Selamat Datang

Friday, January 9, 2015

PENGENALAN KULIAH ULUM ISLAMIAH



     Sejak berkurun lamanya, Universiti al-Azhar as-Syarif yang berpusat di Mesir terkenal diseluruh dunia. Mereka berlumba-lumba untuk menimba ilmu di university tertua di dunia ini yang telah banyak melahirkan ulama-ulama professional dalam pelbagai bidang bukan sahaja bidang agama. Begitu juga kaum muslimin di Malaysia, mereka telah lama membanjiri bumi Mesir untuk melanjutkan pelajaran di gedung ilmu ini. Kuliah-kuliah yang menjadi pilihan antaranya ialah Kuliah Syariah Islamiah, Kuliah Usuluddin, Kuliah Bahasa Arab, Kuliah Dirasat Islamiah, Pengkhususan Qiraat Al-Quran dan Kuliah Perubatan.

          Disebalik ramainya pelajar Malaysia yang sedang menuntut ataupun merupakan lepasan Universiti al-Azhar, di sana terdapatbeberapa permasalahan yang boleh menjadi fitnah kepada mereka secara umum dan kepada agama seterusnya nama univesiti ini secara khusus. Antara permasalahan ini ialah :

1. Penggunaan bahasa Arab‘Ammiah (pasar) dikuliah dandikalangan masyarakat setempat menyebabkan para pelajar kurang mahir menggunakan bahasa Arab Fushah (standard) dalam komunikasi, penulisan dan yang berkaitan dengannya.

2.Suasana belajar yang tidak kondusif dalam kuliah seperti kesesakan dan ketiadaan tempat duduk yang mencukup oleh kerana bilangan pelajar yang ramai dan  keadaan ini mengganggu konsentrasi dan minat pelajar untuk mengikuti kuliah .

3. Kehadiran ke kuliah yang tidak wajib  dalam peperiksaan menyebabkan segelintir  pelajar tidak mengambil berat akan  kepentingan mengikuti kuliah secara konsisten.

4. Kurangnya praktikal dan interaksi semasa proses pelajaran dan pengajaran dalam kuliah dan pendekatan kuliah lebih kepada mendengar syarahan daripada dukturah.

5.Pembelajaran yang terbatas dalam bidang agama sahaja menyebabkan tiadanya pendedahan dalam bidang akademik lain seperti ekonomi Islam, sejarah Islam, dan sebagainya.

     Setelah permasalahan-permasalahan ini diperhatikan, maka tercetuslah idea penubuhan sebuah kuliah khas untuk pelajar Malaysia yang terpilih yang dinamakan dengan KULIAH AL-ULUM AL-ISLAMIAH LIL WAFIDIN. Kuliah ini telah diasaskan pada tahun 2008 dengan kerjasama antara mantan Duta Besar Malaysia di Mesir, Dato’ Zainal Abidin Abdul Kadir dengan Ro’isul Jamiah (Presiden) Universiti Al-Azhar, Prof. Dr.  Ahmed Mohamed al-Tayeb. Kuliah ini seperti dirancang adalah merangkumi kesemua, bidang agama, iaitu Syariah Islamiah,Usuluddin dan Bahasa Arab termasuk  beberapa bidang akademik berkaitan dengan mua’malat Islam. Penubuhan kuliah ini  merupakan sebuah projek yang bertujuan melahirkan ulama’ muktabar dan pemikir Islam yang serba boleh dalam semua bidang agama termasuk beberapa bidang akademik sebagai nilai tambah kepada pelajar. 

     Kuliah ini juga adalah merupakan   perjanjian persefahaman (MOU) antara kerajaan Malaysia dengan Universiti al-Azhar, di mana para pelajar akan diberikan pelbagai keistimewaan yang tidak terdapat di kuliah-kuliah biasa di Universiti al-Azhar. Antaranya, mereka ditempatkan di beberapa buah kelas khas tanpa bercampur dengan pelajar berbangsa lain, bilangan mereka dihadkan dalam sesebuah kelas, penggunaan Bahasa Arab Fushah semasa sesi pelajaran dan pembelajaran (p&p), penggunaan alat perantaraan proses p&p iaitu sistem LCD, sukatan pelajaran yang meliputi pelbagai subjek agama dan akademik dan kehadiran yang dikira dan dijadikan syarat untuk memasuki peperiksaan.Pengiktirafan penubahaan kuliah khas ini telah pun diumumkan di surat khabar Soutul Azhar, Mesir.

    Pada 1 November 2008, telah bermula sesi pelajaran Kuliah al-Ulum al-Islamiah lil Wafidin ini secara rasmi yang akan berlangsung selama lima tahun termasuk setahun pertama persediaan/matrikulasi/pra al-Azhar. Seramai 47 orang pelajar yang merupakan kumpulan pertama yang mengikuti kuliah khas ini terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan Syarikat AmanahRaya Berhad, pelajar-pelajar dibawah agensi Akademik Al-Quran dan pelajar-pelajar di bawah rumah-rumah negeri seperti, Johor, Sabah, Pahang dan sebagainya.

   Kelangsungan kuliah ini diteruskan  dengan kedatangan pelajar kumpulan kedua pada 24 September 2009 dan kumpulan ketiga pada 14 September 2010 dan seterusnya kumpulan ketiga kempat dan kelima dari berbagai agensi iaitu Islamic Medic ,  Daulah,Medic dan sebagainya .

     Namun , pada sesi pengajian 2013/2014 , berlaku sedikit perubahan berkaitan perkuliahan , di mana tahun tamhidi telah dimansuhkan . Ini menjadikan Kuliah Ulum Islamiah hanya mempunyai 4 Tahun tempoh pengajian. Selain itu, pelajar baru pada sesi ini akan mengambil imtihan qabul yang di sediakan oleh pihak universiti Al-Azhar untuk menentukan mustawa atau peperiksaan untuk menguji tahap kefahaman pelajar.Mereka yang  Berjaya akan terus menaiki Tahun 1 , manakala mereka yang tidak Berjaya akan memasuki kelas bahasa di Markaz Bahasa yang disediakan.

      Selain itu,pihak universiti turut membuat 2 sistem yang dikenali sebagai sistem baru dan sistem lama.Sistem baru hanya untum pelajar tahun 1 dimana mereka hanya akan mengambil 12 subjek setahun dan dibahagikan kepada 6 subjek untuk setiap semester.Ini berikutan , pandangan pihak universiti yang tidak ingin membebankan pelajar .Manakala sistem lama adalah untuk pelajar tahun 2, tahun 3 dan tahun 4 , di mana mereka wajib mengambil 20 subjek setahun dan dibahagikan kepada 10 subjek untuk setiap semester.
       
    Mengikut sistem lama bagi semester pertama para pelajar akan mempelajari 
subjek-subjek yang berikut :

1. Fekah                                         
2. Tafsir Al-Quran
3. Ulum Hadis
4. Tauhid
5. Qodoya Aqdiah
6. Maharat Lughawi
7. Nahu
8. Balagha
9. Al-Quran             
10. Computer Literacy

        Pada semester kedua pula, terdapat beberapa subjek yang dikekalkan dan ada pertambahan subjek baru. Berikut merupakan subjek-subjek yang bakal  dipelajari pelajar-pelajar pada semester kedua : 
1. Fekah
2. Ulum Al-Quran
3. Hadis Nabawi
4. Mantiq
5. Sirah Nabawi
6. Maharat Lughawi
7. Sorf
8. Adab Nusus
9. Al-Quran (Hafazan Juzuk 2)
10. Computer Literacy

      Perubahan yang berlaku di dalam Kuliah Ulum Islamiah, bukanlah bidang kuasa pelajar, ianya ditentukan oleh pihak universiti.

     Alhamdulillah,pada tahun 2013 Kuliah Ulum Islamiah telah berjaya melahirkan graduan  seramai 44 orang pelajar . Mereka terdiri daripada  29 orang mahasiswa dan  15 orang mahasisiwi dan 2 orang mahasiswi yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang /mumtaz .Manakala bagi tahun 2014 seramai 36 mahasiswa yang terdiri daripada 22 orang mahasiswa dan 14 orang mahasiswi berjaya menghabiskan pengajian di kuliah ini dan seramai 3 orang berjaya memperolehi pangkat mumtaz yang mana seorang daripadanya ikhwah dan baki akhawat.


     Berikut adalah jumlah bilangan mahasiswa mahasiswi  Kuliah Ulum Islamiah bagi keempat-empat tahun pengajian 2015.

Tahun
Pengajian
Bil.
 Mahasiswa
Bil. Mahasiswi
Jumlah
Tahun 1
31
35
66
Tahun 2
29
43
72
Tahun 3
29
22
51
Tahun 4
27
19
46
JUMLAH
       116     
119
235






wallahu'alam ... moga ade manfaat bagi mereka yang ingin menyambung pengajian ke timur tengah khususnya dalam bidang pengajian islam di Kuliah Ulum Islamiah . Buat mereka lepasan SPM ( ada subjek bahasa arab tinggi ) dan STAM ..aja aja fighting !! :)