ini prlu dalam dri kita....perisai dikala kita berada didalam dunia yg penuh dugaan dan pancaroba ini,dimana arus yg semakin moden meniti dalam kehidupan yg bergelar seoarng 'MANUSIA'...
Bila bercakap tentang dunia yg semakin moden ni , maka muncullah dalam fikiran kita mengenai..
pembaharuan @ pengubah suaian yg dilakukan baik dr semua aspek..tetapi disini suka untuk sy persoalkn mengenai isu "fesyen".... yg mana membuatkan hati sy rasa sedih bila mana fesyen dianggap stu perkara yg utma tnpa memikirkn impak disebalik fesyen itu sndri.....bila orng kata " biasa la zaman sekarng dah moden x kanlah nak ikut trend dulu2" ok fine...tapi itu x semstnya kita perlu buka AURAT ..betul tak?? minta maaf sekiranya terlalu kasar..... AURAT...apa itu AURAT????
Aurat (Arab: عورة) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah WAJIB ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil....
Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-
anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang
yang beriman, supaya kamu berjaya.
Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
BATASAN AURAT LELAKI
Aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup. Dalil mereka hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;
أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ
“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)
Pandangan pertama ini merupakan pandangan jumhur ulamak
Sama2 lah kita menjaga menjaga aurat ..anugerah ALLAH berikan kita jaga ..kita simpan seelok2nya..x usah dipamer kecantikan kita kpda orng ramai tapi simpan n pamerkan kepda orng yg tersyng bilamana ijabkabul diakadkan ..dalm erti kata lain kpada SUAMI N ISTERI...sukalah untuk sy ingtkan sebaik2 perhiasan dalam dunia ini ialah wanita solehah...maka anggaplah ia sbg nyawa kamu.........
Indahnya ISLAM mengajar kita ERTI HIDUP....kerana ISLAM kita kenal ALLAH dan RASULNYA....tapi sedarkah kita bahawa ISLAM itu memang hebat..kerana ISLAM kita HIDUP MUAFAKAT..semua terjadi kerana adnya ISLAM N IMAN....oleh itu jgalah ia jgn biarkn ia terlepas nanti kita akan kerugian......yakinlah bahawa ALLAH itu dekat....
YUKK sahabat2 jaga ISLAM ,IMAN, HATI, AURAT jgn lupa......agar hidup kita diberkati DI DUNIA N DIAKHIRAT SANA...........INSYAALLAH..AMEEN
* pesanan untuk diri sendiri dan sahabt2 yg disayangi sekalian..........
* mohon kemaafan andai kata terkasar bahsa ,tersilap bicara, diri ini hnya insan yg lemah..yg sentiasa melakukan kesilapn....wallahu'lam................
No comments:
Post a Comment