Selamat Datang

Monday, December 31, 2012

Pancake a.k.a Lemping

pancake versi klate +susu F&N :)
RESEPI PANCAKE a.k.a LEMPING

bahan-bahan
- 1/4 gandum
- 2 gelas  air
- sedikit garam
- 1 biji telur
- minyak
- kuali

cara-cara :
-campurkan semua bahan di atas ,gaulkan rata pastikan doh tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat
- next panaskan kuali (api sederhana) masuk kan sedikit minyak dan ratakan ke permukaan kuali
- masukan doh kuanttiti yg sedikit ratakan ke permukaan kuali membentuk bulat seperti dalam gambar
- setelah masak (kekuning-kuningan) angkat
- pancake sedia dihidang bersama susu pekat F&N + air tea panas

enak juga juadah minum petang :)

selamat mencuba !!!

EASY N SIMPLE ^^

p/s : pandai2 la adjust sendiri if terlalu pekat (tambahkan air) if terlalu cair (tambahkan gandum) okay !!

note : lemping kat atas masa tgok bola kelantan TRW lawan (opss lupa maaf ^^ )

koleksi wallpaper danbo versi 2


wallpaper collection


Thursday, December 27, 2012

Jom Kenali Tok Guru



I LUV TOK GURU =)

Mari mengenali ulama yang menjadi pemimpin masyarakat

Beliau Berumur 81 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat .

"SHARE" Jika Anda Kagum dengan Pentadbiran Tok Guru Kito ♥

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR

copas from laman sosial di facebook :) x sempat nak menulis....fatrah imtihan doakan saya semua !!! 

Thursday, December 20, 2012

Mode Imtihan



Danbo pun study hard study smart !!!


Semester  1  sesi  perkuliahan  sesi  2012/2013 sudah pun berakhir,waktu terasa kian singkat,pejam celik pejam celik dah sampai hari terkhir .Tepat jam 1.00 p.m bertarikh 20/12/2012 (tarikh yg cantik) muhadhorah tasawuf melabuhkan tirai.ALHAMDULILLAH sesi perkuliahan ditutup dengan “tasawuf” (at least dapat segarkan jiwa sucikan hati ) ..Hari ini doktor tak berapa sihat ,patut la dua minggu tidak hadir kuliah – syafakallah ya Duktur – kagum dengan doctor walaupun tak sihat masih mampu untuk hadirkan diri mengajar,jumpa kami anak2nya (perasan la plak :) kat kuliah ..tapi kita kadang sakit sikit terus tak datang(muhasabah diri sendiri ) .Minggu ni kebanyakkan doktor meneruskan pengajian seperti biasa dan memberi pencerahan ‘muqarrar’ imtihan (time ni confirm ramai yang datang,dan takkan ‘miss’ kelas punya coz doktor bagi ‘muqarrar imtihan :) …  Sempat la bergambar kenangan dengan doktor ,sedih pun ada sebab seronok sangat belajar dengan murabbi-murabbi Kuliah Ulum Islamiah , tak sanggup nak berpisah (acece lebih-lebih la plak :(   bukan apa memang best pun doktor mengajar..banyak cara banyak ragam dan banyak manfaatnya .. Banyak nasihat dan ibrah yang diperoleh sepanjang pengajian ini..antara yang sering diulang oleh para doktor berkaitan ‘JAGA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH’ ..’KAMU  PEMBAWA RISALAH ISLAM ‘  ..’MASA ITU EMAS ‘ ..itu yang asas yang furu’-furu’ lagi banyak .. yang ni cerita tentang habis sekolah..tapi ingat habis sekolah bukan beerti semua buku,semua kitab,semua nota masuk kotak ,duk diam kat situ …. 

 Walau pengajian dah habis tapi imtihan belum habis lagi..waaaaaa …. Banyak kena ulang dan hafaz,kena hafal .sob2 calm down !! relaxs !! buat perancangan yg tersusun (tetiba teringat kalam saidina Ali karamallahu wajh : “KEBENARAN YANG TIDAK TERSUSUN AKAN DIKALAHKAN  DENGAN KEBATILAN TERSUSUN “  ) apa kaitan imtihan dengan kalam saidina Ali r.a ..hurmm means that, nak berjaya kena la buat perancangan yang tersusun ,ikut masa,jika takde perancangan rapi takut dikalahkan dengan godaan-godaan hawa nafsu ,bisikan-bisikan yang tak perlu ..(faham2 je la ya ) … ok imtihan 2 minggu lagi .first week “study week”  , “study group “ second  week mula “berperang dengan pena dan kertas “.ALLAHUMMA YASSIR WA LA TU’ASSIR WA TAMMIM BIKHAIR ,INSHAALLAH

Date 4 Jihad : 29/12/12 – 23/01/13 ALLAH MUSTA’AN 

Salam IMTIHAN salam MURAJA’AH buat mahasiswa/wi Tahun 3 dan semua mahasiswa/wi ULUM ISLAMIYYAH  & UNIVERSITI AL-AZHAR 

USAHA -->  DOA --> TAWAKKAL = KEJAYAAN

Monday, December 17, 2012

Perkongsian dari Ana

Bismillah ...

Perkara mubah/harus dilakukan adala perbuatan yang tidak dilarang dan disuruh secara qat'ie bermaksud boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan ,xdde pahala jika dibuat dan tidak dikenakan dosa jika tak buat

contoh : makan , minum , tidur, kahwin dll.

TAPI .... mana2 individu muslim yg melakukan perbuatan mubah diberi ganjaran bilamana NIAT kerana ALLAH..sbg cth : kita makan --> kuatkan badan--> utk melakukan ibadah solat.haji dan lain..begitu juga kahwin : kahwin---> ikut sunnah baginda s.a.w---> perbanyakkn zuriat = inshaallah ganjaran disisi ALLAH...

Ini beerti segala bntuk perbuatan mubah/harus bertukar menjadi ibadat dengan cara NIAT KERANA ALLAH .....bukan saje2 kita nak buat,ykni saje je nak makan or saje je nak tidur tapi niatkan semua yg kita buat hanyalah utk beribadat kepada ALLAH ikut sunnah RASULULLAH ...

mudahkan ... jom lakukan ..ubah sekarang !!!!

sedikit perkongsian :

Pesanan Nabi Adam a.s kepada anak-anaknya :
1) Jika kamu ingin melakukan sesuatu perkara dan kamu meraguinya maka TINGGAL kanlah ia.
2) Jika kamu ingin melakukan sesuatu perkara dan kamu meraguinya maka FIKIRkan lah dulu apa akibat/kesan dari perbuatan yang bakal kamu lakukan.
3)Jika kamu ingin melakukan sesuatu perkara dan kamu meraguinya maka mintalah PETUNJUK ORANG2 YANG BAIK .

sama-samalah kita mengambil iktibar ....wallahu'lam

perkongsian dr kelas tallaqi syeikh ahmad haja'in
di jami' AL-AZHAR ..
kelas matan arba'in HADIS KE25-27

Monday, December 10, 2012

Agar-agar Nata De Coco Cairo

agar-agar  nata de coco cairo :)

Sudah lama rasanya tak buat agar-agar,teringin untuk makan ,kebetulan ada gotong royong sempatlah buat sedikit juadah "agar-agar nata de coco cairo " huhu ... (tataw nak bagi nama apa ) dah macam warna warni malaysia dah gayanya .. bercampur2 warna ada hijau ada merah ada kuning ...semua ada !! ermm mesti sahabat nak tahu macam mana nak buat agar2 kat atas kan ?? (saje je teka )

tak apa .. ana kongsikan sikit cara-cara nak buat agar2 ni - easy & simple - inshaallah ..

Bahan-bahan yang diperlukan ...

1 bungkus agar-agar ( yang serbuk pun bisa , - 1paket -)
pewarna hijau
pewarna kuning
pewarna merah (sirap pun boley )
5 /6  gelas (sederhana )air
daun pandan tambah perasa (kalau ada , agar2 diatas saya tak letak )
gula secukup rasa
garam secubit penambah rasa
periuk
 
Cara-cara nya...

Masuk 5/ 6 gelas air ke dalam periuk panaskan diatas api , masukkan agar-agar biarkan ia mendidih,then,masukkan gula  dan garam biarkan seketika .. selepas itu asingkan agar2 tadi ke pada empat bahagian  .. bahagian 1 : bekas tupperware yang sederhana besar masukkan agar2 tadi (agar2 kosong warna putih je ) .. bahagian 2 : satu mangkuk agar2 utk pewarna hijau .. bahagian 3 : satu mangkuk utk pewarna merah .. bahagian 4 : satu mangkuk utk pewarna kuning .. bahagian 2.3.4 biarkan agar2 tadi keras dan apabila keras , potong berbentuk dadu macam nata de coco :) ... n masukkan agar2 yg siap dipotong kedalam tupperware tadi ..tabur ikut suka ,kena pada gaya dan enak dipandang mata ,, rasa jgn lupa !!!!

** utk note sila pastikan acuan agar2 dalam tupperware tadi tidak keras dan utk keselamatan sebelum diletakkan  didalam tupperware biarkan seketika ia berada didalam periuk utk memastikan tahap ia tidak cepat beku coz pastikan acuan dalam 3 bahagian yg berbaki freeze dahulu senang nak tabur nanty ..okay !!!

** sekiranya memerlukan kuantiti yang bnyak sila tambahkan ikut selera dan cara :)

selamat mencuba agar-agar nata de coco cairo :)

dah cuba post la kat sini jugaa :)

"#maaf  post agak kelam kabut sikit ..almaklumla dan tgh malam #

Friday, December 7, 2012

Riadah cara Baginda s.a.w



BERIADAH CARA RASULALLAH S.A.W

Islam yang syumul merangkumi semua aspek kehidupan manusia.Justeru, tidak hairanlah riadah ataupun sukan merupakan salah satu juzu' dalam melengkapi kesyumulan tersebut.

Seseorang mukmin yang profesional haruslah memiliki kesihatan tubuh badan yang cergas bagi mengelakkan sebarang penyakit serta melahirkan masyarakat yang cerdas pemikiran dan kuat fizikal,dan ini tidak tidak terhad kepada golongan kanak2 mahupun remaja , bahkan golongan dewasa mahupun orang tua juga perlu lah melibatkan diri dalam aktiviti beriadah.Bertepatan dengan hadis baginda s.a.w yang menyeru ummatnya supya sentiasa dalam keadaan yang kuat dan sihat.


Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)

Beriadah merupakan salah satu sunnah baginda s.a.w .. terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan oleh baginda s.a.w antaranya memanah,berenang,lumba lari, berkuda dan lain-lain lagi .
Banyak hadis menyebut mengenai aktiviti riadah yang ada pada zaman Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

" otak yang cerdas lahir dari badan yang cergas " . Beriadahlah dan bersukanlah dengan niat mengikuti sunnah baginda s.a.w ,Oh indahnya ISLAM!!! , Moga setiap apa yg dikerjakan dipandang oleh SANG PENCIPTA dan sama-samalah kita mengikut cara baginda s.a.w mengurus atur kehidupan baik dari segi riadah dan lain-lain ..

(ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIDINA MUHAMMAD S.A.W )

'RIADAH RIBAT UKHUWWAH'