Selamat Datang

Monday, December 10, 2012

Agar-agar Nata De Coco Cairo

agar-agar  nata de coco cairo :)

Sudah lama rasanya tak buat agar-agar,teringin untuk makan ,kebetulan ada gotong royong sempatlah buat sedikit juadah "agar-agar nata de coco cairo " huhu ... (tataw nak bagi nama apa ) dah macam warna warni malaysia dah gayanya .. bercampur2 warna ada hijau ada merah ada kuning ...semua ada !! ermm mesti sahabat nak tahu macam mana nak buat agar2 kat atas kan ?? (saje je teka )

tak apa .. ana kongsikan sikit cara-cara nak buat agar2 ni - easy & simple - inshaallah ..

Bahan-bahan yang diperlukan ...

1 bungkus agar-agar ( yang serbuk pun bisa , - 1paket -)
pewarna hijau
pewarna kuning
pewarna merah (sirap pun boley )
5 /6  gelas (sederhana )air
daun pandan tambah perasa (kalau ada , agar2 diatas saya tak letak )
gula secukup rasa
garam secubit penambah rasa
periuk
 
Cara-cara nya...

Masuk 5/ 6 gelas air ke dalam periuk panaskan diatas api , masukkan agar-agar biarkan ia mendidih,then,masukkan gula  dan garam biarkan seketika .. selepas itu asingkan agar2 tadi ke pada empat bahagian  .. bahagian 1 : bekas tupperware yang sederhana besar masukkan agar2 tadi (agar2 kosong warna putih je ) .. bahagian 2 : satu mangkuk agar2 utk pewarna hijau .. bahagian 3 : satu mangkuk utk pewarna merah .. bahagian 4 : satu mangkuk utk pewarna kuning .. bahagian 2.3.4 biarkan agar2 tadi keras dan apabila keras , potong berbentuk dadu macam nata de coco :) ... n masukkan agar2 yg siap dipotong kedalam tupperware tadi ..tabur ikut suka ,kena pada gaya dan enak dipandang mata ,, rasa jgn lupa !!!!

** utk note sila pastikan acuan agar2 dalam tupperware tadi tidak keras dan utk keselamatan sebelum diletakkan  didalam tupperware biarkan seketika ia berada didalam periuk utk memastikan tahap ia tidak cepat beku coz pastikan acuan dalam 3 bahagian yg berbaki freeze dahulu senang nak tabur nanty ..okay !!!

** sekiranya memerlukan kuantiti yang bnyak sila tambahkan ikut selera dan cara :)

selamat mencuba agar-agar nata de coco cairo :)

dah cuba post la kat sini jugaa :)

"#maaf  post agak kelam kabut sikit ..almaklumla dan tgh malam #

No comments:

Post a Comment