ISI KANDUNGAN :
1)MAKSUD HARTA SEPENCARIAN
2)MAKSUD HARTA PUSAKA
3) DALIL SYARA' MENGENAI HARTA SEPENCARIAN
4) BENTUK HARTA SEPENCARIAN
5) BILA DAN SIAPA YANG BERHAK MENUNTUT HARTA
SEPENCARIAN
6) AKTA UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN HARTA
SEPENCARIAN
7) KUASA MAKHAMAH DALAM PEMBAHAGIAN HARTA
SEPENCARIAN
8) HIKMAH HARTA SEPENCARIAN
9) KESIMPULAN
______________________________________________________________________________
MAKSUD
HARTA SEPENCARIAN
Harta sepencarian ialah harta yang dikumpulkan
bersama oleh pasangan suami isteri sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam tempoh perkahwinan berkuat
kuasa mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.
MAKSUD
HARTA PUSAKA
Harta pusaka ialah segala harta peninggalan
Simati yang meliputi harta alih dan harta tak alih setelah ditolak segala
hutang dan kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak-pihak yang berhak
menurut undang-undang.
§ Apa
yang dapat kita fahami mengikut maksud di atas ialah harta sepencarian adalah
harta yang boleh dituntut oleh waris
sebelum pembahagian harta pusaka dilaksanakan dan ianya terkeluar
daripada menjadi harta pusaka si mati.
DALIL
SYARAK
Allah subhanahu wa taala berfirman :
ولا
تتمنوا ما فضل الله به بعضكم على بعض للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما
اكتسبن وسئلوا الله من فضله إن الله كان بكل شيء عليما
Maksudnya :
"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan
Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena)
bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi
para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah
kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
segala sesuatu." Surah an-nisa' ayat 32 .
BENTUK HARTA
SEPENCARIAN
Perkara
yang diambil kira dalam menentukan harta sepencarian yang diperoleh dalam masa
perkahwinan dinilai dari dua perkara iaitu :-
(a)
SUMBANGAN SECARA
LANGSUNG ( SECARA FIZIKAL)
-
Sumbangan secara langsung bermaksud pihak-pihak kepada perkahwinan itu telah
sama-sama memberikan sumbangan mereka dalam memperoleh aset dan harta berkenaan.Pasangan
ini sama-sama mengeluarkan modal dan wang bagi membeli aset danharta berkenaan.
-
Sebagai contohnya, pasangan suami isteri mempunyai kerjaya masing-masing, telah
sama-sama membeli aset dan harta berkenaan secara ansuran yang pihak suami
telah membuat bayaran pendahuluan dan pihak isteri pula membuat bayaran ansuran
bulanan. Mereka berkongsi bersama-sama dan memberi sumbangan wang, modal dan
sebagainya secara langsung daripada pendapatan mereka bersama.
(b)
SUMBANGAN SECARA TIDAK LANGSUNG ( SECARA MORAL)
-
Sumbangan tidak langsung bermaksud suatu sumbangan yang bukan berbentuk wang
atau benda tetapi mendatangkan dan menghasilkan harta atau aset tertentu.
Sumbangan ini, sama ada melalui idea, dorongan, nasihat, memberi semangat,
menjaga keselesaan, menimbulkan ketenteraman dan sebagainya kepada pasangan
satu lagi yang berusaha secara langsung dan berjaya mendapatkan harta dan aset
itu.
-
Sebagai contohnya, pihak suami bekerja dan berpendapatan tetap bulanan telah
dapat membeli beberapa aset dan harta secara bayaran ansuran manakala pihak
isteri tidak bekerja tetap tetapi memberikan sumbangan dengan menjaga keluarga,
membina rumah tangga, memelihara anak-anak dan menunaikan tanggungjawab
perkahwinan mereka sehinggakan pasangan ini telah berjaya memiliki aset dan
harta tersebut dalam tempoh perkahwinan mereka. Walaupun pihak isteri tidak memberikan
sumbangan modal dan wang dalam memiliki aset dan harta, pihak isteri ini
dianggap telah memberikan sumbangan secara tidak langsung terhadap pemilikan
aset dan harta tersebut.
BILA
DAN SIAPA YANG BERHAK MENUNTUT HARTA SEPENCARIAN
Tuntutan
harta sepencarian boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah oleh suami atau
isteri atau ahli waris –
(a)
semasa tuntutan poligami;
(b)
selepas perceraian; atau
(c)
selepas kematian pihak suami atau isteri .
AKTA
UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN HARTA SEPENCARIAN
Akta
yang diguna pakai dalam menentukan harta sepencarian seseorang ialah :-
1)
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
2) ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGAA ISLAM (NEGERI
SELANGOR) 2003 DAN KAEDAH-KAEDAH
KUASA
MAKHAMAH DALAM PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN
Makhamah
adalah mempunyai kuasa , apabila talak dilafazkan atau apabila suatu perintah
penceraian dibuat ,apa-apa harta yang diperoleh oleh suami isteri dalam masa
perkahwinan dengan usaha bersama dibahagiakan antara mereka atau dijual dan
hasil jualan itu dibahagi antara mereka.
Kadar
pembahagian harta sepencarian adalah berdasarkan takat sumbangan yang diberikan
oleh satu-satu pihak itu dan ia juga akan ditentukan oleh mahkamah berdasarkan faktor
yang berikut:-
(a)
takat sumbangan yang dibuat oleh tiap-tiap pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja
dalam
memperoleh aset tersebut;
(b)
apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi
manfaat
kebaikan
mereka bersama (usaha bersama sahaja);
(c)
keperluan anak-anak yang belum dewasa dalam perkahwinan itu, jika ada;
dan
tertakluk kepada factor tersebut ,makahamah hendaklah membuat pembahagian yang
sama banyak.
Menurut
seksyen 58 / seksyen 122 rujukan mengenai asset yang diperoleh dalam masa
perkahwinan termasuklah asset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan
itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu
oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama mereka.
Manakala
dalam fatwa Negeri Selangor (Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali
Ke-2/2005 bertarikh 24 Mac 2005) mengenai Harta Sepencarian Selepas Kematian
Salah Satu Pihak Dalam Perkahwinan Di Negeri Selangor telah membuat keputusan
seperti berikut:
- Harta
sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan di Negeri
Selangor boleh dibahagikan kepada suami atau isteri sebelum difaraidkan
termasuk setelah dilepaskan tanggungan si mati.
- Pembahagian
harta sepencarian tersebut hendaklah diberikan mengikut takat sumbangan
sama ada secara langsung atau tidak langsung dari kedua-dua belah pihak .
- Persetujuan
pembahagian hendaklah dibuat melalui perintah mahkamah.
HIKMAH
HARTA SEPENCARIAN
Antara
hikmah wujudnya harta sepencarian adalah seperti berikut :-
· 1) Menggalakkan
suami isteri berusaha bersama-sama dalam memikul tanggungjawab rumah tangga dan
tidak hanya meletakkan beban tugas kepada satu pihak sahaja.
· 2) Menggalakkan
budaya ta'awun , takaful, tadhiyah antara suami isteri serta dapat meningkatkan
pendapatan isi rumah.
·
Memberikan
keadilan kepada suami isteri agar dapat memiliki bahagian harta yang diperoleh
hasil titik peluh mereka mengurudkan rumah tangga sekiranya berlaku
penceraian,poligami mahupun kematian.
· 3) Membantu
suami isteri membina kehidupan baru selepas berlakunya penceraiana dengan
berbekalkan harta sepencarian yang mereka miliki.
· 4) Memberikan
hak bahagian yang sepatutnya kepada suami isteri atas usahasama yang dilakukan
oleh kedua-dua belah pihak.
KESIMPULAN
Pengisytiharaan
harta sepencarian tidak berlawanan dengan syarak.Maka Islam menerima harta
sepencarian sebagai sebahagian daripada undang-undang Islam setempat khususnya
di Malaysia.
Keperluan
pengisytiharaan harta sepencarian perlu
dibuat oleh pasangan (suami dan isteri) dengan cara menulis Surat
Pengisytiharaan Harta Sepencarian . Kerana dengan adanya surat ini,ia akan
memudahkan proses pengurusan harta pusaka kelak.Serta bahagian yang sepatutnya
diperoleh oleh suami isteri dapat diberikan secara betul dan telus .
RUJUKAN
i. 1-Buku " Urus Harta
Sebelum Mati " – Md Ghazali Ibrahim
ii. 2 -Buku " Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 & Kaedah-kaedah "
–--Lembaga Penyelidikan Undang-undang