Selamat Datang

Monday, February 25, 2013

Jalan Menuju Taqwa 2


Selamat bertemu kembali sahabat2,haa bagaimana bekalan taqwa anda?mudah-mudahan semakin bertambah dan sama2lah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Robbul izzati agar hidup kita sentiasa disinar dengn nur-NYA serta rahmat yg ESA .Jangan lupa sahabat untuk kita bersyukur diatas nikmat2 kurniaan ILAHI masih lagi kita kecapi terutamanya nikmat IMAN & ISLAM.2 nikmt yang terbesar yg dianugerahkan kepada kita..


Berikut merupakan sambungan daripada risalah yang lepas tentang jalan-jalan untuk melahirkan takwa dalam diri.erm sebelum itu ana ingin igatkan balik sahabat2 apa itu taqwa??

Taqwa merupakan sumber segala kebaikan dalam masyarakat, sebagai satu-satunya cara untuk mencegah kerosakan, kejahatan dan perbuatan dosa. Bahkan, takwa merupakan tiang utama dalam pembinaan jiwa dan akhlak seseorang dalam rangka menghadapi fenomena kehidupan. Agar ia dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dan agar ia bersabar atas segala ujian dan cubaan. Itulah hakikat takwa dan itulah pengaruhnya yang sangat memberi kesan dalam pembentukan peribadi seorang insan.


Jalan Mencapai Sifat Takwa

Keempat: Mu’aqobah (Menghukum)

Asas bagi mu’aqobah adalah firman Allah Azza Wa Jalla;
“Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” [Al-Baqarah: 178]
Hukuman yang dimaksudkan sebagaimana yang diisyaratkan oleh ayat tersebut adalah; Apabila seorang Mukmin melakukan kesalahan, maka tidak wajar baginya membiarkannya. Sebab membiarkan sesuatu kesalahan berlalu tanpa melakukan apa-apa akan mempermudah terlanggarnya kesalahan-kesalahan yang lain dan akan menjadikan sukar untuk ditinggalkan. Sepatutnya dia memberikan hukuman kepada dirinya dengan hukuman yang mubah (harus) sebagaimana memberikan hukuman atas isteri dan anak-anaknya. Ini adalah agar ia menjadi peringatan bagi dirinya agar tidak menyalahi ikrar, disamping merupakan dorongan untuk lebih bertakwa dan bimbingan menuju hidup yang lebih mulia.

Hukuman ini harus dengan sesuatu yang mubah, tidak boleh dengan sesuatu yang haram, seperti membakar salah satu anggota tubuh, mandi di tempat terbuka pada musim dingin, meninggalkan makan dan minum sampai membahayakan diri dan sebagainya. Hukuman-hukuman ini dan yang sepertinya adalah haram hukumnya sebab termasuk dalam larangan yang tercantum dalam Al-Quran;
“..dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” [Al-Baqarah: 195]
“..dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” [An-Nisa: 29]
Generasi salaf yang soleh telah memberikan teladan kepada kita tentang ketakwaan, muhasabah, menjatuhkan hukuman pada diri sendiri jika bersalah dan bertekad untuk lebih taat jika mendapati dirinya lalai atas kewajipan. Berikut ini diutarakan beberapa contoh;

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Umar bin Khattab r.a. pergi ke kebunnya. Ketika pulang didapatinya orang-orang sudah selesai melaksanakan solah Asar. Maka beliau berkata: “Aku pergi hanya untuk sebuah kebun, aku pulang orang-orang sudah solah Asar! Kini kebunku aku jadikan sedekah untuk orang-orang miskin.”

Menanggapi masalah ini, al-Laits berkata; “Padahal beliau hanya ketinggalan solah berjemaah!”

Satu ketika, Umar r.a. pernah disibukkan oleh suatu urusan sehingga waktu Maghrib lewat sampai muncul dua bintang. Maka setelah melaksanakan solah Maghrib, beliau memerdekakan dua orang hamba.

Ada baiknya bila setiap Mukmin mengikuti jejak generasi salaf dalam muhasabah diri dan menjatuhkan hukuman apabila dia menemui kelalaian dalam memikul tanggunggjawab atau meninggalkan kewajiban terhadap Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan sesama manusia. Misalnya dengan menginfakkan sejumlah wang tatkala meninggalkan solah berjemaah, ataupun dengan mengerjakan beberapa rakaat solah sunat.

Jika seorang Mukmin sudah biasa menjatuhkan hukuman kepada dirinya ketika melakukan kesalahan, maka dia telah melangkah menuju takwa, dan telah menapaki jalan ketinggian rohani, dan dengan pasti dia akan sampai ke darjat orang-orang yang bertakwa.

Kelima: Mujahadah (Melawan Dorongan Nafsu)[i]

Dasar mujahadah adalah firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala di dalam Al-Quran:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” [Al-Ankabut: 69]
Makna mujahadah sebagaimana disyariatkan oleh ayat tersebut adalah: Apabila seorang Mukmin terseret dalam kemalasan, santai, cinta dunia dan tidak lagi melaksanakan amal-amal sunnah serta ketaatan yang lainnya tepat pada waktunya, maka ia harus memaksa dirinya melakukan amal-amal sunat lebih banyak daripada sebelumnya. Dalam hal ini, harus tegas, serius dan penuh semangat sehingga pada akhirnya ketaatan merupakan kebiasaan yang mulia bagi dirinya dan menjadi sikap yang melekat pada dirinya.

Dalam hal ini, cukuplah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjadi qudwah (contoh ikutan) yang patut diteladani sebagaimana diriwayatkan oleh Aisyah r.a.:
“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solah malam hingga kedua tumitnya bengkak. Ketika Aisyah r.a. bertanya: “Mengapa engkau lakukan hal itu? Bukankah Allah sudah mengampuni dosamu yang sudah lalu dan yang akan datang? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab: “Bukankah seharusnya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Dalam riwayat Bukhari dan Muslim, Aisyah r.a. berkata;
“Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malam (dengan ibadah), membangunkan keluarganya, bersungguh-sungguh dan mengetatkan ikat pinggangnya.”
Dalam beberapa hadis, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyuruh dan menyokong perlaksanaan mujahadah dalam amal ibadah. Oleh itu, hendaklah kita semua menjadi orang pertama yang bergegas menyambut dan melaksanakan perintah tersebut.

Imam Bukhari meriwayatkan;
“Dari Abu Hurairah bahawa beliau berkata; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Sesungguhnya Allah berfirman; “Tidaklah seorang hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai selain daripada amalan-amalan wajib dan seorang hamba-Ku senantiasa mendekat kepada-Ku dengan melakukan amalan-amalan sunat, sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, maka Aku-lah yang menjadi pendengarannya, dan sebagai tangan yang digunakannya untuk memegang dan kaki yang dia pakai untuk berjalan, dan apabila ia memohon kepada-Ku pasti Aku kabulkan, dan jika meminta perlindungan kepada-Ku, pasti Aku lindungi.”
Jika anda – wahai saudaraku – sudah berusaha melakukan mujahadah, mencontohi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengikuti jejak generasi para salaf, maka saya yakin anda telah melangkah menuju takwa, menapaki perjalanan rohani dan akan sampai ke darjat para muttaqin.

Kesimpulannya – wahai saudaraku – itulah beberapa cara untuk menumbuh suburkan takwa dalam hati dan ruh setiap Mukmin serta menyatukannya dengan perasaannya.

Dengan mu’ahadah anda dapat beristiqamah di atas syariat Allah dan dengan muraqabah, anda dapat merasakan keagungan Allah baik di kala bersendirian maupun di khalayak ramai.

Dengan muhasabah anda dapat bebas daripada tarikan hawa nafsu yang selalu memberontak, dan dapat memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak sesama manusia. Dengan mua’qabah anda dapat menyelamatkan diri anda daripada penyimpangan.

Dengan mujahadah anda dapat memperbaiki aktiviti anda dan sekaligus menundukkan sifat malas dan lalai. Dengan cara tersebut, takwa akan menjadi sebati dan mendarah daging (malakah) dengan diri anda dan akan menjadi akhlak anda yang sebenarnya.

Bahkan anda akan sampai ke puncak kemuliaan dan keutamaan, anda akan sampai ke darjat yang paling tinggi. Anda akan mampu memberi suri teladan kepada orang lain dalam ucapan, perbuatan dan kemantapan rohani.


Rujukan: Tarbiah Ruhiah: Petunjuk Praktis Mencapai Darjat Takwa, Dr Abdullah Nasih Ulwan



[i] Imam Ibnu Qayyim ketika memperkatakan tentang tahap-tahap jihad, memulakannya dengan jihad melawan nafsu untuk mempelajari kebenaran, kemudian jihad beramal dengan kebenaran , kemudian jihad untuk bersabar di atas bebanan amal tersebut.

p/s:sebar2kanlah untuk kemaslahatan bersama moga risalah ini dapat jadikan pedoman serta wasilah untuk kita mendekatkan diri  kepada YANG MAHA ESA PENCIPTA SEKALIAN ALAM...tajdid niat :-)

Wednesday, February 20, 2013

ISTIKHARAH CINTA


“ Kau nak pergi mana tu Fira,”jerit Myra . “Aku nak ke kedai depan tu , kenapa Myra mahu ikut ?” Tanya Fira .” Belikan aku roti coklat satu dan air kotak manggo” pinta Myra “ Baiklah nanti aku belikan” balas Fira . Itulah Amyra  Adriana binti Jamal , seorang sahabat yang lincah dan periang,sahabat baik ku dari sekolah rendah hingga ke menara gading,roti coklat dan air kotak manggo memang makanan kesukaannya,pantang keluar sikit ,itulah akan dipesannya..Myra..Myra ..Fira bermonolog sendirian. Fira mengatur langkah  menuju destinasi,dalam kepalanya memikirkan sesuatu,dia seolah-olah bercakap sendirian.”Ya aku memang kena lupakan dia,dia bukannya siapa-siapa pun,buat apa aku fikirkan orang yang tiada pertalian hubungan denganku,lebik baik aku fokus kepada pelajaranku” desis Fira dalam hati.Fikirannya berkecamuk,semua benda yang dilakukan semakin tidak tersusun,bercelaru,kadang-kadang  hampir hilang fokus .”Adakah ini ujian buat aku,Ya ALLAH sungguh berat ujian ini,permainan hati bagaikan “puzzle” yang sukar untuk diselesaikan,Ya ALLAH bantulah aku”Fira merayu ..

 “Kedai Buku Kristal” tempat yang selalu dikunjungi Fira untuk mencari bahan rujukan , harga berpatutan . Seusai mencari buku pilihanya ,Fira terpandang satu buku yang menarik perhatiannya,bagaikan ada satu aura  yang memaksa dia untuk ke tempat itu , “CINTA HIGH CLASS” karangan Dr Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha . Tajuk yang menarik ,Hafira membelek-belek helaian buku tersebut, matanya terarah kepada  helaian berwarna hitam ,tertulis di situ “CINTAKU KERANA AGAMAMU “ … aku terus membelek .Tanpa sedar ..” Oii cik adik kat sini bukannya perpustakaan “ kata pekerja di kedai itu dengan nada sinis ,Aku tersipu malu ,dengan mulut yang tergagap-gagap “ errr kkk ye encik saya tahu” balas Fira . Fira terus mencapai buku tersebut dan segera ke kaunter pembayaran,tidak sanggup tunggu lama-lama di situ , semua mata terarah kepadanya,muka dah seakan-akan pakai blusher . “ Semua RM150” cashier memberitahunya “Owhh yaa , ni duitnya encik,terima kasih”ujar Fira dan segera dia berlalu dari kedai itu.”Sama-sama,jangan lupa datang lagi” cashier tadi bermanis mulut . “Alamak terlupa membeli kiriman Myra,nasib baik kat depan selekoh ada kedai runcit Pak Man  “ ujar  Fira.

Ting Tong Ting Tong ….

“Siapa tu ? “ Tanya Myra .. “ Aku la Hafira “ jawab Fira ..” Mana roti dan air kotak yang aku kirim tadi” Myra bertanya seakan-akan tidak sabar .”Kalau ye pun bagi la aku duduk dulu,penat pun tak hilang lagi ni” ujar Hafira “ Iya mbak Fira,silakan duduk ” Myra bergurau.Myra suka menyakat Fira dengan dialek Indonesianya,maklumla ibu nya berasal dari Indonesia,ayahnya pula dari Malaysia sudah jodoh ibu bapanya ditemukan dan pada masa yang sama mengikat hubungan dua negara. “ Nah,ini roti dan airnya “ Fira menghulurkannya kepada Myra . “Senang bangat,trima kasih ya Fira,kamu baik bangat” ujar Myra “ Eh buku apa tu” tambah Myra .Matanya terarah kepada buku yang menarik designya “Cinta high class ,,wahh Fira sekarang , ada apa-apa ke ni ,atau ada yang aku tak tahu “ Myra berseloroh ..”Eh mana ada apa-apa ,tadi aku tengok buku tu ,isinya agak menarik ,tu yang aku beli” cepat-cepat Fira menyekat ,takut nanti Myra fikir yang bukan-bukan,di samping menutup rasa sangsi Myra terhadap diri dan perasaannya .

Suatu petang….

Fira mencapai buku yang dibeli dari kedai semalan dan membuka helaian  demi helaian sampai di halaman 22 ,bacaan Fira terhenti 

“ Bagaimana ingin bahagia ?” soal penceramah 

“ Ketenangan jiwa menjadikan hidup kita bahagia.Ia bagai hembusan dari langit yang diturunkan ke dalam hati orang yang beriman agar jiwa mereka teguh,”kata penceramah.

“Oitt Fira ,apa yang kau menungkan tu,kau baca buku ke atau buku yang baca kau? ” tegur Myra .. Fira terkejut lamunan nya terhenti. “ Mana ada termenung,ni haa aku tengah baca buku ni , sampai perenggan ni tiba-tiba aku terfikir satu perkara..hurmm” kata Fira . “Apa yang kau fikirkan” Tanya Myra seakan-akan mahu mengetahuinya.

“Selama ini hidup aku bahagiakah,atau aku sendiri yang pura-pura bahagia,sedangkan dalam hati  bersarang duka”keluh Fira . “Kenapa Fira cakap camtu,Fira ada masalah,kongsilah dengan Myra mana tahu Myra boleh bantu,walaupun Myra bukanlah seperti ustazah Siti Bahyah mahupun seperti Dr Fadhilah Kamsah yang petah berbicara soal mengatasi masalah hidup,(Myra bergurau seketika bagi menghilamgkan gusar dihati Fira ) tapi inshallah kalau Myra boleh tolong ,Myra tolong”Myra mengajukan pandangan.Kesian melihat sahabatnya yang meruntun jiwa kesedihan.

“Entah lah Myra ,aku sendiri kurang pasti dengan masalah aku ,tidak tahu untuk ku ceritakan bagaimana,mungkin hanya aku bermain dengan “perasaan palsu” hinggakan aku sendiri leka dan alpa” Fira meluahkan isi hatinya.Tiba-tiba mutiara jernih membasahi pipi ,terasa hangat seketika . “Myra sudahlah tu,itu hanya perasaan kau saja,mungkin ada hikmahnya,aku tahu kau sukakan “dia”,  anak Pakcik Mat tu kan yang duduk simpang jalan 3 , yang sedang belajar luar negara sekarang ni  ?? Tapi kau malu untuk luahkan ,takut bertepuk sebelah tangan betul tak ?? pantas Myra berbicara.

“Itulah yang aku ingin bagitau “perasaan palsu” ..aku letih dan aku sendiri sangsi dengan perasaan ini,aku terlalu egois dengan pilihan yang aku buat,terburu-buru tanpa menilai dari pelbagai aspek,dan pilihan  aku bukanlah  pilihan yang tepat ,segala-galanya datang dari perancangan ALLAH,dan aku tahu ALLAH adalah sebaik-baik perancang,tapi…” Fira menghentikan kata-katanya. “Tapi apa ?? “ Tanya Myra .

“Tapi aku dah buat keputusan untuk terus lupakan dia dan untuk elakkan apa-apa yang berkaitan dengan dia,aku penat la Myra,daripada hati sakit baik aku tumpukan perhatianku pada SANG PENCIPTA dan BAGINDA S.A.W,aku rasa itu pilihan yang tepat untuk aku ,jiwa aku kosong lebih baik aku isinya dengan makanan-makanan ruhani “Fira berbicara dengan yakin .
“Kau dan buat solat istikharah “ Tanya Myra . “Alhamdulilah sudah ,hanya itu jalan yang terbaik untuk aku ‘sampaikan hajatku pada sang pemilik jiwa’ ,moga segala usahaku diberkati ,dan aku redha dengan segala kemungkinan yang datang”jelas Fira.

Istikharah  merupakan cara bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat sesuatu pilihan keputusan dalam segala urusan kehidupan , maka umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat istikharah .Ia boleh dikerjakan dua rakaat sehingga dua belas rakaat (enam salam ). Waktunya siang atau malam.Inshaallah Tuhan akan menggerakkan hati anda untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul .

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.aw yang menggalakkan solat istikharah .Diantaranya ialah :
Sabda Rasulullah s.aw : Mafhumnya “ Di antara kebahagiaan anak Adam ialah solat istikharah (minta pilih ) daripada ALLAH Taala dalam segala urusannya : dan diantara kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat istikharah daripada ALLAH pada segala urusan .
Lafaz niat solat istikharah :
(أصلى سُنة الاستخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ لله تعالى )
“ Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana ALLAH taala “

“Fira kau kena banyak bersabar ,jangan diikutkan sangat perasaan tu,inshaallah jika itu jodoh kau ,aku yakin kaulah orang paling berbahagia bak sang puteri di kayangan mahligai abadi” Myra berbicara ala-ala sasterawan A.Samad Said untuk menghiburkan hati ku.

“Banyak la mahligai nya.. aku dah okay dah sekarang ni,moga pilihan ini yang terbaik ‘lupakan dia bukan bermakna putus kawan’ tapi aku ingin dekatkan diriku kepada ALLAH ..moga jalan yang aku pilih ini jalan yang terbaik,patah hati tak bermakna aku tak boleh bangkit,aku kena kuat sebab banyak lagi perkara yang aku belum siapkan,mana nak fikir masalah diri sendiri,pelajaran,keluarga,masyarakat ,ummah negara,lebih baik aku sibukkan kan diri dari ber’perasaan’ yang bukan-bukan,betul tak Myra” Tanya Fira seolah-olah meminta pendapat.
“Jika itu yang kau rasakan lebih baik, aku hanya menyokong dari belakang,aku doakan kau dimudahkan dalam setiap urusan yang kau kerjakan,amen” Myra melontarkan pandangannya “ Kher inshallah ..ameen “ balas Fira.

“Bagi aku la kan , Fira nak bercinta tak salah tapi biarlah cinta itu berjalan atas jalan syara’ yang telah digariskan dalam ISLAM,dan aku rasa perasaan cinta itu wajar ada dalam setiap individu dan rasa cinta itu kan fitrah,dan tak salah kot jika kita sukakan seseorang,namun perlu berhati-hati jangan kerana CINTA , AGAMA terfitnah “ Myra berbicara kali ini nadanya lebih serius .

“Wah bila ustazah Amyra Adryana berbicara “ ujar Fira .Amyra hanya tersenyum .

Sedikit perkongsian dalam buku “Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu
Al-Imam Hassan Al-Banna ,seorang da’ie islam apabila ditanya tentang hukum ‘bercinta’,beliau memberikan jawapan yang bijaksana .Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini.Kata beliau , “ Bercinta secara halal itu halal,Bercinta secara haram itu haram “.

Sudah tentu ,bercinta secara syubhah itu syubhah,Syubhah ialah perkara yang meragukan antara halal dan haram .

ISLAM agama yang memahami Fitrah,Islam menolak system yang cuba menghapuskan terus fitrah cinta.Islam juga mengutuk fitrah cinta yang disalur dengan menghampiri zina.Inilah yang sering di ajar oleh media arus perdana.Islam lebih – lebih lagi mengutuk fitrah cinta yang diumbar dengan nafsu syahwat sepertimana yang berlaku di Barat.Akibatnya kecelaruan nasab begitu parah di sana.

Islam menawarkan solusi iaitu dengan pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.Bercinta selepasa nikah memang seronok.Usung kehulu ke hilir pun,tiada siapa nak marah.

Pernahkah kita merujuk apa kata ulama’ muktabar tentang “bercinta” sebelum nikah?
Prof.Dr Yusof Al-Qaradhawi yang terkenal dengan dakwah menyeru kepada pandangan moderat menerangkan manhajnya,”Menjadi kewajipan ke atas kita agar beriltizam dengan petunjuk yang dibawa oleh Muhammad s.a.w ,para khulafa’ ar-rashidun serta para sahabat baginda yang memperolehi hidayah,yang telah diarahkan oleh Baginda S.a.w agar mengikuti sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh ,jauh dari cara Barat yang terlalu bebas dan cara Timur yang terlalu ketat”.

“Fira betul ni kau dah okay ,aku tengok muka kau dah macam … Myra menghentikan bicara ….  ,jom jom siap , hari ini aku belanja kau makan supaya kalau bisa gembira dan lebih bersemangat untuk berkerja selepas ini”ajak Myra.”Inshallah aku okay ..betul ni kau nak belanja, jimat duit poket aku hari ni”Hafira bergurau ..sama-sama ketawa ..”Dah jom” Myra mencapai beg tangan nya .”Jom” balas Fira. Mereka meninggalkan rumah mennuju ke restoren untuk menikmati makan malam hari itu …. 

“ Kadang-kadang suka kan seseorang membuatkan hati kita bahagia walau dalam diam,namun sekiranya tidak meletakkan ALLAH dan RASULNYA ditempat yang tertinggi rasa cinta itu bisa pudar,Raihlah cinta ALLAH dan RASULNYA terlebih dahulu ,inshaallah cinta manusia bakal menyusul ..ingat No COUPLE untill Nikah ..dan tidak ada istilah “COUPLE ISLAMIC , dan “pandulah CINTA atas jalan yang betul , jangan biar AGAMA terFITNAH  dek Cinta yang disalah pandu,moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat MARDHATILLAH . Sama-samalah kita  muhasabah sejauh manakah CINTA kita pada ALLAH S.W.T  DAN BAGINDA S.A.W .. “ Fira bermonolog sendirian.Fira tersenyum, “Moga ini yang terbaik,Ya ALLAH pandulah aku menuju SyurgaMU” desisnya dalam hati.

Cerpen rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia,moga ada ibrah disebalik tabir  perjalanan cerpen ini .Moga bermanfaat untuk semua ..


Sunday, February 17, 2013

JALAN MENUJU TAQWA (1)

Sudahkah anda mempersiapkan bekalan?
Jalan Menuju Taqwa


Taqwa merupakan sumber segala kebaikan dalam masyarakat, sebagai satu-satunya cara untuk mencegah kerosakan, kejahatan dan perbuatan dosa. Bahkan, takwa merupakan tiang utama dalam pembinaan jiwa dan akhlak seseorang dalam rangka menghadapi fenomena kehidupan. Agar ia dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dan agar ia bersabar atas segala ujian dan cubaan. Itulah hakikat takwa dan itulah pengaruhnya  yang sangat memberi kesan dalam pembentukan peribadi seorang insan.


Jalan Mencapai Sifat Taqwa

Di sini cukuplah kita mengutarakan faktor-faktor terpenting yang dapat menyuburkan takwa, mengukuhkannya di dalam hati dan jiwa seseorang Mukmin, dan menyatukannya dengan perasaan, semoga kita dapat mengikuti jejak menuju takwa.

Pertama: Mu’ahadah (Mengingat Perjanjian)

Kalimah ini diambil daripada firman Allah Yang Maha Tinggi;
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji…” [An-Nahl: 91]

Cara Mu’ahadah

Hendaklah seorang Mukmin berkhalwat/ber'uzlah (menyendiri) antara dia dan Allah Subha Nahu wa Taala   untuk mengintrospeksi diri seraya berkata kepada dirinya; “Wahai jiwaku, sesungguhnya kamu telah berjanji kepada Rabbmu setiap hari disaat kamu berdiri di dalam solat membaca;
“Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami mohon bantuan.”
Wahai jiwaku, bukankah dalam munajat ini engkau telah berikrar tidak akan menghambakan diri kepada selain Dia. Tidakkah engkau telah berikrar untuk tetap komited kepada siratal mustaqim (jalan yang lurus). Tidakkah engkau telah berikrar untuk berpaling daripada jalan orang-orang yang sesat dan dimurkai Allah?

Kalau memang demikian, hati-hatilah wahai jiwaku. Janganlah engkau langgar janjimu setelah engkau jadikan Dia sebagai pengawasmu. Janganlah engkau mundur daripada jalan yang telah ditetapkan oleh Islam setelah engkau jadikan Allah Subha Nahu wa Taala   sebagai saksimu. Hati-hatilah jangan sampai engkau mengikuti jalan orang-orang yang sesat dan menyesatkan setelah engkau jadikan Dia sebagai penunjuk jalan.

Hati-hati wahai jiwaku, jangan engkau engkar setelah beriman, jangan tersesat setelah engkau mendapatkan petunjuk, janganlah engkau menjadi fasik setelah beriltizam (komited). Barang siapa melanggarinya, maka akibatnya akan menimpa dirinya, barangsiapa tersesat maka kesesatannya itu akan menimpanya.
“Seseorang tidak akan memikul dosa orang lain. Dan Kami (Allah) tidak akan menurunkan azab kecuali setelah mengutus seorang utusan (Rasul).”
Wahai saudaraku, bila anda mengharuskan diri untuk berpegang dan iltizam (komited) terhadap janji yang diikrarkan tidak kurang 17 kali dalam sehari itu, maka anda telah meniti tangga menuju takwa, anda sudah menyusuri jalan rohani, dan pada akhirnya anda akan sampai ke tempat tujuan, yakni ke darjat para muttaqin (orang yang bertakwa).
Kedua: Muraqabah (Merasakan Kehadiran Allah Subha Nahu wa Taala  )

Dasar muraqabah dapat anda temukan dalam surah Asy-Syura, iaitu firman Allah Subha Nahu wa Taala;
“Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk solat) dan melihat pula perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud.” [Asy-Syura: 218-219]
Dalam sebuah hadis, ketika nabi SAW ditanya tentang ihsan, baginda menjawab;
“Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihat kamu.”
Makna Muraqabah

Muraqabah sebagaimana diisyaratkan oleh al-Quran dan hadis, ialah; Merasakan keagungan Allah Azza Wa Jalla di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiran-Nya dikala bersendirian ataupun dikhalayak ramai.

Cara Muraqabah

Sebelum memulai sesuatu pekerjaan dan disaat mengerjakannya, hendaklah seorang Mukmin memeriksa dirinya, apakah setiap gerak dalam melaksanakan amal dan ketaatannya dimaksudkan untuk kepentingan peribadi dan mencari populariti, ataukah kerana dorongan redha Allah Subha Nahu wa Taala dan menghendaki pahala-Nya?

Jika benar-benar kerana redha Allah Subha Nahu wa Taala, maka teruskanlah melaksanakannya walaupun hawa nafsunya tidak setuju dan ingin meninggalkannya. Kemudian teguhkan niat dan tekad untuk melangsungkan ketaatan kepada-Nya dengan keikhlasan sepenuhnya dan semata-mata demi mencari redha Allah Subha Nahu wa Taala.

Itulah hakikat ikhlas. Itulah hakikat kebebasan diri daripada penyakit nifa’ dan riya’. Iman Hasan al-Basri berkata; “Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada seorang hamba yang selalu mempertimbangkan niatnya. Bila semata-mata kerana Allah Subha Nahu wa Taala, maka dilaksanakannya tetapi jika sebaliknya maka ditinggalkannya.”

Bentuk-bentuk Muraqabah

Ada beberapa bentuk muraqabah;
  1. Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan ikhlas kepada-Nya.
  2. Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara total.
  3. Muraqabah dalam hal-hal yang mubah (harus) adalah dengan menjaga adab-adab terhadap Allah Subha Nahu wa Taala dan bersyukur di atas segala nikmat-Nya.
  4. Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha kepada ketentuan Allah Subha Nahu wa Taala serta memohon pertolongan-Nya dengan penuh kesabaran.

Saudaraku, sekiranya anda telah bermuraqabah kepada Allah Subha Nahu wa Taala dengan tingkat muraqabah yang telah dinyatakan, kemudian anda dapat tetap melaksanakannya (konsisten), maka tidak syak lagi bahawa anda telah meniti tangga menuju takwa. Anda sudah menapaki jalan rohani. Dan pada akhirnya anda akan sampai ke darjat para muttaqin yang mulia.

Ketiga: Muhasabah (Introspeksi diri)

Dasarnya terkandung di dalam Al-Quran;
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al-Hasyr: 18]
Makna muhasabah sebagaimana diisyaratkan oleh ayat ini ialah; Hendaknya seorang Mukmin menghisab dirinya ketika selesai melakukan amal perbuatan. Apakah tujuan amalnya untuk mendapatkan redha Allah Subha Nahu wa Taala atau apakah amalnya dicemari sifat riya’?

Ketahuilah, seorang Mukmin setiap pagi hendaklah mewajibkan diri untuk memperbaiki niat, melaksanakan ketaatan, memenuhi segala kewajiban, dan membebaskan diri daripada riya’. Demikian juga dipetang hari, semestinya dikhususkan waktu untuk bersendirian dengan dirinya untuk memperhitungkan semua yang telah dilakukan. Apabila yang dilakukannya itu kebaikan, maka hendaklah memanjatkan puji syukur kepada-Nya atas taufik-Nya, seraya memohon keteguhan dan tambahan kebaikan. Apabila yang dilakukan itu bukan kebaikan, maka hendaklah ia bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus, seraya menyesal, memohon ampun, berjanji untuk tidak mengulangi serta memohon perlindungan dan husnul khatimah kepada-Nya.

Semoga Allah Subha Nahu wa Taala meredhai Umar al-Faruq r.a. yang berkata;
“Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab, timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang, dan bersiap-siaplah untuk pertunjukkan yang agung (hari Kiamat). Di hari itu kamu dihadapkan kepada pemeriksaan, tiada yang tersembunyi dari amal kalian barang satu pun.”
Saudaraku, jika saudara telah menghisab diri dalam urusan yang besar maupun yang kecil, dan berusaha keras melakukan khalwat di malam hari dengan Allah Subha Nahu wa Taala untuk melihat apa yang akan dipersembahkan pada hari Kiamat kelak, maka saudara telah melangkah menuju takwa dan menapaki perjalanan rohani bahkah akhirnya saudara akan sampai ke darjat para muttaqin.


Rujukan: Tarbiah Ruhiah, Petunjuk Praktikal Mencapai Darjat Takwa, Dr. Abdullah Nasih Ulwan

Saturday, February 16, 2013

Menuju ketinggian rohani ( Penyelesaian Melalui Taqwa)

" GENERASI ACUAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH "


Al-Quranul Karim dengan pandangannya yang menyeluruh tentang alam kehidupan dan manusia telah memberi gambaran yang jelas kepada kita tentang kaedah praktikal dalam mempersiapkan rohani manusia, membentuk keimanan dan mentarbiyah (mendidik) jiwanya.
      Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman di dalam surah al-Anfal;
“Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu ‘furqan’* dan menghapuskan segala kesalahan 
kesalahan kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.” (al-Anfal:29)
      Dan dalam surah al-Hadid;
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, nescaya Allah memberikan dua bahagian daripada rahmat-Nya kepadamu, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Hadid:28)
     Di dalam surah ath-Talaq;
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (ath-Talaq:2-3)
     Marilah kita renungkan ayat-ayat di atas. Apakah yang dapat kita simpulkan? Kita berkesimpulan bahawa taqwa kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala adalah modal kekayaan inspirasi, sumber cahaya dan karunia yang melimpah… Dengan taqwa kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala, seorang Mukmin akan dapat membezakan yang mana hak dan yang mana batil. Allah Taala memberikan karunia kepada orang yang bertaqwa berupa cahaya yang akan menerangi kehidupannya.
      Orang yang bertaqwa akan selalu mendapatkan jalan keluar yang mententeramkan batinnya walau bagaimana besar dan rumitnya masalah yang sedang dihadapi.
       Ketika menafsirkan firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala ini, Sayyid Qutb Rahimahumullah berkata;
“Inilah bekal tersebut dan persiapan perjalanan… bekal ketaqwaan yang sentiasa menggugah hati dan membuatnya selalu peka, waspada, hati-hati serta selalu di dalam konsentrasi penuh... bekal cahaya yang menerangi liku-liku perjalanan sepanjang mata memandang. Orang bertaqwa tidak akan tertipu oleh bayangan yang menghalangi pandangannya yang jelas dan benar… itulah bekal penghapus segala kesalahan, bekal yang menjanjikan kedamaian dan ketenteraman, bekal yang membawa harapan atas karunia Allah Subha Nahu Wa Ta’ala; di saat bekal-bekal lain sudah sirna dan semua amal tidak lagi berguna…Itulah hakikat kebenaran, taqwa
kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala menumbuhkan furqan di dalam hati. Furqan yang bisa menyingkap jalan kehidupan. Namun hakikat ini – sebagaimana hakikat-hakikat aqidah lainnya – hanya dapat difahami oleh mereka yang benar-benar sudah merasakannya. Bagaimanapun indahnya kata-kata yang digunakan untuk melukiskan hakikat ini, tidak akan dapat memberikan gambaran yang sebenarnya kepada yang belum merasakannya.”
      Semua permasalahan tetap rumit difikirkan, perjalanan semakin sulit dilalui, kebatilan berbaur dengan al-haq di persimpangan jalan, dalil-dalil dan hujah terus diserukan, namun masih tidak dapat mendatangkan kepuasan. Akal dan hati nurani tidak menyahut seruan, perdebatan tetap sia-sia, diskusi-diskusi hanya menghabiskan waktu dan tenaga… itu semua terjadi kerana tidak adanya taqwa .Sebaliknya dengan taqwa, fikiran menjadi terang, al-haq tampak jelas, jalan akan jadi lurus dan terbentang lebar, hati rasa tenteram, batin begitu damai dan kaki terpancang teguh dalam menyusuri perjalanan hidup.
     Sesungguhnya fitrah manusia tidak mengengkari al-haq. Namun hawa nafsu menjadi penghalang di antara keduanya. Hawa nafsulah yang menebar kesuraman, menghalang penglihatan, dan mengaburkan arah tujuan... hawa nafsu tidak dapat disingkirkan dengan dalil-dalil. Ia hanya dapat ditewaskan oleh taqwa. Ia hanya dapat dinyahkan dengan rasa takut kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan terus-menerus muraqabah terhadap-Nya, baik dalam keadaan sunyi atau terang-terangan… di sinilah letak furqan yang akan menerangi wawasan, menghilangkan keraguan, dan menyingkap jalan kehidupan.

 Hakikat taqwa

   Taqwa merupakan natijah (hasil) tabie daripada keimanan yang kukuh, keimanan yang selalu dipupuk dengan muraqabatullah; merasa takut terhadap murka dan azab-Nya, dan selalu berharap limpahan kurnia dan maghrifah-Nya.
Atau sebagaimana yang ditakrifkan oleh ulama.; taqwa juga bermaksud Allah Subha Nahu Wa Ta’ala tidak melihat kamu berada di dalam larangan-laranganNya dan tidak kehilangan kamu dalam perintah-perintah-Nya.
     Sebahagian ulama lain mendefinisikan taqwa dengan mencegah diri daripada azab Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dengan membuat amal soleh dan takut kepada-Nya dikala bersendirian atau dikhalayak ramai.
     Perhatian Al-Quran terhadap sifat taqwa begitu besar. Perintah dan sokongan untuk melaksanakannya pun banyak kita temukan dalam ayat-ayatnya, bahkan pada  hampir setiap halaman Al-Quran pasti kita temukan kalimah taqwa.
     Dalam satu riwayat yang sahih disebutkan bahawa Umar bin Al-Khattab ra. bertanya kepada Ubai bin Ka’ab tentang taqwa. Ubai ra. menjawab, “Bukankah anda pernah melewati jalan yang penuh duri?”
“Ya,” jawab Umar.
“Apa yang anda lakukan di saat itu?”
“Saya bersiap-siap dan berjalan dengan hati-hati.”
“Itulah taqwa!”

Berdasarkan jawapan Ubai bin Ka’ab atas pertanyaan Umar bin Khattab tersebut, Sayyid Qutb berkata dalam tafsir “Fi Zilalil Quran”;

“Itulah taqwa, kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut terus menerus, selalu waspada dan hati-hati agar tidak sampai kena duri jalanan… Jalan kehidupan yang bertaburan duri-duri godaan dan syahwat, kerakusan dan angan-angan, kekhuatiran dan keraguan, harapan atas segala sesuatu yang tidak bisa diperolehi. Ketakutan palsu daripada sesuatu yang tidak layak ditakuti.. dan banyak duri-duri lainnya.”

Cukuplah kiranya, keutamaan dan pengaruh taqwa sebagai sumber segala kebaikan dalam masyarakat; sebagai satu-satunya cara untuk mencegah kerosakan, kejahatan dan perbuatan dosa... bahkan taqwa merupakan asas utama dalam pembinaan jiwa dan akhlak seseorang dalam rangka berhadapan dengan fenomena kehidupan; yang mana dengannya ia dapat membezakan  mana yang baik dan mana yang buruk; serta bersabar di atas segala ujian dan cubaan. Itulah hakikat taqwa.
       
Rujukan: Tarbiyah Ruhiyah, Dr Abdullah Nasih Ulwan

..hawa nafsu tidak dapat disingkirkan dengan dalil-dalil. Ia hanya dapat ditewaskan oleh taqwa. Ia hanya dapat dinyahkan dengan rasa takut kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala dan terus-menerus muraqabah terhadap-Nya

JADIKAN TAQWA PERISAI DIRI AGAR BAHAGIA DUNIAWI WA UKHRAWI......
KULLU AM WAANTUM BIKHAIR , BARAKALLAHULAKUM JAMI'AN  =)

* copas *

Bersambung ....