Selamat Datang

Friday, July 11, 2014

Daurah Ilmiah Matan 40 - Part 1 -


BISMILLAH

DAURAH ILMIAH BERSAMA FADHILATUS SYEIKH  USAMAH AS-SAYYID AL- AZHARY
 – HAFIZHAHULLAH-

TARIKH : 7 & 8 JULAI 2014
MASA    : JAM 1.00 PM
TEMPAT : WISMA NUSANTARA @ WISNU
ANJURAN : Persatuan Pelajar-pelajar Indonesia

Alhamdulillah berkesempatan menghadiri satu daurah ilmiah iaitu Daurah Matan 40 karangan Imam An-Nawawi – rahimahullah - yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar-pelajar Indonesia di Raba’ah .Daurah dimulai dengan ucapan pengerusi majlis seterusnya bacaan ayat-ayat suci al-quran al-karim .Seterusnya ucapan aluan Rois (presiden) persatuan pelajar dan akhirnya kalam fadhilatuss syeikh . Dalam ucapan fadhilatus syeikh , beliau mengucapkan syukur di atas daurah yang dianjurkan  kerana daurah ilmiah sebegini mampu menghubungkan antara para ulama’ dan abnaul azhar dari pelusuk dunia khususnya kami warga asia tenggara .Juga fadhilatus syeikh berpesan supaya sentiasa menganjurkan lagi majlis-majlis sebegini di masa hadapan , lebih-lebih lagi majlis pembacaan hadis – sallahu’alaihi wasassalam- , beliau juga memberi penekanan bahwa abnaul azhar merupakan “duta azhar” bila mana kembalinya  ke Negara masing-masing dengan membawa ilmu yang sohih dan betul. Disamping itu , fadhilatus syeikh memuji presiden persatuan saudara ( alamak lupa plak nama ) atas himmah beliau dalam menjaga kebajikan pelajar khususya dari sudut ilmu , seorang yg dikasihi oleh syeikh dan turut di hadiahkan 2 buah buku dari syeikh tanda penghargaan oleh syeikh di saksikan hadirin.Kagum juga aqu melihatnya . Presiden yang petah berbicara arab serta agak lucu juga . Fadhilatus syeikh turut bergurau dengan presiden persatuan kata beliau “ nanti kamu buatlah lagi majlis-majlis ilmu sebegini , nanty saya akan bagi kamu lagi hadiah kitab , pasti kamu akan buat , kerana kamu mahukan kitab2 bukan? “ .. kami ketawa .Pandai juga syeikh berjenaka .. comel je J
Syeikh juga menerangkan kelebihan matan 40 dimana kesemua hadis yang dikumpulkan merupakan kaedah-kaedah / usul- usul ISLAM.Barangsiapa yang menghafal hadis 40 sesungguhnya menjaga usul-usul ISLAM.Syeikh juga memberitahu mengenai penyusunan hadis dimana di susun oleh 2 orang imam ,alhadith 1-26 merupakan hadith yang di-imla' dalam majlis (al-Ahaadith al-Kulliyyah ) oleh al-hafiz Abu 'Amr ibn al-Solah - rahimahullah- syeikhul muhaddisin yang kemudian ditambah oleh imam an-Nawawi - rahimahullah- sehinggalah menjadi kitab al-arbaen yang ada ditangan kita sekarang ini..Dan disyarahkan oleh beratus-ratus pensyarah kitab matan 40 antaranya ibnu daqiq al-'id .

Selepas perasmian , syeikh memulakan bacaan kitab matan 40 . Beliau memulakan dengan memberi pengenalan serba sedikit mengenai muallif matan 40 .Disini saya memberi sedikit pencerahan berdasarkan daurah tersebut .

BIODATA RINGKAS IMAM AN-NAWAWI ( 631 – 676 H = 1233 – 1277 M )  [i]

Nama : Nama sebenar beliau ialah al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Syaraf bin Muri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jumah bin Hizam al-Nawawi.
Dikenali dengan   Imam An-Nawawi 

Tarikh lahir   :  Bulan muharram tahun 631H
 : Nawa,sebuah desa dari wilayah Damascus ( Hauran ) di Syria .
                       

Hasil karangan : Beliau mengarang pelbagai kitab , antaranya :

1- Raudatul at-tholibin wa ‘umdatulmuftin ( mukhtasar syarh alkabir – ar rafi’ie-) 4 jilid merupakan pegangan mazhab masa kini .

2- Syarh sohih Muslim dinamakan “ Al- Minhaj “ .

3- Syarh al-muhadzab , dinamakan “ AL-majmu’ “ .
- Beliau mengarang sebahgian dari kitab majmu’ dan seterusnya tugas ini diambil alih oleh salah seorang ulama terkemuka, yaitu Taqiyuddin As-Subki, seorang Syaikhul Islam di masanya.Ia dilahirkan di desa Subuk dari Wilayah Monofia pada tahun 683 H dan wafat pada tahun 756 H, dan seterusnya di sambung oleh Al-‘Alim Al – Faqih as-Syeikh Muhammad Najib bin Ibrahim al-Muthi’iy .

Mengikut cetakan Maktabah al-Irsyad ,Arab Saudi , Kitab al-Majmu' dibahagikan kepada tiga bahagian ;

1.  Juz  1-9 , merupakan syarah oleh Imam al-Nawawi.
2. Juz 10-11, merupakan syarah oleh Imam Taqiyuddin al-Subki.
3. Juz 12-23, merupakan syarah oleh sl-Syeikh al-Muthi_''iy.[ii]

4- Minhaj At-Tholibin ringkasan kitab Muharrar ( KITAB FEQAH )

5- Tahzib Al-asma’ wa lughah (3 jilid)

6- Kitab Al-Adzkar al-Muntakhabah min Kalaam Sayyid al-Abraar 

7- Riyadhus Solihin

dan banyak lagi kitab karangan al-imam yang tidak disebut di sini .


Peribadi muallif :
Bermazhab Syafi'e, beliau sangat ahli dalam bidang fikah dan hadis di samping sangat warak dan zuhud.
Hidupnya dihabiskan mengarang banyak kitab fikah.Makan dan minum sekali seharidan tidak pernah berkahwin.

Tarikh meninggal dunia :
24 rejab tahun 676H di Nawa pada malam Rabu ketika berusia 45 Tahun.

…………………………………………………………………………………………………………

Setelah menerangkan perihal peribadi muallif , fadhilatus syeikh memulakan bacaan muqaddimah muallif mengenai kitab karangan beliau, dari aspek manhaj , serta perkara yang berkaitan kitab disebut di dalam muqaddimahnya . Di sini fadhilatus syeikh berpesan kepada kami , kata beliau mafhumnya : “ sekiranya kamu hendak membeli sebarang rujukan berkaitan matan 40 hendaklah kamu melihat muqaddimah muallif terlebih dahulu sekiranya ada maka belilah dan sekiranya tiada jangan kamu beli “ Syeikh turut mencadangkan kitab matan 40 yang boleh dipercayai tiada keraguan padanya iaitu cetakan Darul Minhaj ( kitab inilah yang dihadiahkan syeikh kepda presiden persatuan J ) .Syeikh menitip beratkan muqaddimah muallif kerana kebanyakan cetakan yang ade tidak menulis muqaddimah dan kata beliau muqaddimah muallif merupakan sebahgian daripada kitab tersebut , maka seharusnya di cetak dan beliau berpesan bebrapa kali kepada kami untuk melihat dahulu kitab sebelum membelinya.Juga beliau berpesan sekiranya kamu wahai pelajar2 ditakdirkan untuk membaca kitab ini maka bacalah muqaddimah muallif terlebih dahulu kerana ianya sangat penting, ianya menerangkan pelbgai aspek , manhaj tulisan muallif .

Sedikit mengenai metode yang dibawa al-imam dalam tulisannya ialah :

1- Hadis adalah sohih.
2- Kebanyakan hadis adalah dari Sohih Bukhari dan Sohih Muslim.
3- Dan hadis yg ditulis dihazaf sanad-sanad untuk memudahkan hafalan dan bermanfaat.
4- Meneliti dhabit lafaz-lafaz yang tersembunyi / lafaz ghorib hadis (yakni kalimah yang susah memerlukan kepada pencerahan ) 

Setelah menerangkan biodata serta muqaddimah muallif , fadhilatus syeikh memulakan bacaan hadis 1 dari matan 40 .Cara pembawakan daurah oleh fadhilatus syeikh agak menarik kerana di selangi dengan qasidah – qasidah yang menaggamit jiwa dan merdu alunanya seperti Ya Ha na na , Busyro Lana dan lain-lain lagi , agar para hadirin segar dan bersemangat mengikuti daurah.Juga fadhilatus syeikh membaca hadis diikuti dengan huraian ringkas berkaitan hadis sekiranya memerlukan kepada pencerahan.

HADIS 1
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كانت
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) .

 رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل ابن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة .
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengarRasulullah SAW bersabda:
)) Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. ((

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih  .

Ulasan Ringkas :

Apa maksud niat?
Bahasa :        Kehendak hati atau tujuan hati.
Istilah :        Gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t

Daripada hadis ini juga, wujudnya salah satu daripada qawaid khamsah di dalam perbahasan usul fiqh  iaitu al umur bi maqasidiha .

Dalam muhadaharah , fadhilatus syeikh meminta para hadirin untuk mencari dan menghafal beit syair berkaitan qawaid tersebut .

Sebagaimana yang fadhilatus syeikh menyebutkan bahwa syair Qawaid Fiqhiyyah ini datang dalam riwayat yang pelbagai .

Berikut merupakan beit syair tersebut[iii] :

القواعد الفقهية الأساسية الكبرى ، التي تدور معظم مسائل الفقه حولها ، حتى رد بعض العلماء الفقه كله إليها ، وهي متفق عليها بين جميع المذاهب ، وهي :
 أ - الأمور بمقاصدها.
ب - اليقين لا يزول بالشَّك[iv].
جـ - المشقة تجلب التيسير.
د - الضرر يزال.

هـ - العادة مُحكمة

: ( نظم بعض الشافعية القواعد الخمس الأساسية في أبيات من الشعر ، فقال

خمس مقررة قواعدَ مذهب . . . للشافعي فكن بهن خبيرا
ضَرَرٌ يُزالُ وعادة قد حُكمت . . . وكذا المشقةُ تَجْلِبُ التيسيرا

والشكَ لا ترفع به مُتيقناً . . . والقصدَ أخلِص إنْ أردتَ أجورا . )

.................................................................................................

خمس محررة قواعد مذهب *** للشافعي تكون بها بصيرا 
ضرر يُزال وعادة حُكمت *** وكذا المشقة تجلب التيسيرا
والشك لا ترفع متيقنا *** وخلوص نية إن أردت أجورا 


HADIS KE-2

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُكبَتَيْهِ إِلَى
رُكبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيمَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَالَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَكتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِدَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْلُ
أَتَاكمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم .
Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata :

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi
pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih
mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu
untuk mengajar kamu tentang agama kamu.  Hadis riwayat al-lmam Muslim .

Ulasan Ringkas :

- Hadis ini menghimpunkan usul agama dan qawaidnya dan penjelasan ad deen secara keseluruhannya yg terdiri daripada ISLAM, IMAN , IHSAN & TANDA- TANDA KIAMAT.

- Hadis ini merupakan salah satu daripada al-haadith al-mulaqqobah  ( yang masyhur dgn panggilan ) iaitu terkenal dengan HADIS JIBRIL .

- Daripada usul2 tersebut lahirnya cabang ilmu-ilmu islam iaitu :-

Penulis hanya menyebutkan tiga sahaja cabang ilmu yang lahir daripada hadith ini dan mungkin terlupa menyebutkan ilmu yang ke-4 iaitu ilmu  أشراط الساعة . Sidna al-syeikh - hafizahullah- menyebutkan antara ulama-ulama silam yang menulis berkenaan ilmu ini antaranya :

Imam al-Barzanji- rahimahullah- dalam kitabnya " الإشاعة  لأشراط الساعة "  dan al - Hafiz - al- Sakhowi -rahimahullah dalam kitabnya " القناعة من أشراط الساعة "  dan antara ulama' kontemporari yang mengambil berat
ilmu ini adalah al-Habib Abu Bakr al-Masyhur - hafizahullah- dalam kitabnya " الإحاطة والاحتياط " .

1) ISLAM ( ILMU FEQAH )
2) IMAN ( ILMU TAUHID /ILMU KALAM/ILMU AQIDAH )
3) IHSAN ( ILMU TASAWWUF )

HADIS KE-3

عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدًا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم .

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
  
  
HADIS KE – 4

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمًا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إلهَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم .

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40
hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi
seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia
menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya,
ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas
dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari
kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak
lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim


 Ulasan Ringkas :

Fadhilatus syeikh menerangkan perihal kalimah “ نطفة “ di dalam hadis dimana kalimah tersebut adalah tambahan dalam matan hadis kerana :
- di dalam sohih Bukhari dan sohih Muslim tidak terdapat kalimah “ نطقة “
- kajian perubatan juga membuktikan bahawa air mani tidak kekal selama 40 hari dan akan hilang bersama lebihan dalam badan.
So, syeikh mengingatkan hadirin mengenai penambahan tersebut dan ianya merupakan satu kesalahan dan kebanykan kitab matan 40 meletakkan kalimah tersebut didalam matan hadis sedangkan pada asalnya kalimah tersebut tiada.TANBIH !!!


HADIS KE-5

عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي
.(( روایة لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yangbukan daripadanya, maka ia tertolak.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain
berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita,maka ia tertolak.

Ulasan Ringkas :

Hadis ini menerangkan perihal bida’ah .Fadhilatus syeikh menerangkan bahwa mereka yang jahil mengenai ilmu ‘am , khas atau ilmu2 yg berkaitan dengan usulfiqh akan terjermus dengan permasalahan bid’ah, sehinggakan kesemua perkara baharu di label bid’ah. (Sedangkan permaslahan ini ade perbahasan yang tersendiri mohon rujuk kitab إتقان الصنعة في تحقيق منعى البدعة تأليف عبد الله بن محمد الصديق الغماري   dan lain2 rujukan )[v] .Sekiranya dididalami ilmu usul fiqh segala permasalahan yang baru yang tiada di zaman baginda sallahu’alaihi wasallam dan wujud pada zaman kini adalah terbina dari usul-usul yang memang ada di dalam syara’ tetapi diterjemahkan dalam keadaan yang baru . Tidak hairan lah perbuatan atau perkara-perkara baru yang muncul pada zaman kini tiada pada zaman baginda tetapi lahir dari usul yang sama .
Justeru, fadhilatus syeikh menegaskan bahawa seseorang azhari / azhariah wajar menguasai bidang usul fiqh agar dapat memberi pencerahan yang lebih jelas kepada masyarakat, sehinggakan fadhilatus syeikh berkata :” barangsiapa yang tidak mendalami / mempelajari feqh dan ilmu usul fiqh maka dia bukan dalam kalangan azhari “ ALLAH aqu tertunduk seketika……

HADIS KE – 6

 عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه  
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ كثِيْر
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ كالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِنَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengarRasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yangkebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat makasesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara  yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Ulasan Ringkas :

Syubhat terbahagi kepada tiga :-

1) Syubhah Mazhab (شبهة المذهب )
- Syubhah mazhab bermaksud perbezaan mazhab.
Cth : dalam mazhab syafie antara rukun nikah adalah wali adapun dalam mazhab hanafi wali merupakan syarat bukan rukun maka dalam mazhab hanafi sah nikah tanpa wali dan tidak dalam mazhab syafi’e sekiranya tiada wali maka tidak sah nikah.
- secara asalnya syubhah mazhab hukumnya harus / istihbab ( الاستحباب )

2) Syubhah Mahal ( شبهة المحل )
- Sybhah mahal bermaksud keraguan pada sesuatu tempat
Cth : dalam bekas yang mempunyai air dikatakan terdapatnya najis , maka syubhah air itu untuk diminum , maka si peminum kena mengelakkan dari meminum air tersebut.
- secara asalnya syubhah mahal hukumnya haram dan wajib untuk menjauhinya.

3) Syubhah Fi’il ( شبهة الفعل  )
- Syubhah fi’il bermaksud keraguan pada sesuatu perbuatan
Cth : seseorang lelaki bersama dengan seorang wanita yang disyaki sebgai isterinya melakukan hubungan , akan tetapi terbukti selepasnya bahawa perempuan tersebut bukan isterinya, maka di sini ade syubhah dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud.
- secara asalnya syubhah fi’il dikembalikan dalam bab qada’ dan qadar ALLAH.

Tanbih !

Pembahagian syubhah yang ketiga sebgaimana yang disebutkan oleh al-Syeikh - hafizahullah- adalah " شبهة الفاعل " bukannya " شبهة الفعل "  .Namun kedua-dua mustolah tersebut tiada perbezaan , adapun mustolah " شبهة فعل "  merupakan mustolah al-ahnaaf yang turut digunakan oleh al-iamam al- Mawardi daripada kalangan ulama' as - Syafi;iyyah .

HADIS KE – 7

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ ))
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untukkitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

HADIS KE – 8

عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ
النَّاسَ حَتَّى یَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَیُقِيْمُوا الصَّلاةَ، وَیُؤْ تُوا
الزَّكاةَ. فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ
تعالى)) رواه البخاري ومسلم .

Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnyatiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Ulasan Ringkas :

Dalam hadis ini , terdapat kesalahfahaman dalam menafsirkan makna “أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ
النَّاس “ dimana sebahagian menyangkakan bahawa ISLAM tersebar dengan pedang/peperangan,dan ini merupakan fahaman yang salah.Islam adalah agama yang menyeru kepada Rahmah kepada sekalian alam.

Jadi bagaimana cara untuk kita menjernihkan semula fahaman yang salah ini ? Fadhilatus syeikh memberikan beberapa kaedah untuk mengatasinya @ kaedah dalam memahami hadith :-

1) Tidak melihat kepada satu hadis sahaja dan terus memberi hukum,bahkan perlu mengumpulkan pelbagai hadis yang memberi gambaran berkaitan hubungan islam dengan alam .
Sebagai contoh : hadis berkaitan perngutusan baginda sebagai rahmat kepada  sekalian alam, juga hadis berkaitan baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak dan lain-lain hadis.
@ Mengumpulkan nas-nas ( al-quran , al-hadith dsb ) yang berkaitan dengan masalah .
Dari situ menjelaskan bahawa islam bukan agama yang tersebar dengan pedang bahkan agama kasih sayang.
2)Susunan yang elok antara nas-nas tersebut dengan mengetahui 'am dan khas , mutlak ,muqayyad,nasikh, mansukh dsb.
3) Ketelitian dalam menentukan (tahdid) dilalat al-alfaazh
4) Mengetahui maqosid al-syari'ah
5) Menggaungkan kefahaman yang telah dikeluarkan ( al-mustanbat) dengan al-umur al-mustanbathoh al-ukro agar tidak berlaku pertembungan antara kefahaman-kefahaman tersebut.

HADIS KE  – 9

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : (( مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا
أَهْلَكَ الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ كثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ )) رواه البخاري ومسلم .

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan merekaterhadap Nabi-nabi mereka.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Ulasan Ringkas :

Perbahasan mengenai “Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan” bukankah kita sebagai penuntut ilmu digalakkan bertanya kerana pertanyaan itu kunci ilmu ?!
Maka disini Fadhilatus syeikh menerangkan bahawa pertanyaan itu terbahagi kepada dua :-

1) Ta’allum iaitu orang yang berrtanya mengambil istifadah , penv=cerahan,penjelasan terhadap soalan yang ditanya. Sekiranya banyak bertanya tidak menjadi masalah bahkan ianya diperintahkan oleh syara’.
Mujahid berkata, “Orang yang malu dan sombong tidak dapat mempelajari ilmu”.
Az Zuhriy berkata, “Ilmu itu lemari, kuncinya adalah bertanya”. Ada pula yang berkata, “Bertanya itu separuh ilmu”.

2) Ta’annut iaitu orang yang bertanya tidak memerlukan pencerahan terhadap soalan yang ditanya bahkan sekadar ingin menunjuk-nunjuk ataupun untuk kelihatan masyhur.
Sebagai contoh pertanyaan kaum bani Israel kepada Nabi Musa a.s berkaitan sapi/lembu .( Sila rujuk surah albaqarah untuk perjelasan lebih detail )

Fadhilatus syeikh berkata : “ barangsiapa yang bertanya untuk belajar atau mendapatkan penjelasan ianya seperti pertanyaan malaikat kepada Allah” .

HADIS KE  – 10

عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِنَّ الله تَعَالَى
طَيِّبٌ لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا وَإِنَّ الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا
الرُّسُلُ كلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا } وَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا كلُوا مِنْ
طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكمْ } ثُمَّ ذَكرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى السَّمَآء: یَا رَبّ !!
یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ لَهُ ))
رواه مسلم .

یَآ أَیُّهَا الرُّسُلُ كلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحً ( Surah al-Mukminun: 51)
یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكم  ( Surah al-Baqarah: 172)

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnyaAllah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai  dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?

Hadis riwayat al-lmam Muslim.



Ulasan Ringkas :

Beit - beit syair berkaitan syarat dan adab doa mustajzab merupakan syair yang dinisbahkan kepada al-imam al-qodhi ibn Jama'ah -rahimahullah- .Adapun al-Syeikh 'Abd al-Razzaq adalah orang yang berperanan  mengumpulkan beit syair tersebut.

Fadhilatus syeikh meminta hadirin untuk menghafal beit syair berkaitan syarat-syarat doa diterima .Berikut merupakan beit syeit tersebut :-

قالوا شروط الدعاء المستجاب لنا --- عشرٌ بها بشِّر الداعي بإفلاحِ
طهارةٌ وصلاةٌ معهما ندمٌ --- وقتٌ خشوعٌ وحُسن الظنِ يا صاحِ
وحِلُ قوتٍ ولا يُدعو بمعصيةٍ --- واسمٌ يناسبُ مقرونٌ بإلحاحِ

HADIS KE -11

عن أبي محمد الحسنِ بْنِ علِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وَسَلَّم وَرَیْحَانَتِهِ
رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( دَعْ مَا یَرِیْبُكَ إِلَى مَا
لاَ یَرِیْبُكَ)) رواه الترمذي والنسائي، وقال الترمذي: حدیث حسن صحيح .

Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda.

Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis: Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.

Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.

HADIS KE - 12

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْنِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْكهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا .

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

Ulasan Ringkas :

Fadhilatus syeikh berpesa barangsiapa yang mahu elok agamanya maka seharusnya dia menuntut ilmu dan mengelakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat.


HADIS KE – 13

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم .
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Ulasan Ringkas :

Anas bin Malik merupakan khadam Rasulullah sallahu’alaihi wasallam.Beliau berkhidmat selama 10 tahun dan mendapat pentarbiyahan dari baginda secara langsung.Hadis diatas menunjukkan sempurnya pentarbiyah baginda.Baginda juga mendoakan Anas Bin Malik dengan 4 perkara iaitu Rizki, Anak, Umur dan masuk Syurga.Dengan doa baginda kesemuanya dimakbulkan  dengan dilimpahkan kebun-kebun yang banyak , anak yang ramai dekat seratus bilanganya, umur yang melepasi 90 tahun .

HADIS KE – 14

عَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رَضِىَ الله عَنْه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( لاَ یَحِلُّ دَمُ
امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: الثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالتَّارِكُ لِدِیْنِهِ المُفَارِقُ
لِلْجَمَاعَةِ )) رواه البخاري ومسلم .

Daripada lbnu Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Darah seseorang muslim tidak halal kecuali dengan salah satu dari tiga perkara; janda yang berzina, nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


HADIS KE – 15

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ كانَ یُؤْمِنُ
بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ،
وَمَنْ كانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم .

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

HADIS KE – 16

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ : (( لاَ تَغْضَبْ)) فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: (( لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري .
Daripada Abu Hurairah r.a.:

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

HADIS KE – 17
عَنْ أَبِي یَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِىَ الله عَنْهُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( إِنَّ
الله كتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كلَّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ،
وَلْيُحِدَّ أَحَدُكمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِح ذَبِيْحَتَهُ )) رواه مسلم .

Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:

Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Ulasan Ringkas :

Fadhilatus syeikh berpesan :-

1) Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan kebaikan keatas segala sesuatu/ciptaanya.
2) Hendaklah kamu menjaga “perasaan” binatang ketika sembelihan .
Sbg contoh tidak menyembelih binatang korban dihadapan binatang korban yang lain.
3) Jangan sesekali kamu menyakiti haiwan sembelihan . Hendaklah kamu mengasah terlebih dahulu alat sembelihan agar proses penyembelihan berjalan dengan lancer dan tidak menyakiti haiwan tersebut sebgaimana yang disebut dalam hadis diatas.

HADIS KE – 18
عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْل
الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: اتَّقِ الله حَيْثُمَا كنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ
بِخُلُقٍ حَسَنٍ)) رواه الترمذي وقال حدیث حسن، وفي بعض النسخ حسن صحيح .

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:

Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip, ia adalah Hadis Hasan Sohih.

HADIS KE -19
عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: كنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ كلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْكَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال
حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُنْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا )) .

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.

HADIS KE – 20
عَنْ أَبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا
شِئْتَ )) رواه البخاري .
Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Ulasan Ringkas :

Abu Mas’ud ‘uqbah bin ‘amru al-ansori albadri . Al badri bukanlah nisbah kepada ahli badar yang menyertai peperangan badar tetapi ianya nisbah kepada nama tempat .


 RUJUKAN :

1- Daurah Ilmiah Matan 40 Fadhilatus Syeikh Usamah As-sayyid Al-Azhary
2- Syarah arbain an nawawi oleh imam an nawawi,ibnu daqiq al-'id terbitan darussalam
3- Hadith 40 Imam an-Nawawi Pdf 
4- Sumber internet

Disemak Oleh :

Saiful Haadiy Abd Hamid


[i] Rujuk syarah arbain an nawawi oleh imam an nawawi,ibnu daqiq al-'id terbitan darussalam
[ii] Rujuk http://abusyahmin.blogspot.com/2011/10/kitab-al-majmu-syarh-al-muhazzab.html
[iii] Rujuk http://khadijaabouzid.wix.com/abouzid#!-----------/c1asw
[iv] Contoh utk kaedah “al yaqin la yuzalu bissyak”
    - seseorang  yang yakin suci dan syak berhadas maka dihukumkan dia suci
    - seseorang yang  yakin berhadas dan syak suci maka dihukumkan dia berhadas
    - seseorang yang syak berhadas atau suci maka dihukumkan sebaliknya
       spt : syak suci maka ianya berhadas dan  Sekiranya syak berhadas maka ianya suci
[v] Tambahan dari penulis sekadar membantu mencari bahan rujukan ilmiah berkaitan permasalahan bid’ah yang menjadi bualan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan wahabi dan salafi .


Gambar sepanjang daurah hari pertama 







No comments:

Post a Comment