Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Beriadah merupakan salah satu sunnah baginda s.a.w .. terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan oleh baginda s.a.w antaranya memanah,berenang,lumba lari, berkuda dan lain-lain lagi .
Banyak hadis menyebut mengenai aktiviti riadah yang ada pada zaman Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
" otak yang cerdas lahir dari badan yang cergas " . Beriadahlah dan bersukanlah dengan niat mengikuti sunnah baginda s.a.w ,Oh indahnya ISLAM!!! , Moga setiap apa yg dikerjakan dipandang oleh SANG PENCIPTA dan sama-samalah kita mengikut cara baginda s.a.w mengurus atur kehidupan baik dari segi riadah dan lain-lain ..
(ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIDINA MUHAMMAD S.A.W )
'RIADAH RIBAT UKHUWWAH'
No comments:
Post a Comment