BISMILLAH ..
Sejauh mana keberkesanan dan tuntutan fardu kifayah dalam memperkasakan ummah ??
Sabda RASULULLAH s.a.w : " Menuntut Ilmu adalah wajib bagi setiap muslim "
Berdasarkan hadis ini , jelas menunjukkan bahawa ilmu wajib dituntut
oleh setiap individu , baik ilmu fardu 'ain mahupun 'ilmu kifayah
.Adapun Ilmu Kifayah adalah satu kefarduan yang bertujuan mewujudkan
amal yang mengkhususkan kepada sebahagian inidividu sahaja .Ianya
merupakan satu tonggak kekuatan ummah.jadi mana-mana pihak baik individu
, masyarkat mahupun pihak kerajaan wajib menyediakan kemudahan untuk
merealisasikan ilmu-ilmu fardu kifayah seperti mendalami bidang bidang fatwa syar'ie , perubatan , kejuruteraan,sains dan teknologi dan seumpamanya kerana semua ilmu ini dianggap
"qiwamulummah" -kekuatan ummah-.
Imam Ibn Qayyim Al Jauziyah
telah memperkenalkan satu kaedah yang utuh dalam masalah metod
mempelajari ilmu fardu kifayah , kaedahnya :
" Perbezaan taklif dan kewajipan bergantung kepada kecenderungan dan kebolehan seseorang "
Kaedah ini memberi ruang dan peluang kepada kita untuk mamilih bidang
atau aspek mana yang diminati dan menjadi kecenderungan diri sehingga
mampu menjadi pakar di dalam bidang tersebut.Natijahnya kita mampu
meyumbang faedah dan jasa di dalam memperkasakan dan mentransformasikan
minda serta memanifestasikan kesatuan dalam mengukukuhkan ummat islam.
Dunia tanpa sempadan hari ini , memperkuatkan lagi hujah bahawa
mahasisiwa/wi hari ini perlu peka terhadap apa yang berlaku
disekelilingnya .Tidak harus melarikan diri daripada mengambil cakna isu
ummah baik di dalam negara mahupun di luar negara.Ini kerana dengan
mengetahu isu semasa dapat mengenal baik dan buruk lalu dapat memikirkan
cara untuk mengelak daripada situasi jika mempunyai implikasi negatif .
Mahasiswa/wi pada zaman moden hari ini harus bijak mencari peluang
untuk menyumbangkan khidmat kepada masyarakat apabila diperlukan tanpa
mengabaikan tanggungjawab lain,dan pandai mengimbangkannya ,susun masa
adjust kerja , fokus , teliti , perhati moga usaha di pandu ILLAHI .
Secara umumnya , mahasisiwa/wi yang profesional adalah mereka yang
menjadikan AL-QURAN & AS-SUNNAH , sebagai petunjuk dalam menyusuri
kehidupan sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.wallahu'lam
* perlu diingat bahawa menghidupkan konsep fardu kifayah adalah jalan untuk memperkasakan ummah .
Rujukan kitab :
Wanita Muslimah, karangan Us. Fauwaz Fadhil Noor , m/s 38-40
#SALAM MAAL HIJRAH 1434H BUAT SEMUA#
#Ulama' Haraki Teraju Kmenangan#
nukilan : Al Faqirah Ila Robbiha
No comments:
Post a Comment