SAMBUNGAN...... BISMILLAH
DAURAH ILMIAH BERSAMA
FADHILATUS SYEIKH SAYYID USAMAH AL- AZHARI – HAFIZHAHULLAH-
TARIKH : 7 & 8
JULAI 2014
MASA : JAM 1.00 PM
TEMPAT : WISMA
NUSANTARA @ WISNU
ANJURAN : Persatuan
Pelajar-pelajar Indonesia
Alhamdulillah daurah ilmiah matan 40 diteruskan lagi buat hari kedua,
sebelum memulakan dars fadhilatus syeikh memulakan dengan tasmi’ “ homework”
yang diberikan semalam iaitu beit syair utk qawaid khomsah , doa mustajab
.Alhamdulillah beberapa wakil dari kalangan ikhwah dan akhwat yang
mentasmi’.Fadhilatus syeikh senyum dan gembira sambil berkata : “ Alhamdulillah
aku melihat kamu bersemangat dan kelihatan bersungguh-sungguh “ ( lebih kurang
la terjemahannya J ) Fadhilatus syeikh
juga berpesan kepada kami supaya menghafal lagi beit2 syair seperti itu, di
samping untuk melancarkan lidah bertutur kalimah arab. Ok noted !
Seterusnya fadhilatus syeikh memulakan dars matan 40 dengan hadis ke 21
yang juga di selangi dengan qasidah-qasidah merdu agar hadirin dan hadirat yang
hadir tidak mengantuk :)
HADIS KE-21
عن أبي عمرو وقيل
أبي عمرة سفيان بن عبد الله قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا
أسأل عنه أحد غيرك قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم .
Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah
r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan
yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda
bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau
beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Ulasan Hadis :
Hadis ini merupakan salah satu kaedah yang agung dalam kaedah2 islam ,
jika seseorang itu mahukan agama yang tulus maka hendaklah dia kembali kepada
IMAN dan ISTIQAMAH.
HADIS KE -22
عن أبي عبد الله
جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما، أن رجلا سأل رسول الله
فقال: أرأیت إذا
صليت المكتوبات وصمت رمضان وأحللت الحلال، وحرمت الحرام، ولم
أزد على ذلك شيئا،
أأدخل الجنة؟ قال نعم )) رواه مسلم. ومعنى (( حرمت الحرام)) اجتنبته،
ومعنى ((أحللت
الحلال)) فعلته معتقدا حله .
Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., رضي الله عنهما (beliau
meriwayatkan):
Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata:
Bagaimana pandanganmu jika
aku
mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku
menghalalkan
perkara
yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah
apa-apa
lagi
lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Ulasan Ringkas :
Fadhilatus syeikh memberi beberapa beit syair berkaitan hadis diatas :-
إن الفضائل كلها
لو جُمِعَت ** رجعت بجملتها إلى شيئين
تعظيمُ ذات الله
جل جلاله ** والسعيُ في إصلاح ذات البين
HADIS KE – 23
قال: قال رسول
الله : (( الطٌّهور شطر -رضي الله عنه- عن أبي مالك –
[ الحارث بن الحارث] الأشعري
الإیمان، والحمد
لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن أو تملأ ما بين السماء
والأرض، والصلاة
نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك، كل
الناس یغدو فبائع
نفسه فمعتقها أو موبقها )) رواه مسلم .
Daripada Abu Malik al-Haris ibn al-Haris al-Asya'arie
r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah
memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah
kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah
cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah
hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang
menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan
dirinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Ulasan Hadis :
Fadhilatus syeikh memberikan perbezaan kalimah-kalimah berikut :
1- طُهور : merupakan perbuatan bersuci samaa ada
tayammum mahupun mandi wajib .
طَهور :
merupakan air yang digunakan untuk bersuci.
2- وُضوء : merupakan perbuatan mengambil wudu’ . ( wudu’ dari segi
bahasa : perbuatan membasuh tangan )
وَضوء : merupakan air yang
digunakan untuk berwudu’ .
3- سُحور : merupakan
perbuatan bersahur .
سَحور :
merupakan makanan yang dimakan pada waktu sahur .
Dalam hadis diatas juga ada
menyebutkan bahawa SOLAT NUR dan SABAR DHIYA’ .Justeru fadhilatus syeikh
menanyakan hadirin / hadirat perbezaan
antara dhiya’ dan nur . Ade yang memberikan jawapan bahwa dhiya’ itu sumbernya
zatiyyah sebagaimana cahaya matahari dan
nur itu bukanlah dari sumbernya yang zatiyyah yakni cahaya yang dibiaskan
seperti cahaya bulan .Adapun jawapan yang diberikan oleh fadhilatus syeikh
ialah dhiya’ itu cahaya yang terang dan menyakitkan manakala nur cahaya yang
menerangi.
Jadi apakah sir (rahsia) solat diumpakan sebagai cahaya dan sabar sebagai dhiya’
?
Jawapannya ialah Sabar itu harus melalui jalan2 sukar , menyakitkan dan
memerlukan mujahadah berbeza dengan solat yang tiada padanya kesukaran dan
tidak memerlukan mujahada sebagaimana sabar.
HADIS KE – 24
عن أبي ذر الغفاري
عن النبي فيما یرویه عن ربه عز وجل أنه قال:
یا عبادي! إني
حرمت الظلم على
نفسي، وجعلته بينكم محرما فلا تظالموا، یا عبادي!كلكم ضال إلا من
هدیته فاستهدوني
أهدكم، یا عبادي! كلكم جائع إلا من أطعمته فاستطعموني أطعمكم، یا
عبادي!كلكم عار
إلا من كسوته فاستكسوني أكسكم، یا عبادي! إنكم تخطؤون بالليل
والنهار وأنا أغفر
الذنوب جميعا، فاستغفروني أغفر لكم، یا عبادي! إنكم لن تبلغوا ضري
فتضروني ولن تبلغوا
نفعي فتنفعوني، یا عبادي! لو أن أولكم وآخركم وإنسكم وجنكم كانو ا
على أتقى قلب رجل
واحد منكم، ما زاد ذلك في ملكي شيئا، یا عبادي! لو أن أولكم
وآخركم وإنسكم
وجنكم ك كانوا على أفجر قلب رجل واحد منكم، ما نقص ذلك من ملكي
شيئا، یا عبادي!
لو أن أولكم وآخركم وإنسكم وجنكم قاموا في صعيد واحد فسألوني
فأعطيت كل واحد
مسألته ما نقص ذلك مما عندي إلا كما ینقص المخيط إذا أدخل البحر، یا
عبادي! إنما هي
أعمالكم أحصيها لكم، ثم أوفيكم إیاها، فمن وجد خيرا فليحمد الله، ومن
وجد غير ذلك فلا
یلومن إلا نفسه )) رواه مسلم .
Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa
yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman:
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu
kezaliman dan Aku
jadikannya
di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu
saling zalim-menzalimi. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang
yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu. Wahai
hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka
hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan. Wahai
hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian,
maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu
pakaian. Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan
Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku
akan ampunkan kamu. Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu
memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku. Wahai hamba-hambaKu!
Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga
kamu boleh memberi manfaat kepada Aku. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya
orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di
kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang
yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan
apa-apapun dalam kerajaanKu. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang
terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu,
sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat
di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari
kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di
suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian),
lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya
hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama
berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum. Wahai hamba-hambaKu!
Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu,
kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan
maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan,
maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
HADIS KE – 25
أن أناسا من أصحاب
رسول قالوا للنبي : یا رسول الله ذهب عن أبي ذر أیضا
أهل الدثور بالأجور:
یصلون كما نصلي، ویصومون كما نصوم، ویتصدقون بفضول
أموالهم. قال:
(( أو ليس قد جعل لكم ما تصدقون: إن لكم بكل تسبيحة صدقة، وكل تكبيرة
صدقة، وكل تحميدة
صدقة، وكل تهليلة صدقة، وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن منكر
صدقة وفي بضع أحدكم
صدقة. قالوا : یا رسول الله أیأتي أحدنا شهوته ویكون له فيه
أجر؟ قال: (( أرأیتم
لو وضعها في حرام أكان عليه وزر فكذلك إذا وضعها في الحلال كان له
أجر )) رواه مسلم
.
Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian
sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW:
Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka
sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami
berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda:
Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya?
Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir
itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil
itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu
sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya
Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia
beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan
syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila
dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
HADIS KE – 26
أبي هریرة قال:
قال رسول الله : كل سلامى من الناس عليه صدقةٌ كل یوم
تطلع فيه الشمس،
تعدل بين اثنين صدقة، وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها، أو ترفع له
عليها متاعه صدقة،
والكلمة الطيبة صدقة، وبكل خطوة تمشيها إلى الصلاة صدقة وتميط
الأذى عن الطریق
صدقة )) رواه البخاري ومسلم .
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda:
Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari
apabila terbit matahari; engkau
berlaku
adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah)
adalah sedekah,
engkau
membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik
adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah
dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
HADIS KE – 27
في نفسك
عن النبي ، قال : (( البر
حسن الخلق ، والإثم ما حاك سمعان بن النواس عن
. رواه مسلم
(( أتيت وكرهت أن
يطلع عليه الناس )) رسول
وعن واصبة بن معبد، قال : أتيت رسول الله ، فقال : (( جئت تسأل عن البر ؟
))
قلت
: نعم ، قال : (( استفت قلبك ؛ البر ما اطمأنت إليه النفس واطمأن إليه القلب ، والإثم
ما حاك في النفس وتردد في الصدر ، وإن أفتاك الناس وأفتوك )) .
حديث حسن . رويناه في مسندى الإمامين أحمد
ابن حنبل والدارمي بإسناد حسن .
Daripada
al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan
itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam
dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
Hadis
riwayat al-lmam Muslim.
Dan
daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah
SAW lalu
Baginda
bersabda:
Engkau
datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda:
Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah
suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam
dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang
yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
Hadis Hasan riwayat al-lmam
Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.
HADIS KE – 28
قال: (( وعظنا رسول الله موعظة [ بليغة ] وجلت
منها عن أبي نجيح العرباض بن ساریة
،
القلوب، وذرفت منها العيون فقلنا: یا رسول الله
كأنها موعظة مودع فأوصنا. قال: (( أوصيكم
بتقوى الله عز وجل، والسمع والطاعة وإن تأمر
عليكم عبد، فإنه من یعش منكم بعدي
فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء
الراشدین المهدیين، عضوا عليه
بالنواجذ، وإیاكم ومحدثات الأمور، فإن كل بدعة
ضلالة )) رواه أبو داود والترمذي وقال :
حدیث حسن صحيح .
Daripada
Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata:
Rasulullah
SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan
airmata.
Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan
selamat
tinggal,
maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya
bertaqwa
kepada
Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh
seorang
hamba.
Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia
akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah
kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat
hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan
sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu
dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara
yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan
setiap kesesatan itu dalam neraka.
Hadis riwayat Abu Dawud dan
al-Tirmizi. al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
HADIS KE – 29
عن معاذ بن جبل
قال: قلت : (( یا رسول الله! أخبرني بعمل یدخلني الجنة ویباعدني عن
النار. قال:
(( لقد سألت عن عظيم، وأنه ليسير على من یسره الله تعالى عليه : تعبد الله لا
تشرك به شيئا،
وتقيم الصلاة، وتؤتي الزكاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت )). ثم قال: (( ألا
أدلك على أبواب
الخير؟ الصوم جنة، والصدقة تطفئ الخطيئة كما یطفئ الماء النار،
وصلاة الرجل في
جوف الليل، ثم تلا { تتجافى جنوبهم عن المضاجع } حتى بلغ
{ یعملون } ثم
قال : (( ألا أخبرك برأس الأمر وعموده وذروة سنامه )) ؟ قلت بلى یا رسول الله
قال: (( رأس الأمر
الإسلام، وعموده الصلاة، وذروة سنامه الجهاد )) . ثم قال: (( ألا أخبرك بملاك
ذلك كله )) ؟ قلت
: بلى یا رسول الله فأخذ بلسانه وقال: (( كف عليك هذا)) . قلت: یا نبي الله، وإنا
لمؤاخذون بما نتكلم
به ، فقال: ثكلتك أمك! وهل یكب الناس في النار على وجوههم، أو قال
على مناخرهم إلا
حصائد ألسنتهم؟ )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح .
Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh
memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda
bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun
sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah; iaitu engkau
menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. Kemudian
Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan?
Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan
api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam. Kemudian Baginda membaca
ayat al-Qur'an yang bererti: (Tulangtulang rusuk mereka telah renggang dari
tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan
penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami
kurniakankepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan
bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan
terhadap amalan yang mereka telah lakukan). Kemudian Baginda bersabda: Apakah
engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan
puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak amalan
ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad.
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci
segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Lalu Baginda memegang
lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku berkata: Ya Nabi Allah!
Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda bersabda:
lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya –
atau Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka
kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis sahih.
HADIS KE – 30
عن أبي ثعلبة الخشني-
جرثوم بن ناشر -عن رسول الله قال: (( إن الله تعالى فرض
فرائض فلا تضيعوها،
وحد حدودا فلا تعتدوها، وحرم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن
أشياء رحمة لكم
غير نسيان، فلا تبحثوا عنها )) حدیث حسن رواه الدارقطني وغيره .
Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada
Rasulullah SAW telah
bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka
janganlah kamu
menghilangkannya
(iaitu janganlah kamu mempersia-siakannya dan meninggalkannya), Dia telah menentukan beberapa batasan, maka janganlah kamu
melampauinya, Dia telah mengharamkan
beberapa
perkara, maka janganlah kamu mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum
tentang
beberapa
perkara, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Daraqutnie dan
lain-lain
HADIS KE – 31
عن أبي العباس
سهل بن سعد الساعدي قال: (( جاء رجل إلى النبي فقال: یا رسول
الله! دلني على
عمل إذا عملته أحبني الله وأحبني الناس. فقال: (( ازهد في الدنيا یحبك الله،
وازهد فيما عند
الناس یحبك الناس )) حدیث حسن رواه ابن ماجه وغيره بأسانيد حسنة .
Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata:
Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai
Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku
dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda bersabda: Zuhudlah
engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang
ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.
Hadis riwayat lbnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang baik.
HADIS KE – 32
أن رسول الله قال:
(( لا ضرر ولا ضرار)) : عن أبي سعيد سعد بن مالك سنان الخدري
حدیث حسن رواه
ابن ماجه والدارقطني وغيرهما مسندا ورواه مالك في الموطأ مرسلا عن عمرو بن یحيى عن
أبيه عن النبي فأسقط أبا سعيد وله طرق یقوي بعضها بعضا .
Daripada Abu Sa'id ibn Malik ibn Sinan al-Khudrie r.a. bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda:
Tidak ada mudharat dan tidak boleh melakukan kemudharatan.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan
al-Daraqutnie dan lain-lain. la juga
diriwayatkan
oleh al-lmam Malik dalam kitab Muwattha'nya.
HADIS KE – 33
عن ابن عباس رضي
الله عنهما أن رسول الله قال: (( لو یعطى الناس بدعواهم لادعى
رجال أموال قوم
ودماءهم، لكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر )) حدیث حسن
رواه البيهقي وغيره
هكذا وبعضه في الصحيحين .
Daripada lbnu 'Abbas r.a.( رضي الله عنهما ) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya
ramai orang akan menuntut
harta
dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan
itu berbukti
keterangan
bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Baihaqie dan
lain-lain sedemikian dan
sebahagiannya
terdapat dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim.
HADIS KE – 34
عن أبي سعيد الخدري
قال: سمعت رسول الله یقول: (( من رأى منكم منكرا فليغيره
بيده، فإن لم یستطع
فبلسانه، فإن لم یستطع فبقلبه. وذلك أضعف الإیمان )) رواه مسلم .
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah
dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia
mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia
mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Ulasan Hadis :
Fadhilatus syeikh bagaimana cara seseorang itu berdepan dengan mereka
yang menginkari sesuatu di yang dibawa oleh ISLAM .
1) Hendaklah menguasai ilmu yang berhujahkan dalil2 yang disepakati dan
yang tidak disepakati.
2) Hendaklah memiliki sifat wara’ , agar terhindar dari perasaan marah
yang tak menentu.
3) Hendaklah memiliki akhlaq yang baik.
HADIS KE – 35
عن أبي هریرة قال:
قال رسول الله : ((لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا تدابروا ، ولا یبع
بعضكم على بيع
بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله،
ولا یكذبه، ولا
یحقره، التقوى ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر
أن یحقر أخاه المسلم،
المسلم على المسلم حرام : دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم .
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci,
belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual
barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang
bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh
menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya.
Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -
Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang
muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan
maruah dirinya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
HADIS KE – 36
عن أبي هریرة عن
النبي قال: (( من نفس عن مؤمن كربة من كرب
الدنيا نفس الله
عنه كربة من كرب
یوم القيامة، ومن یسر على معسر یسر الله عليه في الدنيا والآخرة،
ومن ستر مسلما
ستره الله في الدنيا والآخرة، والله في عون العبد ما آان العبد في عون
أخيه، ومن سلك
طریقا یلتمس فيه علما سهل الله له طریقا إلى الجنة، وما اجتمع قوم في
بيت من بيوت الله
یتلون كتاب الله ویتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة وغشيتهم
الرحمة، وحفتهم
الملائكة، وذكرهم الله فيمن عنده ومن بطأ به عملُه لم یسرع به نسبه ))
رواه مسلم بهذا
اللفظ .
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan
daripada kesusahan-kesusahan
dunia,
nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada
kesusahan-kesusahan
Qiamat.
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan
mempermudahkan
baginya
di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim,
nescaya Allah
akan
menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong
hambaNya selagi
mana
dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk
menuntut ilmu,
nescaya
Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum
tidak
berkumpul
di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab
Allah dan
mengkajinya
sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat
akan
melitupi
mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut
(perihal)
mereka
kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat
amalannya, nescaya
nasab
keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
HADIS KE – 37
عن ابن عباس رضي
الله عنهما عن رسول الله فيما یرویه عن ربه تبارك وتعالى قال :
(( إن الله كتب
الحسنات والسيئات، ثم یبين ذلك، فمن هم بحسنة فلم یعملها كتبها الله عنده
حسنة كاملة، وإن
هم بها فعملها كتبها الله عنده عشر حسنات، إلى سبعمائة ضعف، إلى
أضعاف كثيرة، وإن
هم بسيئة فلم یعملها كتبها الله عنده حسنة كاملة، وإن هم بها فعملها
كتبها الله سيئة
واحدة )) رواه البخاري ومسلم في صحيحيهما بهذه الحروف .
فانظر یا أخي!
وفقنا الله وإیاك إلى عظيم لطف الله تعالى، وتأمل هذه الألفاظ. وقوله (عنده)
إشارة إلى الاعتناء
بها، وقوله (كاملة) للتأكيد وشدة الاعتناء بها. وقال في السيئة التي هم
بها ثم ترآها:
(( كتبها الله عنده حسنة كاملة)) فأكدها بكاملة، (وإن عملها كتبها سيئة واحدة)
فأآد تقليلها بواحدة،
ولم یؤكدها بكاملة. فلله الحمد والمنة سبحانه لا نحصي ثناء عليه وبالله
التوفيق .
Daripada lbnu 'Abbas r.a. رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, Baginda
meriwayatkan suatu
riwayat
dari Allah SWT. Allah berfirman:
Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal
kejahatan, kemudian Dia
memperjelaskannya;
maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan
itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu
kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga
700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu
mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya
sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan
dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja. Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah
memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung,
dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz hadis ini). Lafaz ( عنده ) yang bererti “di sisi-Nya” menunjukkan
inayah Allah terhadapnya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba
mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba
meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah). Lafaz ( كاملة ) yang bererti “sempurna” adalah bertujuan
untuk menegaskan dan menunjukkan
kuatnya
inayah Allah dengannya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat
hamba mahu
berbuat
kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan
hamba
meninggalkan
perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah). Dia berkata dalam soal kejahatan yang seseorang
hamba terlintas mahu melakukannya
kemudian
dia tidak jadi melakukannya : ( كتبها الله عنده حسنة آاملة ) yang
bererti “Allah akan menulis di sisi-
Nya
sebagai satu kebajikan sepenuhnya”. Dia menegaskan pembalasan hasanah itu
dengan lafaz
“sempurna”
sementara dalam ungkapan berikutnya : ( وإن عملها كتبها سيئة واحدة ) yang
bererti “Sekiranya
dia
terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan
menulis kejahatan
itu di
sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja”. Dia menegaskan gambaran meyedikitkan
balasan dosa
itu
dengan diberikan sifat “satu”. Segala pujian dan kurniaan bagi Allah SWT yang
kita tidak mampu
menghitung
puja-puji ke atasnya. وبالله التوفيق
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih
mereka dengan lafaz ini.
Ulasan Hadis :
Fadhilatus syeikh menerangkan mengenai penggunaan kalimah “ عند “ dalam segi nahu digunakan dalam beberapa tempat.
1) عند للزمان: digunakan untuk menunjukkan
kepada masa .
Cth ayat : لقيت عند
الفجر
2) عند للمكان : digunakan untuk menunjukkan
sesuatu tempat .
Cth ayat : لقيت عند
المسجد
3)
عند للملك : digunakan untuk menunjukkan kepada pemilikan .
Cth ayat : عندي الكتاب
4) عند المذهب : digunakan untuk
menunjukkan sesuatu pemilihan pendapat sesuatu mazhab .
Cth : عند حنفي
..... ، عند الشافعي ....
HADIS KE – 38
عن أبي هریرة قال:
قال رسول الله : (( إن الله تعالى قال: من عادى لي وليا فقد آذنته
بالحرب، وما تقرب
إليَّ عبدي بشيء أحب إليَّ مما افترضته عليه، ولا یزال عبدي یتقرب
إليَّ بالنوافل
حتى أحبه، فإذا أحببته كنتُ سمعه الذي یسمع به، وبصره الذي یبصر به،
ویده التي یبطش
بها، ورجله التي یمشي بها، ولئن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه ))
رواه البخاري
.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi
seorang waliKu, maka Aku
akan
isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu
menghampirkan
dirinya)
kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang
Aku
fardhukan
ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan
amalanamalan
sunat
sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu
dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang
dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia
meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu
nescaya Aku akan melindunginya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
HADIS KE – 39
عن ابن عباس رضي
الله عنهما: أن رسول الله قال: (( إن الله
تجاوز لي عن أمتي الخطأ
والنسيان وما استُكْرهوا
عليه )) حدیث حسن رواه ابن ماجه والبيهقي وغيرهما .
Daripada lbnu 'Abbas r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah telah mengampunkan - demi keranaku - dari umatku
perbuatan yang dilakukan secara tersilap, terlupa dan secara paksaan.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan
al-Baihaqie dan lain-lain.
HADIS KE – 40
عن ابن عمر رضي
الله عنهما قال: أخذ رسول الله بمنكبي، فقال : (( كن في الدنيا كأنك
غریب أو عابر سبيل))
وكان ابن عمر رضي الله عنهما یقول: (( إذا أمسيت فلا تنتظر
الصباح، وإذا أصبحت
فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك ))
رواه البخاري
.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di
dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu
(ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah
engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu
untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
HADIS KE – 41
عن أبي محمد عبد
الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال: قال رسول الله : (( لا
یؤمن أحدكم حتى
یكون هواه تبعا لما جئت به )) حدیث حسن صحيح رویناه في كتاب
الحجة بإسناد صحيح
.
Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a. رضي الله عنهما beliau
berkata: Rasulullah
SAW
telah bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya
tunduk menuruti ajaran yang
aku
bawa.
Hadis ini hadis sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah dengan sanad yang baik.
HADIS KE – 42
عن أنس قال: سمعت رسول الله یقول: (( قال الله تعالى: یا
ابن آدم، إنك ما دعوتني
ورجوتني غفرت لك،
على ما كان منك، ولا أبالي. یا ابن آدم، لو بلغت ذنوبك عنان
السماء، ثم استغفرتني
غفرت لك، یا ابن آدم، إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطایا ثم لقيتني
لا تشرك بي شيئا
لأتيتك بقرابها مغفرة )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح .
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta,
berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada
dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak
sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku
akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau
datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu
tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu
keampunan sepenuh isi bumi.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan
sahih.
Ulasan Hadis :
Hadis terakhir di dalam matan 40 berkisar mengenai memohon keampuanan,
merupakan hadis qudsi.Fadilatus syeikh memberitahu bahawa rahmat dan keampunan
ALLAH itu luas dan pintu-pintu taubat sentiasa terbuka .Maka wajarlah kita
untuk sentiasa beristigfar dan memohon ampun , taubat atas segala kesalahan
yang kita lakukan.
Dengan berakhirnya hadis ke – 42 maka berakhirlah daurah ilmiah matan 40
yang dibaca dan disyarahkan ringkas oleh fadhilatus syeikh sempena bulan
ramadhan yang mulia ini.Moga sisa waktu yang ade dimanfaatkan dengan bacaan
hadis – hadis baginda sallallahu’alaihi wasallam.
Sebelum berakhir fadhilatus syeikh sempat menitipkan pesanan kepada
abnaul azhar , antara yang dpat di’catch up’ hendaklah kita selaku anak2 didik
menjaga ilmu , murajaah ilmu yang dipelajari , melazimi wirid-wirid harian dan
lain2 . Seterusnya pihak penganjur menghadiahkan fadhilatus syeikh sebuah frame
gambar , kitab-kitab dan air zam-zam dan sebelum pulang kami sempat bergambar
kenangan bersama fadilatus syeikh .J
WALLAHU’ALAM
RUJUKAN :
1- Daurah Ilmiah Matan 40 Fadhilatus Syeikh Usamah As-sayyid Al-Azhary -hafizhahullah - .
2- Syarah arbain an nawawi oleh imam an nawawi,ibnu daqiq al-'id
terbitan darussalam .
3- Hadith 40 Imam an-Nawawi Pdf .
4- Sumber internet .
................................................................................
GAMBAR SEKITAR DAURAH HARI KEDUA
Di sini ana selitkan juga pertanyaan sahabat yang hadir mengenai ISIS yang ditanya langsung kepada fadhilatus syeikh . Info ini ana copy pasta dari laman sosial fb Suara Al- Azhar .
Tanggapan Syekh Usamah Tentang Deklarasi Khilafah ISIS di Iraq dan Suriah
Syekh Usamah Sayyid Azhari ditanyai pendapatnya tentang deklarasi khilafah Islamiyah yang dilakukan oleh kelompok Dawlah Islamiyah Iraq wa Syam (ISIS) beberapa waktu lalu. Beliau menjawab:
"Apakah sepanjang hidupmu kamu pernah mendengar bahwa seorang khalifah Rasulullah--yang Allah utus menjadi rahmat bagi semesta alam--, seorang khalifah yang menggantikan Rasulullah dengan cara menumpahkan darah? Membunuh tawanan perang? Merampas dan menghancurkan daerah-daerah? Bahkan mereka berbangga memenggal manusia dan mempertontonkannya di video.
Apakah seperti ini khilafah yang menggantikan Rasulullah—yang diutus menjadi rahmat bagi semesta alam--? Ini hanya omong kosong, isu yang akan segera hilang.
Jika benar mereka ingin membela Islam, maka semestinya mereka tidak mengacungkan senjatanya ke arah kaum muslimin. Padahal di dekat mereka ada Israel yang menjajah Palestina. Kita tidak pernah mendengar mereka berkata mengenai Israel. Kita hanya mendengar mereka memberikan ancaman ke Mesir, Jordania, Saudi, Suriah, dan negara-negara lain. Mereka tidak berbicara tentang Israel, padahal musuh kita sebenarnya adalah Zionis, bukan malah saling perang antara sesama muslim.
Saya mengingatkan kalian tentang sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban bahwa Rasulullah berkata (atau dalam maknanya), “Salah satu hal yang paling saya takutkan dari umatku adalah muncul seseorang yang membaca al-Quran dan mampu mendapatkan keindahan al-Quran, bahkan ia menjadi pelindung bagi Islam, namun kemudian ia mengarahkan senjatanya ke arah saudaranya dan menuduhnya dengan tuduhan kafir....”
Orang itu tidaklah bodoh, ia telah diberikan ilmu tentang al-Quran oleh Allah hingga ia mampu mendapatkan rahasianya, bahkan ia menjadi pelindung bagi Islam karena ilmu yang ia miliki. Namun kemudian pemahamannya keliru hingga akhirnya ia menyebarkan tuduhan kafir di tengah kaum muslimin.
Dan yang lebih bahaya dari itu adalah seseorang yang memiliki sifat demikian, lalu muncul di tengah masyarakat dan memperburuk keadaan, lalu ia mengklaim dirinya sebagai khalifah pengganti Rasulullah. Ini sebuah kejahatan terhadap agama.
Maka janganlah kalian terpedaya dengan isu ini, berhati-hatilah!
Dan peringatkan rekan-rekanmu yang bisa saja terpedaya dengan panggilan-panggilan jihad semacam ini. Peperangan mereka bukanlah sebuah jihad. Tidak ada jihad melawan kaum muslim sendiri. Maka berhati-hatilah!"
-Disadur dari pengajian Arba`in Nawawi pada hari Selasa, 8 Juli 2014, dengan sedikit penyesuaian.
link page klik disini : https://www.facebook.com/suara.alazhar/photos/a.211567925676091.1073741828.211541432345407/318347071664842/?type=1
No comments:
Post a Comment