Bismillah walhamdulillah ...
Dalam kehidupan kita seharian,seringkali diterjah rasa kurang yakin diri,was-was dan syak wasangka dalam setiap urusan hidup seharian.Lalai dan leka dalam mentaati suruhan dan perintah ALLAH s.w.t .Saat itu ,hati anak adam mulai keras seolah-olah "seperti batu" tidak bernyawa..tidak bersinar padam dalam kegelepan.Itulah tanda-tanda ketewasan jiwa di saat tumpas dalam mujahadah melawan nafsu. Sedari itu, terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan kedalam jiwa suci anak adam.
Benteng mulai goyah kekuatan mulai lemah ,segala yang baik ditolak tepi syaitan jua kembali menjadi teman rapatnya yang bertujuan memsongkan anak adam dari jalan ALLAH , sebagai mana firman ALLAH s.w.t :
استَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ
فَأَنسَٮٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِۚ
(Surah al-Mujadilah 58 : Ayat 19 )
Namun,bagi membantu manusia menghadapi hasutan syaitan dan serangan iblis seangkatan,ISLAM telah menunjukkan berbagai cara dan wasilah yang dapat membantu menewasakan godaan serta mengalahkan syaitan laknatullah,
Cara tersebut telah dirumuskan oleh seorang daripada para solehin ,beliau berkata :
“ Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan ,masuk kedalam diri manusia,ternyata ia masuk ke dalam diri melalui sepuluh pintu :
PERTAMA :
Tamak dan buruk sangka,maka aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.
KEDUA :
Cinta kan kehidupan dunia dan angan-angan yang tinggi, lalu aku menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang bisa berlaku bila-bila masa.
KETIGA :
Cintakan kerehatan dan kemewahan,lantas aku menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.
KEEMPAT :
‘Ujub’ yakni kagum terhadap diri sendiri,lantas aku menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada ALLAH dan implikasi yang buruk ekoran daripada sifat ‘ujub.
KELIMA :
Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka , lalu aku menghadapinya dengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka sewajarnya.
KEENAM :
Hasad dengki , lalu aku menghadapinya dengan sifat berpada (qana’ah) dan redha dengan segala karuniaan ALLAH kepada makhluknya .
KETUJUH :
Riya’ dan sukakan pujian orang , lalu aku menghadapinya dengan ikhlas.(1)
(1) Disebalik pujian terselit ujian.Moga kita menerima
setiap pujian bukan kerana usaha yang kita lakukan tapi semuanya datang
daripada ALLAH,kita hanyalah hamba yang melakukannya berkat dari ALLAH .Segala
dan puji hanyalah bagi ALLAH..Jangan kerana pujian kita hilang
segala-galanya,berwaspadalah dengan hakikat sebuah “pujian” .. catatan penulis
..
Bakhil dan kedekut , lalu aku menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada disisi ALLAH.
KESEMBILAN :
Takabbur (membesarkan diri /megah) , lalu aku menghadapinya dengan rasa tawaduk (rendah diri)
KESEPULUH :
Tamak haloba , lalu aku menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan disisi ALLAH dan tidak tamak terhadap apa yang ada disisi manusia.
Wasilah lain bagi menghadapi godaan syaitan dan menjadikannya kubu pertahanan ialah :-
1) Sentiasa mengingati ALLAH apabila memulakan setiap pekerjaan , lazimi zikrullah dan bacaan surat cinta ALLAH ( AL-QURAN) , sentiasa memohon magfirah (keampuna) dari –NYA,sebagaimana sabda
Rasulallah s.a.w :
“ Sesungguhnya syaitan itu melatakkan belalainya ke atas hati anak adam , maka jika ia mengingati ALLAH ia pun lari daripadanya ,jika sekiranya ia lupakan ALLAH syaitan akan membolak balikkan hatinya "
(Hadis riwayat ibnu Abi Dunya )
2) Janganlah terlalu kenyang
apabila makan meskipun menikmati makanan yang baik dan halal kerana ALLAH s.a.w
berfirman :
وَڪُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْ
Maksudnya : “ Makanlah dan minumlah ,tetapi jangan kamu berlebihan" (Surah al-A’raf : Ayat 31)
3) Tidak tergopoh gapah dalam
sebarang pekerjaan kerana mengingati pesanan Rasulallah s.a.w :
“ Bergopoh gapah (terburu-buru) itu
adalah dari syaitan dan berhati –hati itu dari ALLAH “
(Hadis riwayat Ibn Abi Shaibah.Abu
Ya’la dan Al-Baihaqi .At-Tarmizi meriwayatkan hadith sepertinya dan Al-Albanni
mengatakan : sanadnya Hasan .)
Ini hanyalah antara wasilah untuk
kita mengatasi godaan hawa nafsu dan ikutan syaitan ..Sama-samalah kita
merenung firman ALLAH S.W.T :
إِنَّ ٱلَّذِينَ
ٱتَّقَوۡاْ إِذَا مَسَّہُمۡ طَـٰٓٮِٕفٌ۬ مِّنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ تَذَڪَّرُواْ فَإِذَا
هُم مُّبۡصِرُونَ (٢٠١)
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh
sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka
dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (201) Surah Al-A’raf .
Antara amalan-amalan doa yang disarankan , moga-moga
membantu kita dijuahi dari syaitan mahupun talbis iblis (perangkap syaitan ) :
1) Doa Dijuahkan hati dari hasad dengki
رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَٲنِنَا
ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِيمَـٰنِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِى قُلُوبِنَا غِلاًّ۬
لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ
Maksudnya : Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa
kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan
janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap
orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah
belas kasihan dan rahmatMu.
2) Doa
agar istiqamah dalam iman
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لَا يَرْتَدُّ وَنَعِيمًا لَا يَنْفَدُ وَمُرَافَقَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keimanan yang tidak berbolak balik, kenikmatan yang tidak putus-putus dan perdampingan dengan Nabi SAW di syurga tertinggi yang kekal.”
(Sahih Ibnu Hibban, juz. 5, hlm. 303, no. 1970)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لَا يَرْتَدُّ وَنَعِيمًا لَا يَنْفَدُ وَمُرَافَقَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keimanan yang tidak berbolak balik, kenikmatan yang tidak putus-putus dan perdampingan dengan Nabi SAW di syurga tertinggi yang kekal.”
(Sahih Ibnu Hibban, juz. 5, hlm. 303, no. 1970)
3) Perbanyakkan membaca Surah
an-nas :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ
ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ
ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥)
مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦)
Maksudnya : Dengan nama Allah, Yang
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah
(wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
(1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh
sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
(4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu
pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (6)
Akhir kalam, sama-samalah kita berusaha mujahadah nafs
melawan segala bentuk godaan syaitan,dan moga setiap amalan kita diterima
disisi ALLAH serta melakukan setiap amalan dengan ikhlas kerana ALLAH dan lebih
khusyuk .. inshaallah.
Segala yang baik itu datangnya daripada ALLAH yang tidak
baik itu datangnya dari saya sendiri,,sama mengingati sesame muslim .Bertepatan
dengan firman ALLAH S.w.t :
وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Maksudnya
: Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan
itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman . (Surah
Az-zariyaat : 55)
Wallahu’lam
… moga bermanfaat untuk semua .. selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w
.. “allahuma solli ‘ala saidina wa habibina Muhammad s.a.w “ salam rabi’ul awal
1434H.
RUJUKAN :
Kitab Apa Ertinya Saya Menganut Agama ISLAM ?
Karangan Fathi Yakan .
ayat mujadala tu ada ksalahan....
ReplyDeletesyukran atas teguran .. inshaALLAH selepas ini akan lebih berhati-hati .
Delete