Dewasa ini, kita sering dihidang dengan masalah-masalah berkaitan “ couple” , lewat berkahwin, pergaduhan antara suami isteri, anak luar nikah, zina , cerai dan lain-lain .Baik didada akhbar mahupun di kaca televisyen masing membincangkan isu ini.Jika dilihat nisbah anak luar nikah setiap hari makin meningkat,begitu juga masalah perempuan yang lambat kahwin,mah
upun kadar cerai di
seluruh Negara semakin hari semakin bertambah.Apakah punca berlakunya
masalah-masalah ini?? Tepuk dada Tanya iman.Sebagai orang yang memahami
masalah ini boleh diselesaikan dengan cara kembali kepada syariat
islam.ALLAH s.w.t sudah menetapkan kayu ukur serta peraturan untuk
kemaslahatan hamba-hambaNYA.Oleh itu,wajarlah bagi kita sebagai individu
muslim untuk kembali ke jalan yang diredhai ILLAHI , moga hidup
sentiasa dalam rahmat dan inayahNYA ,di samping mengecapi kebahagian
duniawi & ukhrawi .
Jom sahabat-sahabat kita sama-sama dalami apa erti perkahwinan menurut kaca mata islam.Perkahwinan merupakan satu ibadah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t. Mukmin yang ikhlas dalam membina mahligai abadi mampu memelihara diri dari melakukan maksiat , di samping mengejar mardhatillah serta mengikut sunnah Rasulallah s.a.w .Baginda bersabda : Wahai sekalian pemuda.! Siapa di antara kalian yang sudah sanggup berkeluarga maka hendaklah ia menikah, kerana hal itu lebih menjaga pandangan, dan memelihara syahwat, dan siapa yang belum sanggup/menikah, maka hendaklah ia berpuasa kerana itu meredakan syahwat. HR. Bukhori, no. 5066. Sabda Baginda SAW bermaksud:” Nikah itu sunahku, siapa tidak suka sunahku, maka bukan ia daripada golonganku”.(Hadis riwayat Bukhari)Sabda Nabi SAW:” Kahwinlah kamu supaya kamu berkembang biak “ .
Perkahwinan juga diertikan sebagai nikah .Nikah dari segi bahasa ialah himpun atau kumpul .Manakala dari segi istilah syara’ bermaksud akad yang menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan dengan lafaz nikah dan seumpanya,serta membentuk keluarga yang sakinah mawaddah dan rahmat .ALLAH berfirman di dalam kitabnya yang mulia : “….maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan..” an-nisa’ ayat 3 .
Hukum nikah pula terbahagi kepada 5 rukun antaranya wajib.sunat,haram, makruh dan mubah.Bila nikah ataupun kahwin diwajibkan ke atas seseorang individu muslim ?? Jawapannya ialah bilamana seseorang itu mampu untuk berkahwin baik dari segi zohir atau batin tetapi takut terjerumus ke lembah zina , manakala sunat seseorang itu melangsungkan perkahwinan bilamana mampu dari segi zohir dan batin tetapi tidak takut terjerumus ke lembah zina.Haram untuk seseorang itu menikah sekiranya tidak mampu baik dari segi zohir atau batin dan sekiranya berkahwin akan memudaratkan perempuan yang dinikahinya .Sesebuah perkahwinan itu menjadi makruh bilamana tidak mampu dari segi zohir mahupun batin tetapi jika berkahwin tidak memudaratkan perempuan yang dikahwininya .Manakala sesebuah perkahwinan itu mubah sekiranya tidak ada keinginan untuk berkahwin walaupun mampu ataupun tidak mampu.
Di dalam Islam Juga mengharuskan poligami iaitu seorang lelaki berhak untuk menikahi lebih dari seorang perempuan .Berdalilkan firman ALLAH s.w.t : “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Tidaklah di sini bermaksud kaum lelaki sewenangnya berpoligami ,ini kerana ALLAH berfirman di dalam ayat yang sama :”… Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja…”Ini adalah kerana ingin menjaga kemaslahatan perempuan yang dikahwininya bukan lah syariat islam untuk menzalimi kaum wanita tetapi di situ terselit hikmahnya.
Betapa cantiknya aturan ILLAHI dalam mendirikan sebuah mahligai abadi , ALLAH telah menitipkan beberapa panduan dalam memilih calon isteri ataupun bakal suami,Rasulallah sa.w bersabda : “Wanita biasanya dinikahi karena empat hal: karena hartanya, karena kedudukannya, karena parasnya dan karena agamanya. Maka hendaklah kamu pilih wanita yang bagus agamanya (keislamannya). Kalau tidak demikian, niscaya kamu akan rugi.” (HR. Bukhari-Muslim),antara lainnya ialah anak dara,penyanyang,rendah maharnya , mempunyai akhlaq yang baik.Untuk bakal suami Rasulullah s.a.w juga bersabda:“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.” (HR. Tirmidzi).
Berkaitan dengan mahar , ana melihat perkara ini menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat hari ini,sehinggakan ada yang terpaksa menangguhkan keinginan untuk berkahwin disebabkan mahar yang tinggi . Ini merupakan isu yang sangat tidak patut berlaku dalam masyarakat hari ini.Jika kembali kepada al-quran dan as-sunnah bagi saya perkara ini boleh diselesaikan dengan cara tolak ansur kedua-dua belah pihak baik lelaki mahupun perempuan.ALLAH berfirman : “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.” An nisa’ ayat 4 Rasulallah s.a.w bersabda kepada seseorang yang ingin berkahwin :“ Carilah walaupun hanya cincin besi “ .(Riwayat Bukhari )
Selain itu, indahnya bahtera yang bakal dibina dengan cara yang diredhai ILLAHI,merisik ,bertanya khabar,berkhitbah atau pun bertunang sebelum menjadi halal antara kedua-duanya.Bertunang merupakan satu proses untuk ta’aruf atau berkenalan antara bakal pasangan sebelum ke jinjang pelamin.Terdapat beberapa syarat dalam tempoh bertunang selagi mana tidak melanggar syariat yang ditetapkan.Bertunang bukalah tiket untuk keluar berdua-duaan ke sana ke mari,boleh dikatakan ikatan tersimpul tetapi tidak ketat ,bila-bila masa boleh terputus.Maka gunakanlah tempoh pertunangan sebaiknya agar mampu menjaga diri dari fitnah duniawi.
Sebelum akhirnya sukalah untuk ana berkongsi satu analogi “CINTA JARI MANIS “disaat mahligai bakal dibina.Sebuah perkahwinan yang dibina, bukanlah hanya melibatkan antara pasangan tetapi melibatkan kedua-dua belah pihak keluarga.Apakah yang dimaksudkan dengan cinta jari manis?? Cuba sahabat-sahabat rapatkan kelima-lima jari sehingga masing-masing bertemu dengan jari yang sama,kemudian cuba lipatkan kedua-dua jari tengah , kemudian renggangkan kedua ibu jari,sahabat-sahabat akan dapati bahawa kedua-dua ibu jari dapat direnggangkan,tahukah sahabat-sahabat kenapa kedua-dua ibu jari dapat direnggangkan?? Ini kerana kedua-dua ibu jari mewakili kedua orang tua kita , bila sampai waktunya mereka akan pergi meninggalkan kita, baiklah sekarang cuba renggangkan kedua-dua jari telunjuk,jari telunjuk mewakili adik beradik kita,mereka akan membina keluarga masing-masing,dan juga suatu hari nanti mereka juga akan meninggalkan kita,sekarang cuba sahabat-sahabat renggagkan kedua-dua jari kelingking , jari kelingking mewakili anak-anak kita nanti ,mereka akan membesar,akan membawa haluan hidup masing-masing,dan juga suatu hari nanti pasti akan meninggalkan kita ,akhirnya cuba renggangkan jari manis,dapatkah sahabat-sahabat renggangkannya ?? tidak dapat bukan!! Sebab itulah cincin tunang mahupun cincin kahwin disarungkan di jari manis ,ini kerana cinta suci ,abadi lahir dari petunjuk serta redha ILLAHI.
Moga setiap perkongsian ini bermanfaat buat sahabat-sahabat,apa yang baik jadikanlah tauladan , apa yang buruk itu jadikan sempadan.Ana memohon bebanyak kemaafan andai ada sebarang kekhilafan atau pun kesilapan,ini kerna ana juga manusia biasa tidak lepas dari melakukan kesilapan,jangan terlalu menyempitkan ruang untuk berdakwah,gunalah sebarang medium untuk meneruskan perjuangan menyebarkan risalah islam.Kita adalah khalifah di muka bumi ini ,maka wajiblah untuk kita mengikut setiap apa yang ditetapkan oleh syariat islam ,jangan sesekali lupa bahawa ALLAH itu dekat , jadikan lah AL-QURAN & AS-SUNNAH sebagai peneman sepanjang menyusuri jalan dakwah ini.
:: ISLAM ITU INDAH ::
Rujukan :

(1) Kitab Tazhib . Syarah matan zubad , Ibn Ruslan dalam Feqh Syafi’e “Kitab Nikah “ .
(2) Kitab Sohih Bukhari .
(3) Lain-lain sumber bacaan
(2) Kitab Sohih Bukhari .
(3) Lain-lain sumber bacaan
No comments:
Post a Comment