“Social
Networking” dalam erti kata lain “Rangkaian Laman Sosial” kini menjadi bualan warga
tempatan . Baik buruknya dipertiakaikan, malahan turut dipersoalkan . Media
massa yang menjadi penghubung antara jiwa-jiwa , mempertautkan
hati-hati,mempertemukan rasa menjerat diri sendiri .Kadang kala kita memikirkan
kita ingin berhubung dengan teman-teman sepermainan , kawan-kawan lama dan
lain-lain ..Ya bagi aku itu tiada salahnya malahan baik juga sebab bisa
mengeratkan silaturrahim sesame saudara semuslim,Namun, jangan kita lupa dalam
baiknya mungkin juga ia satu “perangkap” untuk menjerat.Kawal .. hurmm ya “mencegah
lebih baik dari merawat” .Tiada salah menggunakan laman sosial untuk berhubung
namun ianya perlu dikawal supaya tidak “ketagih” .Jika dibuat bancian secara
rawak , rata-rata yang memiliki akaun laman sosial seperti
Facebook,Ummaland,Twitter,WhatsApp, Viber,We Chat, Telegram dan lain-lain
adalah dalam lingkungan 7 tahun keatas ..wow kecik2 dah ada akaun peribadi
>_< … (aku bukak akaun FB pun umur 19 tahun ..ngeee) … baik mereka yang
bekeluarga,pelajar,mahasiswa,orang-orang besar alim ulama’ dan lain-lain.
Dari sudut
pandang positif , mungkin aku dapat senaraikan beberapa kebaikan yang boleh
kita ambil dari media massa ini :-
1- Sebagai alat
komunikasi yang lebih cepat dan efektif.
2- Salah satu alternatif
untuk mengetahui isu-isu semasa ( kata orang media massa ni lebih cepat kita
dapat tahu apa2 maklumat ) .
3- Salah satu sumber
rujukan ilmu ( tidak dinafikan untuk mendapatkan ilmu itu tidak dapat tidak
kena bertalaqi dengan guru , menadah kitab ) tetapi ia merupakan salah satu alternatif
untuk mendapatkan maklumat tambahan.
4- Mengeratkan
hubungan silaturrahim dengan kenalan2 lama dan baru .
5-Tempat
penyebaran risalah-risalah Islam yang dibawa oleh Baginda sallallahu’alaihi
wasallam.
6-Tempat
berkongsi ,curahan ilmu-ilmu baik ilmu agama mahupun ilmu kontemporari.
Manakala dari
sudut pandang negatif, mungkin aku dapat simpulkan beberapa perkara :-
1- Peningkatan
kes penceraian,keretakan rumah tangga.
2- Keruntuhan
moral remaja dengan mengupload gambar2 selfie yang tidak membawa kebaikan.
3- Meletakkan
pergantungan bukan kepada ALLAH.
4- Fitnah,Aib
seseorang tersebar dengan mudah , hampir jutaan mengetahuinya.
5- Laman-laman
web porno berleluasa , tidak disekat .
6- Kes cintan
cintun , cinta monyet dsbg ….
Itulah antara
baik buruknya media massa yang makin menonjol dalam kalangan masyarkat hari
ini, lebih-lebih lagi dengan adanya smartphone,android dll yang makin meluas
dipasaran … internet dihujung jari la katakan … L
So, what to do ?
bagi aku yang jiwa ala2 remaja ni .. wakakak remaja la sangat ..opps btw aku
juga pernah lalui nya ,,okay .. tapi masa aku remaja tak de la plak sibuk
dengan benda-benda ni ,almaklum la waktu tu tak “semoden” sekarang ni.Aku
bersyukur kerana tidak dimanjakan dengan benda2 sebegini dari awal , kalau tak
ntah jadi apa sekarang ni ! mana taknya handphone kat tangan pun masa umar 19
tahun bhahahahaha…
Ok , aku nk bg sikit cadangan la , tu pun kalau
korang rasa nak terima , kalau tak nak terima terpulang ,letak je tepi …
1- Jangan update
status yang terlalu pribadi kat wall post anda! Kalau boleh sebelum post apa2
fikir dulu sejenak ( cewahh ayat) adakah post aku ni beri manfaat atau tidak .
2-Jangan upload
gambar2 pribadi anda , kalau rasa nak upload jugak buat privacy setting “only
me” ke , “friends” yg dah diasingkan dari friend lelaki dll .
3- Bagi yang dah
berkahwin , buat je satu akaun kongsi
ngan partner masing2 ( yang dah halal je okay) ,aku tak tahu la berkesan ke tak
sebb ade je kawan aku yang buat,okay je aku tengok,aku skunk ni takde la kongsi
lagi wakakaka
4- Kawal penggunaan
,gunakan ke arah kebaikan . Yeah anda boleh !!
5-Jangan
mengapi2kan , mengaibkan,mengfitnah atau sebarkan video,gambar, kata-kata yang
berunsurkan pergaduhan,aib, dll.
6- Apa-apa yang
membawa keburukan elakkan!
Tu je la yang
aku nak kongsikan ,mohon maaf jika ade kekasaran mahupun khilaf, bukan apa arus
kemodenan kala ini sangat mencabar ,aku tidak tahulah bagaimana nasib generasi
akan datang.Tiap tahun ade saje “pembaharuan” yang dilakukan, samada iannya
baik atau buruk …yaa bergantung kepada DIRI SENDIRI jua sih .. moga tergolong
dalam “mereka yang mengubah nasib diri sendiri” agar nanti nasib generasi akan
datang akan terbela dan terjaga bersesuaian dengan firman ALLAH S.W.T : “
Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri” ar-Ra’d ayat 11 .
Sekian 4 entry
bulan ni :D maaf diatas penggunaan “singkatan” perkataan yang sangat ketara jelasnya
… J post ni bertujuan muhasabah diri sendiri
kerana tangan yang menulis lebih dekat dengan mata yang melihat , mulut yang
membaca dan hati yang menafsir…. ya manusia tidak lepas dari melakukan
kesalahan …
p/s : pesanan
kalau rasa nak komen ,komen je kat bawah ni ..INSHAALLAH terima dgn hati
terbuka .. “practice make perfect” lama x mengarang .. “pendahuluan, isi tersurat,isi
tersirat,penutup “ dll :D