Selamat Datang

Wednesday, November 14, 2012

Tahun Baru 1434H

ALHAMDULILLAH !!!

Bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana masih di beri ruang untuk bernafas dimuka bumi ini, diberi peluang untuk memakmurkannya dengan nilai-nilai ISLAM .. 1434H bermula satu permusafiran yang baru , segala catatan buku lama ditutup dan buku baru dibuka .. Semoga amalan di terima ALLAH..ameen..

Azam baru sinonim bila mana bermulanya detik 1MUHARAM ..masing-masing sibuk me"list"kan azam-azam yang bakal digapai untuk tahun ini ..SUBHANALLAH .. itu merupakan satu usaha yang baik ke arah satu penghijrahan yang bermakna  .. tidak salah untuk meletakkan azam ini kerana Nabi Muhammad  s.a.w bila mana berhijrah perkara pertama yang baginda lakukan ialah membangunkan negara madinah dimana baginda menyampaikan risalah islam melalui pembentukan sebuah negara ISLAM

" Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah ialah mendirikan masjid dan keduanya membina pasar. Kedua tindakan nabi ini adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititik beratkan dalam membina sesebuah negara. Masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan manusia sesama mereka. Manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting dalam membangunkan negara."

petikan kalam PRESIDEN PAS TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG ..

 Moga tahun ini bakal menyaksikan transformasi dari pelbagai sudut tidak tetumpu hanya pada soal ibadah tapi aspek2 yang lain yakni dari sudut siasah , ekonomi, pendidikan , pembangunan insan, akhlak dan lain-lain .. lakukan pembaharuan laksanakan azam .. moga ALLAH pandu !!

Bila tiba tarikh kemerdekaan masing-masing sibuk melansungkan konsert baik konsert berbentuk amal ataupun konsert "lagha" .. merasakan diri sudah bebas tapi pada masa yang sama "terbabas" dek kerana ISLAM diletak tepi gaya BARAT dicari-cari.. adakah anda merasai "kebebasan" sebenar ??

Last but not least , moga kehadiran 1434H mengubah pola pemikiran kita dari dibelenggu "jahiliyah moden" hari ini , terpesona dengan illusi hingga lupa diri,untuk ubah mindsetting lebih "sukar" dari mengubah aliran sungai ..sama-samalah kita lakukan penghijrahan minda dari takuk lama ke arah satu perubahan yang lebih baik ..inshaallah ...

SALAM MAAL HIJRAH 1434H BUAT SELURUH KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

sama-sama hayati lagu ini..sinonim bila 1 muharam tiba ( lagu lama yang bermakna =)

Al Ajiba

Lagu Tema Maal Hijrah

Lirik Lagu Maal Hijrah 1 Muharram

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

 http://www.youtube.com/watch?v=lSEXCuc6ak0

14/11/12 11.07 PM (waktu mesir) 

No comments:

Post a Comment