BISMILLAH
LAGHA ??
Apakah yang di maksudkan dengan
perkara lagha ? Dalam Kamus Asasi Arab , lagha bermaksud kata-kata yang tidak
berfaedah .Menurut Imam Ibn Kathir beliau menafsirkan sebagai segala perbuatan yang batil , termasuk yang
mempunyai unsur-unsur syirik dan maksiat , segala perbuatan yang tidak berfaedah sama ada dalam bentuk
perbuatan atau perkataan.
Membuang masa dan melakukan
perkara yang tidak berfaedah antara faktor kejatuahan umat islam sebelum
ini.Hal ini disebut oleh Syeikh Hasan
an-Nadwi di dalam bukunya : “Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Islam “ .
Beliau berkata “ tetapi sayang sekali , Kaum Muslimin tidak mensyukuri nikmat
ALLAH .Selama berabad-abad lamanya manusia membuang waktu dan tenaga berfikir
perkara dan berfalsafah berhubung perkara yang tidak bermanfaat .Andaikata
mereka berfikir perkara yang menguntungkan ISLAM dan kaum muslimin,kedudukan
mereka tidak akan separah ini…”
Sabda Rasulullah s.a.w : “Dari kebaikan Islam seseorang itu meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya
“
Apa yang boleh difahami dari
hadis ini merangkumi beberapa perkara dan ianya merupakan natijah kita
meninggalkan perbuatan sia-sia :
1) Membangunkan masyarakat yang
mulia.
2) Menyibukkan diri dengan apa
yang tidak berfaedah merugikan waktu yang berharga,
dan tanda iman lemah.
3) Menghindarkan diri dari
perkara yang sia-sia jalan menuju keamanan dan keselamatan.
4) Hati sentiasa dekat dengan
ALLAH.
Diriwayatkan darpada Hassan
AlBasri sesungguhnya beliau berkata : “ Antara tanda-tanda ALLAH berpaling
daripada hambaNYA ialah apabila hambanya
menjadikan kesibukan pada apa
yang tidak berfaedah baginya “
5) Mendidik jiwa dan memperbaiki
nya dari segala macam keburukan dan
kekurangan dan
meninggalkan apa yang tidak berfaedah dan
tidak bermanfaat .
Sebagai mahasisiwa mahupun da’ie
seharusnya menjauhkan diri dari situasi lagha ini,berusaha menjauhkannya supaya
tidak terperangkap dengan “ perangkap iblis “ yang sentiasa memerhati gerak
geri kita .Sama-sama lah kita berusaha menjadi mukmin yang professional yang
bertindak bijak dalam mengatur urus kehidupan.Apakah sifat-sifat mukmin
profesional ??
Sifat-sifat mukmin profesional ,sahabat-sahabat boleh
rujuk surah al-mu’minun di mana ALLAH s.w.t telah menggariskan beberapa sifat
..Antara sifat – sifat orang mukmin ialah menunaikan perintah ALLAH , solat 5
waktu, puasa , amar makruf nahi mungkar
serta meninggalkan
perkara-perkara lagha.
Firman ALLAH s.w.t : “Sungguh
beruntung orang-orang yang beriman , (iaitu) orang yang khusuk dalam
solatnya,dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan)
yang tidak berguna “ al-Mu’minun :1-3
Oleh itu,marilah sama-sama kita
menguruskan perjalanan hidup dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang selari
dengan tuntutan ISLAM.Kembali kepada tujuan asal kita diciptakan iaitu
beribadat kepada ALLAH dan menjadi KHALIFAH dimuka bumi ini.Berhibur ataupun “
tasliah “ merupakan salah satu cara menenangkan fikiran dari stress ,tidak
hanya tetumpu pada kerja sampai lupa untuk rehat kan tenaga , bekerja sehabis
daya kalau sakit kita juga yang merana . Islam itu mudah ,jangan terlalu men”tasydid”(1) kan urusan agama nanti kita juga yang
tewas,ini tidak bermakna kita mempermudah urusan agama ,jalan yang paling baik
bersederhanalah dalam hidup .Bukankah kita “ أمة وسطا “ (2) ummah pertengahan ?!
JOM BERUBAH, JALANI PENGHIJRAHAN DENGAN AZAM & SEMANGAT BARU,
KATAKAN TIDAK PADA PERKARA LAGHA !!!
Wallahu’lam
.
Rujukan
kitab :
- Kitab
Wafi Fi Syarhi Arba’in An-Nawawiah m/s 84, Cetakan Pertama
Darul Kalimi
tTayyib ,Damsyik
- Kamus Asasi Arab m/s 1093
(1) tasydid
ke atas sesuatu bermaksud
menguatkannya/menegaskannya
(2) Rujuk
al-quran surah al-baqarah ayat 143
[ MINGGU
BIAH SOLEHAH 1434H AISA ]
No comments:
Post a Comment