Selamat Datang

Saturday, April 12, 2014

Al-'Alim Al-Azhari Fadhilatus Syaikh Ahmad Al-Hajain Hafizahullah





Pengenalan Ringkas kepada Al-'Alim Al-Azhari Fadhilatus Syaikh Ahmad Al-Hajain Hafizahullah.

Nama : Ahmad Bin Solahuddin Bin Abdullah Al-Hajain
Tarikh Lahir : 12 Syaaban 1377 (Hijri) bersamaan 3-3-1958

Fadhilatus Syaikh telah berguru dan menuntut Ilmu dari para Ulamak Besar bermula dari tahun 1978. Antaranya :

1. Fadhilatus Syaikh Muhammad Najib Al-Muti'e. Antara Muhaddith dan Faqih Besar Ummah kurun ini. Ulamak yang menyempurnakan karangan Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab oleh Al-Imam An-Nawawi Rahimahullah.
Fadhilatus Syeikh Ahmad telah diberikan Ijazah oleh Gurunya ini bagi kesemua Ilmu/Kitab yang berada dalam hafazan beliau. **(وقد أجازه بمحفوظاتي عن)

2. Fadhilatus Syaikh al-Faqih Al-Maliki, Ismail Sodiq Al-'Adawi Rahimahullah.

3. Fadhilatus Syaikh Al-Haafiz(Ulamak Besar Bidang Hadith) Al-Usuli,Abdullah Ibn Muhammad Ibn Siddiq Al-Ghumariy. (Fadhilatus Syeikh Ahmad mendapat Ijazah bg Kitab As-Syamail Al-Muhammadiyah dan beberapa Hadith Musalsal dari Gurunya ini)

4. Fadhilatus Syaikh,Al-Faqih Al-Maliki,Ahmad Taha Rayyan, Hafizahullah. (Fadhilatus Syaikh Ahmad telah mendapat Ijazah dari Gurunya ini bg kesemua Ilmu/Kitab yang berada dalam hafazan/rekod beliau**(وقد أجازه بمحفوظاتي عنه.)

5. Fadhilatus Syaikh,Al-Alim Al-Allamah,Mufti Diyar Misriyyah As-Syaikh Nuruddin 'Ali Jum'ah,Hafizahullah Taala.
(Fadhilatus Syaikh Ahmad telah belajar kebanyakan Ilmu Syar'iyyah dari Al-Allamah Syeikh Ali Jum'ah,dan telah diberikan Ijazah 'Ammah bg kesemua 'Marwiyyat'(Sanad-sanad) dan Ijazah-Ijazah khususnya Kitab-kitab Hadith utama seperti Soheh al-Bukhari,,Muslim dan lain-lain oleh Gurunya ini.

Al-Allamah Syeikh Ali Jum'ah juga pernah memuji muridnya ini dengan menyebutkan bahawa Syeikh Ahmad adalah antara muridnya yang sangat panjang tempoh mulazamah dalam pengajian bersama beliau,melebihi 30 tahun.
Antara ucapan beliau terhadap Syeikh Ahmad : "Kesemua Ilmu aku ada/boleh kamu ambil darinya")

Hafizahumullahu Taala. Semoga Allah S.W.T memberikan kebaikan dan penjagaan kepada guru-guru kita yang mulia ini agar mereka dapat terus mendidik dan membimbing kita semua. Amin.



copied from : https://www.facebook.com/muhammad.bahador

Friday, April 4, 2014

40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam
kitab Nahjul Balaghah dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik daripada tenaga seorang muda.
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan
    terhadap Allah s.w.t.
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.
    Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan
    ilmu menjaga kamu.
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu
     dengan mendirikan solat.
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
12. Mengajar adalah belajar.
13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu
      hina dalam kemiskinan.
14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari
      kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
      Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan
      ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari
      kesilapan orang lain.
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya
      keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.
22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.
23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.
25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada
      seorang hamba kepada hamba.
29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.
33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan
      itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

" esok takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan semalam.... "

#copypasta