Selamat Datang

Thursday, October 10, 2013

DEMONSTRASI JALANAN (Hammasah Pencetus Kejayaan)



   Tarikh keramat 25 Januari 2011 menyaksikan detik jatuhnya pemerintahan diktator Husni Mubarak melalui demonstrasi jalanan yang dipelopori rakyat marhaen di Medan Tahrir . Menyatakan bantahan terhadap 30 tahun kezaliman di bawah tampuk pemerintahan kuku besi cukup membuka mata dunia bahawa suara rakyat di jalan raya merupakan wasilah kepada kejayaan menggulingkan kezaliman .

   Hari ini sejarah tersebut berulang ,Mesir di landa badai , konspirasi jahat puak penentang kerajaan beserta kudeta tentera yang memaksa rakyat turun dijalanan bagi menyatakan bantahan . Serta menyuarakan sokongan terhadap kerajaan presiden yang sah .Penafian hak oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab cukup memberi impak negatif baik kepada rakyat mahupun negara Mesir sendiri.

   Penggulingan kuasa terhadap presiden yang sah Dr.Mursi memberi tekanan yang hebat serta membawa kepada wujudnya “perkampungan rakyat” bagi menyuarakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh kudeta tentera.Medan Rab’ah dan Medan Nahdah di Mesir menjadi lokasi utama perjuangan mereka walau ditentang,dibunuh , dibakar,diceroboh namun mereka tetap kuat dan bersemangat . Hammasah mereka seiring dengan kefahaman yang telah diterapkan dalam jiwa-jiwa pejuang.Hal ini membangkitkan lagi usaha dan keyakinan mereka.Cita-cita syahid yang diimpi demi sebuah kemenangan hakiki cukup beerti bagi perjuangan mereka .Ini kerana keyakinan mereka cukup tinggi bahawa kebenaran itu akan muncul dan kebatilan itu akan lenyap.

   Semangat mereka memberi inspirasi kepada negara-negara luar yang lain untuk bangkit berjuang dijalanan andai berlaku kepincangan dalam sistem demokrasi  negara serta kezaliman nyata di depan yang mengundang bencana kepada rakyat dan negara.Pilihan yang dibuat bagi menyuarakan pendapat dijalan raya bukanlah suatu perkara yang tidak elok selagi mana keamanan terjaga.Sekiranya ada campur tangan kuasa luar , maka pihak pendemonstrasi wajar mengambil langkah berjaga-jaga demi keselmatan mereka.

   Jika dilihat dunia hari ini, kebanyakan negara melakukan tunjuk perasaan mahupun protes di jalan-jalan raya,ini kerana suara mereka sudah tidak didengari di peringkat tertinggi.Hal ini bukan sahaja berlaku di Mesir bahkan turut dianjurkan di Negara-negara lain.Sebagai contoh di negara Libya berjaya menumbangkan presiden Muammar Gadaffi ,mereka turun dijalanan menyatakan bantahan terhadap pemerintahan korup di negara mereka .Selain itu demo aman turut diadakan di negara 
Australia,London,Malaysia,Ireland dan lain-lain lagi bagi membantah kekejaman yang berlaku di Mesir .

   Krisis Mesir 2013 cukup berbeza dengan Revolusi 2011 dimana jika dilihat kekuatan,semangat mereka cukup tinggi serta kesabaran dan ketabahan mereka cukup mantap.Jika dahulu “demonstrasi jalanan” berjaya menumbangkan pemerintah kuku besi Husni Mubarak,hari ini moga usaha mereka berjaya mengembalikan semula presiden yang sah Dr.Mursi.Moga nusrah ALLAH bersama mereka.Ameen

“ALLAHUMMAHFAZ MISRA WA AHLAHA“