Dalam
konteks ummah hari ini,kita di depani dengan pelbagai kerenah dan ragam
manusia,baik dari peringkat kanak-kanak,remaja,dewasa,mahupun orang tua baik
lelaki ataupun perempuan.Kepelbagaian tingkah laku jelas dapat dilihat dari
perspektif luaran mereka ada yang baik akhlaknya ada yang kurang menepati ciri-ciri
ummah yang soleh menurut al-quran dan as-sunnah .Setiap manusia yang diciptakan
untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini , sebagaimana firman ALLAH s.w.t :
{ وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬
فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬ }
Maksudnya
: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” . [AL-BAQARAH 2 : AYAT 30 ].
Oleh
yang demikian sebagai seorang mahasiswa apatah lagi seorang azhari perlu lebih peka
dengan kondisi ummah pada hari ini.Tidak hanya duduk di dalam rumah seperti “katak
dibawah tempurung “ tidak mengambil tahu apa yang berlaku .
Rasulullah
s.a.w bersabada : (من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم ) Maksudnya : “Sesiapa yang tidak mengambil
berat urusan kaum muslimin ,maka dia bukan dari kalangan mereka”.
Sering
kali kita melihat di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen dan juga
corong-corong radio,kebanyakan menyiarkan isu-isu ummah baik dari segi
moral,akhlak , ibadah,politik dan sebagainya .Tersasar jauh dari landasan
syariat,
mendorong mereka untuk dipimpin
seterusnya membawa ke landasan yang betul .Ibarat orang buta yang memerlukan
pertolongan untuk menyeberangi jalan untuk sampai ke destinasi.
Begitu
juga ummah hari ini , memerlukan seseorang untuk menjadi petunjuk ke arah jalan yang benar,ingin di dinasihati juga
tegur mana yang salah oleh mereka yang memahami permasalahan mereka
.Mereka antara golongan yang ingin
diberi perhatian dan dibimbing ,namun ada segelintir mereka yang terjerumus ke
lembah kebinasaan , tidak menghiraukan nasihat mahupun teguran yang diberikan
bertindak atas dasar “ini urusanku bukan
urusan kamu “ menyebabkan sukar untuk membawa mereka memahami ISLAM yang syumul
dan lengkap dalam semua aspek kehidupan.
Oleh
yang demikian ,selaku azhari perlu kreatif dalam mengatasi masalah ini. Di
dalam al –quran ada menyebut sebagaimana firman ALLAH s.w.t :
{ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا
بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡۗ }
Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [AR-RA’D 13
: AYAT 11 ].
Di sini dapat kita lihat kemajuan sesebuah
negara tidak akan tercapai jika rakyatnya sendiri tidak rasa ingin ubah sikap
dan pendirian , tidak mahu mendengar nasihat dan sebagainya.Jadi para azhari
perlu memperkuatkan dakwah baik fardiyyah mahupun secara jama’ah.Dan jika kita lihat
konteks dakwah itu luas , seperti dakwah bil hal “perbuatan” ,dakwah bil
kitabah “penulisan” dakwah bil lisan “percakapan”.Sekiranya azhari mampu
mengorak langkah serta berdakwah dengan lebih gigih,mampu mengembalikan ummah
ke arah yang lebih baik meskipun mengambil masa yang agak lama,namun usaha yang
gigih akan membuahkan hasil yang lumayan ,Allah tidak memandang kepada hasil
tetapi ALLAH memandang kepada usaha yang giat di lakukan.Ini kerana natijah
tidak akan dapat tanpa izin ALLAH melainkan kita berusaha ke arah
itu . Satu
ungkapan ada menyebut “ kamu mengharapkan keselamatan tapi kamu tidak mengikut
jalanya , sesungguhnya sebuah kapal itu tidak akan berjalan di atas tempat yang
kering” .
Selain
itu , peranan azhari sangatlah berat , dalam mendidik masyarakat ke
arah
memahami ISLAM yang sebenar dan mengikut syariat yang di tetapkan .Azhari
merupakan mahasiswa dan remaja yang belajar dan memahami ilmu islam dengan baik
,memiliki kemampuan-kemampuan yang mampu
membantu dalam membentuk generasi ummah solehah mengikut acuan al-quran dan
as-sunnah.
Apakah
kemampuan-kemampuan yang dimiliki oleh mahasiswa yang bergelar azhari?Antaranya
ialah memiliki kekuatan dan semangat yang tinggi .Kekuatan dan semangat yang
seiring dengan kefahaman merupakan wasilah untuk mencapai sebuah hadaf dan kejayaan
yang ingin dicapai .Peluang dan masa yang dimiliki oleh mahasiswa lebih banyak
dan mereka selalu berdampingan dengan buku , juga sering kali di gelar sebagai
“ulat buku” disamping menelaah serta
mengulangkaji hal-hal ehwal semasa yang berkaitan .Dalam hal ini mahasiswa
berperanan menyampaikan info-info islam mengikut pandangan ulama’ ulama’
terdahulu serta perbandingan mazhab-mazhab yang ada bagi merungkai
permaslahan-permaslahan yang dihadapi ,serta menjauhkan masyarakat dari
perkara-perkara syubhat .Justeru masyarakat lebih memahami islam dengan lebih
baik serta mengembalikan kegemilangan ummah solehah ,seterusnya
membentuk kerajaan islam sebagaimana
yang kita semua maklum era kegemilangan islam khilafah uthmaniyyah telah jatuh
pada tahun1924 dizaman pemerintahan Kamal Altartuk yang mengubah sistem pemerintahan islam
kepada sistem pemerintahan yang bersifat sekuler
Di
dalam kitab “ Apakah yang diertikan
sebagai kebangkitan ISLAM pada zaman moden ini ?! wahai pemuda karangan Dr.Abdullah
Nasih Ulwan ,terbitan Darul Salam,beliau menyimpulkan beberapa kewajipan
pemuda hari ini terhadap kebangkitan islam .Hal ini akan membawa kepada
pembentukan umat yang soleh dan solehah di dalam masyarakat hari ini.Antara
kewajipan yang digariskan oleh beliau ialah Yang pertama- Pemuda islam
di semua
tempat atau lebih khusus dalam konteks
kita hari ini selaku mahasiswa azhari perlu lebih peka dengan musuh –musuh
islam dalam dan luar tidak lemah dan tidak letih dalam kekangan kebangkitan
islam.Yang kedua –Pemuda islam berkerja dalam medan dakwah dan
berperanan dalam menyampaikan dakwah kepada mad’uu dan
memperbaikinya,menunjukkan qudwah hasanah dan ikutan yang baik dari segi moral dan akhlak ..Yang ketiga
-Pemuda islam dan selaku mahasiswa perlu bijak seimbangkan antara dakwah dan
kerja-kerja lain yang utama yang wajib untuk dilakukan dan sentiasa istiqomah.
Sebagaimana
kata-kata Salman Al-farisi : “ أعطِ كل ذي حق حقه”
Maksudnya :
”Berilah kepada setiap
yang mempunyai hak akan haknya”
Sebagai mana contoh “ Pemuda yang cenderung di jalan dakwah ketika mana dia
seorang mahasiswa maka wajib baginya seimbangkan antara tugas seorang mahasiswa
dan tugas seoarang da’ie , keseimbangan yang bersesuaian supaya tidak menjadi
fitnah selaku penuntut ilmu . Yang keempat - Antara kewajipan pemuda islam
dalam mengembangkan dakwah , berdakwahlah dengan cara berhikmah dan bijaknsana dan
uslub gaya bahasa yang lemah lembut bersesuian dengan keadaan mad’uu.
Sebagaimana
firman ALLAH s.w.t :
{ ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ
وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ }
Maksudnya
: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik” . [AL-NAHL 16 : AYAT 125 ].
Dan
firman ALLAH s.w.t :
{ فَبِمَا رَحۡمَةٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡۖ وَلَوۡ كُنتَ
فَظًّا غَلِيظَ ٱلۡقَلۡبِ لَٱنفَضُّواْ مِنۡ حَوۡلِكَۖ }
Maksudnya : “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari
Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada
mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar
lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu” . [ALI IMRAN 3 : AYAT 159] .
Yang kelima - Mengetahui dengan baik isu
–isu hadapi untuk merealisasikan perpaduan,
dan memperkuat benteng pembinaan ummah,iaitu dengan menjauhkan khilaf-khilaf
dari sudut perkara-perkara furu’ dalam perbahasan fiqh dan khilaf dalam masalah furu’ itu satu rahmat
bagi kita.Dan tidak wajar untuk kita mengkritik mana-mana mazhab kerana
ulama’-ulama’ terdahulu lebih arif dan berijtihad untuk kemaslahatan ummah .
Itulah
antara kewajipan –kewajipan yang digariskan oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan kepada para pemuda dan
juga selaku mahasiswa .Justeru sama-samalah kita memperkuatkan akidah serta
memantapkan ilmu ke arah mencapai hadaf pembentukan ummah solehah dan
berkualiti baik dari segi ibadat,adama ,akhlak , politik ,
ekonomi dan sebagainya.
Akhir kalam , kita sebagai ummah islam baik lelaki mahupun perempuan untuk sama-sama turun padang berkongsi pengetahuan dan apa sahaja yang membawa kebaikan serta membina keizzahan islam, dan kembali mengimbau sejarah lalu untuk kita mengambil pengajaran dan iktibar dan berjalan atas jalan dakwah dan amal islami dengan mengimbangkan antara duniawi dan ukhrawi .Sesungguhnnya kejayaan dan keberhasilan itu dengan izin ALLAH s.w.t kita hambanya perlu berusaha ke arah pembentukan ummah yang lebih baik dan sesungguhnya ALLAH s.w.t bersama mereka yang ikhlas dalam jalan yang mereka pilih , serta bersama da’ie yang jujur .Dan ALLAH s.w.t tidak akan sesekali menyia-iakan amalan dan usaha kita ,Firman ALLAH s.w.t :
{ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ
ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ }
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela
(agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan
meneguhkan tapak pendirian kamu” .[MUHAMMAD 47 : AYAT 7 )
Semoga ALLAH
memberkati kita semua dan menjadikan kita orang yang mendengar ucapan dan
mengikut perkara yang baik,dan menjadikan kita orang yang mengizzahkan agama-Nya
dan menegakkan kalimah-Nya dan menghidupkan kita dalam kalangan ulama-’ulama
dan para mujahidin serta mematikan kita bersama para syuhada’ dan orang-orang
yang soleh.ameen .wallahu’lam
“AL-AZHAR MANHAJUNA WAL ULAMA’ QUDWATUNA”
“TRANSFORMASI PEMIKIRAN , MANIFESTASI KESATUAN”
“GENERASI SOLEHAH ACUAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH”
No comments:
Post a Comment