Selamat Datang

Wednesday, November 7, 2012

~ OLEY SYRIA ~

Dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH ,MAHA PENYANYANG

Alhamdulillah , seusai  usrah gabungan akhawat AISA “ ANA SOLEHAH “ , yang dianjurkan dibawah Lajnah Dakwah & Kerohanian dibawah Amanahraya Islamic Studies students Association (AISA)  tergerak jari-jemari ini untuk melakar secebis coretan sepanjang usrah berlangsung .2 slot  yang begitu menarik saya rasakan . . sukalah ana untuk kongsikan bersama-sama sahabat  slot forum “ OLEY SYRIA”  membariskan ahli panel yg  begitu prihatin dengan masalah ummah ,mendalami isu yg berlaku ,syukran jazilan buat  ahli  panel atas kupasan isu yg sangat menarik ,di samping moderator yg begitu menceriakan majlis ..

“ OLEY SYRIA “ membincangkan isu – isu  yang berlaku Syria ..sebagaimana yang kita sedia maklum isu ini hangat diperbincangkan baik di ASIA TENGGARA mahupun disekitar  BENUA ARAB .. Peka dan cakna akan masalah ummah seakidah .Apatah lagi kita selaku azhari dan azhariah sepatutnya lebih cakna masalah ummah .

Bertepatan sabda Baginda s.a.w : sabda Rasulullah SAW : من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم [ Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat islam maka ia bukan dari kalangan mereka]..

Jadi wajarlah bagi kita untuk peka terhadap isu-isu ummah khususnya isu diMALAYSIA ,SYRIA ,dan negara-negara ISLAM yang lain .

Sedikit sejarah SYRIA yg dapat dikongsikan serta bagaimana revolusi ini tercetus Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.

Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.

Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.

Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
Mungkin sahabat2 pernah baca , tap saya selitkan jua moga2 tercuit hati kita untuk lebih mendalami isu ,moga terdetik hati kita agar lebih prihatin . Jadi apakah peranan kita dalam menghulurkan sumbangan bagi membantu mereka,sekadar ambil tahu atau buat tak tahu .. bantulah walaupun dengan hanya secebis doa..

Sahabat2 , selaku azhari ,azhariyah mungkin boleh kita hulurkan bantuan dengan ilmu yang kita kutip di MESIR ini ..Justeru dengan kefahaman Ilmu  bisa membawa kebenaran yang sebenar .

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Maka , memahami ISLAM yg sebenar itu mampu untuk kita mengembalikan sebuah kemenangn yg dicita-citakan..Di sini jelaslah bahawa pentingnya ilmu , maka konsep dakwah perlu diterapkan kan agar ilmu itu bercambah dan tersebar.Memberi kefahaman yang sohih kepada masyarakat mengenai ISLAM mahupun mengenai isu-isu sangatlah penting .Jadi gunakan medium dakwah dengan cara yang kreatif menghebahkan  berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA, kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini disebabkan media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.

Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.

Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.. untuk meneruskan dakwah ini ,tidak akan berjaya jika kita bergerak seoarng diri, untuk bawa kebenaran ISLAM mahupun isu2 yg benar perlu dalam keadaan berjemaah ataupun secara kolektif yang mana selari dengan perjuangan baginda S.A.W  dan para sahabat baginda .

ALLAH berfirman :
قال الله تعالى : وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.  surah ali imran ayat 104
Selaku azahar yang sejati perlulah memiliki 3 ciri iaitu RABBANI , SALAFI , HARAKI ..ketiga2 elemen yang penting perlu dipahat di jiwa azhari . untuk merealisasikan kebangkitan ISLAM , khilafah ISLAMIYYAH maka saya menyeru kepada sahabat2 seperjuangan untuk sama2 kita mengabungkan thaqofah yg dimiliki dengan isu-isu yang berlaku,dalam erti kata lain kaitkan THURATH deangan ISU-ISU SEMASA , untuk kita mendepani isu, perlukan ilmu  .

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”
Ulama’ – ulama’ jua berselisih pendapat berkaitan kekejaman dan kezaliman Bashar AlAssad, namun siapalah kita untuk mengadili pandangan ulama’. optimis lah mungkin ada sebabnya mereka khilaf dalam isu ini ..

Jadi  saranan saya ,sama2 lah kita menjadikan AISA “kilang taqwa thaqafah dakwah ” . jua pentarbiyahan diri penting  kerna  jalan dakwah itu  penuh duri . ISLAM itu tak tertegak denagan kata-kata tanpa kita buat kerja ..

Sedikit perkongsian mengenai semangat saudara kita diSYRIA dalam mempertahankan kebenaran ,hak mereka sampaikan ada di antara mereka YANG KELUAR BERDEMONSTRASI  MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI… kita ???

Mohon maaf atas sebarang kekhilafan , mata yang melihat lebih dekat dengan apa yang ditulis ,mulut yang berkata lebih dekat dengan apa yang dibicara,,moga2 perkongsian ini bermanfaat..

#sayabudaksedangbelajarkalausalahtolongtunjukkansyukran#

        ~ AL-AZHAR MANHAJUNA WAL ULAMA’ QUDWATUNA ~

No comments:

Post a Comment