Saidina Umar r.a
pernah mengajar jiwanya sendiri ketika ketinggalan solat fardu berjemaah iaitu
dengan jalan menghidupkan semalam suntuk sebagai penebus solat jemaah yang
ditinggalkan tadi.
Cara untuk mengajar jiwa supaya patuh kepada perintah dan kemahuan diri
ialah dengan berkawan dengan
orang-orang yang dapat dikategorikan sebagai hamba Allah yang
bersungguh-sungguh dalam solat dan tekun beribadah.
3 perkara yang mengembirakan Abu Darda’:
1. Merasa selalu haus untuk memperolehi keredhaan Allah dengan jalan
meninggalkan apa yang dicegah olehNya
2. Bersujud kepada Allah
Ta’ala di tengah malam
3. Berkumpul di majlis
kaum yang sentiasa memilih ucapan-ucapan
yang bagus, sebagaimana dipilihnya apa-apa yang terbaik dari kumpulan kurma
Bila jiwa kamu nampak hendak melarikan diri dari kemahuan kamu yang nyata
baik dan terpuji, atau menolak untuk diajak tekun dan mengekalkan peribadatan,
maka jalan yang satu-satunya yang lebih wajib ditempuh ialah memperhatikan dan
meneliti hal-ehwal mengenai keadaan dan perilaku kaum salaf solehin atau
orang-orang terdahulu yang soleh.
Kamu wajib mencela dan menyalahi diri sendiri, dan memprovok pemikiran dan
lintasan hati kamu yang berbuat salah dan sesat tadi, dan sebagai gantinya
wajiblah kamu membawa dan mengajak jiwa dan nurani anda untuk melakukan
ketekunan dan kesungguhan hati. Kamu akan dianggap mengerjakan kemaksiatan dan
kekeliruan, apabila kamu tidak mahu mencemuhkan, mengolok-olok jiwa dan diri
kamu sendiri, juga keliru pula manakala kamu tidak menunjukkan mana yang perlu
diketahui perihal keburukan pandangan jiwa kamu yang salah itu.
-- copas --
No comments:
Post a Comment