MUQADDIMAH
Umat
Islam yang diamanahkan untuk mentadbir dunia sudah tentu memerlukan
pendukung yang komited dan memiliki tasawur Islam yang jelas.
Pendukung-pendukung dan pejuang-pejuang yang berjiwa besar
ini hendaklah bersedia untuk berkorban masa, harta dan jiwa untuk
mempastikan Islam diletakkan di tempatnya yang tinggi lagi mulia.
Sudah sekian lamanya PAS berusaha dan berjihad untuk
mendaulatkan Islam di bumi Malaysia
yang bertuah ini. Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini seruan dan laungan
PAS telah menampakkan petanda positif penerimaan ummah.
Sokongan ini hendaklah dipertahankan dan dipertingkatkan
agar seluruh umat Islam khususnya dan manusia amnya dapat menerima dan
menikmati keadilan dan kebenaran serta kesejahteraan yang dijuarai oleh
Islam.
Tugas dan tanggungjawab yang besar lagi berat ini hendaklah
dipikul oleh para petugas sepenuh masa yang diistilahkan sebagai
Al-Murabitun.
KONSEP AL-MURABITUN
Apabila Islam semakin berkembang maka menjadi suatu
keperluan untuk menjaga keutuhan pemerintahan dan mempertahankan
sempadannya sepanjang masa daripada diancam oleh musuh. Kumpulan mukmin
yang bertugas sepenuh masa ini dikenali sebagai al-Murabitun.
Kalimah ini juga digunakan bagi merujuk kepada orang-orang
beriman yang berkekalan di dalam Masjid Nabawi selepas solat Maghrib untuk
menunggu solat Isya’.
Takrifan di atas bolehlah dirumuskan bahawa al-Murabitun itu
adalah kumpulan mukmin yang bertugas sepenuh masa untuk tujuan-tujuan tertentu.
Apabila sesuatu tugas itu dilaksanakan secara sepenuh masa maka sudah tentu
ianya merangkumi sumbangan masa, tenaga dan pemikiran.
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang
berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran
musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan).” (Ali ‘Imran: 200)
Daripada nas di atas, dapat difahami bahawa menyediakan
petugas sepenuh masa “al-Murabitun” merupakan suatu kewajipan. Antara
rasional kewajipan ini ialah:
a) tenaga perofesional
b) menjimatkan tenaga
c) menjimatkan kos
Apabila sesuatu golongan itu ditugaskan secara sepenuh masa
maka sudah tentu akan lahirlah para petugas yang berpengalaman yang mana
hasil dari pengalaman ini menjadiakn seseorang itu pakar dalam bidangnya
dan disebut sebagai professional.
Aspek ini dianggap sangat penting untuk memastikan
keberkesanan dan kejayaan yang optima. Iannya juga penting untuk memastikan
kebolehpercayaan dan kesahihan sesuatu rancangan mahupun tindakan.
Petugas sepenuh masa tentu menjimatkan tenaga memandangkan
tenaga pakar yang sedia ada tidak memerlukan tenaga gantian, dan factor ini
sudah pasti boleh menjimatkan kos yang merupakan salah satu daripada ajaran
Islam.
Tenaga-tenaga yang dimaksudkan di atas telah dijanjikan
ganjaran oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a., bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Bermurabitunlah satu hari di jalan Allah lebih baik
daripada dunia dan apa yang ada di atasnya.” (Riwayat al-Bukhari)
Maksudnya: Daripada ‘Aisyah, bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Dan bahawasanya sebaik-baik pekerjaan kepada Allah ialah yang
paling berkekalan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari)
Kedua-dua hadith di atas memberi keyakinan kepada pendukung
yang memahaminya untuk berkorban masa, tenaga dan jiwa demi kepentingan
Islam dalam apa jua bidang yang ditugaskan.
KEPENTINGAN AL-MURABITUN DALAM GERAKAN ISLAM
Gerakan Islam masa kini menamakan al-Murabitun dengan
al-Mutafarr’ghun. Adalah tanggungjawab al-Mutafarrighun masa kini agak mencabar
dari masa-masa yang lampau memandangkan penyebaran Islam telah sampai ke
segenap pelosok dunia serta pesatnya perkembangan teknologi moden.
Dengan meningkatnya tahap keintelektualan manusia, maka
keperluan kepada al-Murabitun menjadi semakin mendesak lebih –lebih lagi
bagi negeri-negeri yang belum berdaya maju.
Perkara ini berdasarkan kepada pengalaman beberapa buah
negeri yang mula menerima Islam di mana factor penting kepada kejayaan
tersebut disandarkankepada kesedaran rakyat hasil daripada pengorbanan
al-Murabitun yang tidak jemu-jemu dalam menjalankan tugas.
Terdapat beberapa bidang yang memerlukan al-Murabitun di
dalamnya antaranya:
1.Penyelidikan
Bidang ini amat penting diutamakan untuk merancang strategi,
kedudukan dan tindakan yang bakal dilaksanakan seperti Jabatan Pilihanraya
Negeri.
2.Pendidikan
Pendidikan memainkan peranan utama dalam menyedarkan rakyat
jelata yang berbilang latar belakang maka keperluan kepada tokoh-tokoh yang
bekerja sepenuh masa dalam bidang ini haruslah diutamakan seperti para
mursyid dan nuqaba’.
3.Penerangan
Dalam melaksanakan prinsip menerang bukan menyerang kita
memerlukan para murabitun yang terdiri dari tenaga-tenaga penceramah yang
berkemampuan secukupnya.
4.Ekonomi
Tidak dinafikan bahawa bidang inipenting dalam menggerakkan
jentera gerakan Islam. Justeru itu, kita memerlukan pakar-pakar ekonomi
seeprti para usahawan yang bertugas sepenuh masa untuk membiayai
program-program dan aktiviti-aktiviti gerakan Islam.
5.Perundangan
Pakar-pakar di bidang ini haruslah dilahirkan dan dikaderkan
dalam bilangan yang mencukupi untuk mempastikan proses pemulihan kuasa dan
pelaksanaan undang-undang Islam dapat dijalankan.
CABARAN DAN HALANGAN
Terdapat beberapa cabaran dan halangan untuk melahirkan para
murabitun di setiap negeri antaranya:
a) sifat fasik dan jumud
b) tidak sanggup berkorban
c) tidak mempunyai tasawur yang jelas
PENUTUP
Kemenangan Islam dapat dilihat apabila cabaran-cabaran di
atas dapat diatasi. Justeru, saya menyeru kepada semua pihak untuk membincangkan
perkar di atas dan mencari jalan penyelesaian demi untuk memastikan
keutuhan dan kekuatan gerakan Islam dapat diperkembangkan dari masa ke
semasa.
* copy pasta *
|
No comments:
Post a Comment