Selamat Datang

Tuesday, November 27, 2012

Kalam Murabbi Motivasi Diri

osem man !!! pakar motivasi yang pantang menyerah kalah ...
Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa tidak boleh lari dari belajar , kadang-kadang masa yang ada di sia-sia kan .. bila ditanya berapa jam kamu belaja?? diri terpinga-pinga  sebab belajar tak ikut waktu, bila rasa nak belajar , rajin buka buku ,tapi bila perasaan malas mula menerjah ruang diri , leka tanpa sedar ...

Pesan seorang murabbi " sesuatu yang tidak tersusun atau tidak ada peraturan adalah sesuatu yang sia-sia " ..tetiba teringat kata-kata Saidina Ali Karamallahu wajh : " Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun rapi " . Di sini dapat kita lihat sesuatu amal yang dilakukan tanpa ada yang manhaj-manhaj yang teratur melambat kan kerja-kerja islam ke arah mencapai sebuah kemenangan.Dan tidak hairanlah mengapa kemenangan itu lambat ?? ( tetiba lak masuk bab lain ..maaf )

Berbalik pada pengurusan manhaj belajar para murabbi selalu bertanya kami sebagai studentnya bagaimana cara kamu semua menguruskan masa ?? berapa surah yang kamu dah hafal?? dan ini sering kali diulang oleh para doktor dan membuatkan "aku" terpaku sendirian ..memang tidak di nafikan cara pengurusan tidak lah sistematik dan tidak teratur..juga sering terfikir untuk cuba berubah tapi entah mengapa lain yang dirancang lain pula jadinya ..

Kehidupan seorang mahasiswa disibukkan dengan banyak perkara belajar di kuliah, tallaqi , urusan persatuan dan lain-lain , maka hal ini menyebabkan rasa "futur" di tengah-tengah jalan .. Oleh yang demikian , Murabbi menitipkan beberapa nasihat yang bermanfaat antaranya :

1) jaga al-quran dan as-sunnah dengan sehabis baik
2) luangkan masa menghafal kalam-kalam ILLAHI dan hadis-hadis nabawiyyah
 (paling minuman 1 juzuk + 1 hadis )
3) tidak dapat manfaat nya jika belajar tapi tak ambil ibrah (pengajaran)
(eg : belajar riyadhus solihin tapi matan hadis tak hafal tak cukup setakat faham je ,tidak dapat tidak kena  hafal matan yang ringan-ringan dan mudah dihafal dengan istiqomah yang asalnya susah nak hafal lama2 jadi mudah)
4) cuba bahagikan masa sebaik mungkin ( belajar , tallaqi , persatuan )
5) jangan hampakan harapan semua  yang menantikan kepulangan kita sebgai pembawa risalah ISLAM
6) kosongkan fikiran dari perkara2 yang menyibukkan diri anda ( eg : riadah dll )
7) kita bukan sahaja kena fokus pada pembacaan semata mata tapi dari segi kemahiran bercakap harus di pertingkatkan
8) fokus pada hafalan nusus yakni Al-Quran Dan As-sunnah , jgn setakat faham tapi kena hafal ayat AQ dan matan hadis
9) berbanyakkan kalimah-kalimah arab
10) if rasa malas timbul cuba variasikan cara belajar,cara menghafal dan lain-lain
( analogi : jika kita kurang selera makan mesti kita akan cub variasikan makanan ada ayam ada sayur ada buah, ada kuih muih begitu juga "selera" belajar perlu dipelbagaikan metodnya )

sekali lagi ingin saya lontarkan kalam murabbi " sesuatu yang tidak ada manhaj adalah sia-sia "
moga kita mengambil ibrah dari kalam murabbi ... lebih-lebih lagi saya yang menulis sebab tangan yang menaip lebih dekat dengan mata yang melihat..moga ALLAH pandu usaha yang dilakukan ..
ALLAH MUSTA'AN ...

murabbi yang di maksudkan : Dr. a'tiyyah fayyad ( dr fiqh islami )

mohon maaf atas kekurangan sekadar berkongsi nasihat murabbi (ad salah sila tegur )

~ kadang-kadang kita alpa hadirnya kalam taujihat mengembalikan kekuatan dan semangat ~ 

:: post minggu ni agak simple bahasa pun dah bercampur2 see u all next post ::

Sunday, November 25, 2012

Saham Akhirat !!! jom2 sahabat !!

SAHAM AKHIRAT

KELEBIHAN :

JANNAH FIRDAUSI

Bonus : sungai-sungai yang mengalir bersama pelbagai jenis pilihan minuman ,makanan ,buah buahan, bidadari,dan sebagainya …

SYARAT-SYARAT :

1) Mukmin
2) Ikhlas redha sabar
3) Azam yang tinggi
4) Istiqomah
5) Berbaik sangka,zuhud

CARA-CARA : Pelaburan boleh dibuat di alam dunia ,di muka bumi ALLAH,berbekalkan kad “ mardhatillah “ password “ikhlas” dan masukkan melalui pintu2 kebaikan,kebajikan.amal soleh klik al-quran dan as-sunnah pilih ganjaran berapa yang ingin diperolehi ,teruskan istiqomah,kerjakan ibadah dan bila sampai masa (nyawa diambil SANG PENCIPTA ) keluarkan kad dan nikmatilah ganjaran yang tidak terhingga …

JOM JOIN “SAHAM AKHIRAT” BAGI YANG BERMINAT !!! KEAHLIAN PERCUMA !!! JGN LEPASKAN PELUANG …

- walaupun minggu biah solehah semakin menghampiri penghujungnya , tidak bermakna kita hentikan segala apa yang di buat,biah solehah as titik mula atau mukaddimah buku baru 1434H ..moga terus istiqomah ..tak boleh buat semua jgn tinggal semua -

~ create biah solehah inshaallah persekitaran aman tanpa maksiat ~

:: MINGGU BIAH SOLEHAH 1434H ::

Tuesday, November 20, 2012

Jauhi Perkara Lagha




BISMILLAH

LAGHA ??

Apakah yang di maksudkan dengan perkara lagha ? Dalam Kamus Asasi Arab , lagha bermaksud kata-kata yang tidak berfaedah .Menurut Imam Ibn Kathir beliau menafsirkan sebagai segala  perbuatan yang batil , termasuk yang mempunyai unsur-unsur syirik dan maksiat , segala perbuatan  yang tidak berfaedah sama ada dalam bentuk perbuatan atau perkataan. 

Membuang masa dan melakukan perkara yang tidak berfaedah antara faktor kejatuahan umat islam sebelum ini.Hal ini disebut oleh Syeikh Hasan  an-Nadwi di dalam bukunya : “Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Islam “ . Beliau berkata “ tetapi sayang sekali , Kaum Muslimin tidak mensyukuri nikmat ALLAH .Selama berabad-abad lamanya manusia membuang waktu dan tenaga berfikir perkara dan berfalsafah berhubung perkara yang tidak bermanfaat .Andaikata mereka berfikir perkara yang menguntungkan ISLAM dan kaum muslimin,kedudukan mereka tidak akan separah ini…” 

Sabda Rasulullah s.a.w  : “Dari kebaikan Islam seseorang itu  meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya “

Apa yang boleh difahami dari hadis ini merangkumi beberapa perkara dan ianya merupakan natijah kita meninggalkan perbuatan sia-sia  :

1) Membangunkan masyarakat yang mulia.
2) Menyibukkan diri dengan apa yang tidak berfaedah merugikan waktu yang berharga,
    dan tanda iman lemah.
3) Menghindarkan diri dari perkara yang sia-sia jalan menuju keamanan dan keselamatan.
4) Hati sentiasa dekat dengan ALLAH.

Diriwayatkan darpada Hassan AlBasri sesungguhnya beliau berkata : “ Antara tanda-tanda ALLAH berpaling daripada hambaNYA ialah apabila hambanya   menjadikan kesibukan  pada apa yang tidak berfaedah baginya “ 

5) Mendidik jiwa dan memperbaiki nya dari segala macam keburukan dan  kekurangan dan
    meninggalkan apa yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat .

Sebagai mahasisiwa mahupun da’ie seharusnya menjauhkan diri dari situasi lagha ini,berusaha menjauhkannya supaya tidak terperangkap dengan “ perangkap iblis “ yang sentiasa memerhati gerak geri kita .Sama-sama lah kita berusaha menjadi mukmin yang professional yang bertindak bijak dalam mengatur urus kehidupan.Apakah sifat-sifat mukmin profesional ??

Sifat-sifat  mukmin profesional ,sahabat-sahabat boleh rujuk surah al-mu’minun di mana ALLAH s.w.t telah menggariskan beberapa sifat ..Antara sifat – sifat orang mukmin ialah menunaikan perintah ALLAH , solat 5 waktu, puasa , amar makruf nahi mungkar  serta  meninggalkan perkara-perkara lagha.

Firman ALLAH s.w.t : “Sungguh beruntung orang-orang yang beriman , (iaitu) orang yang khusuk dalam solatnya,dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna “    al-Mu’minun :1-3 

Oleh itu,marilah sama-sama kita menguruskan perjalanan hidup dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang selari dengan tuntutan ISLAM.Kembali kepada tujuan asal kita diciptakan iaitu beribadat kepada ALLAH dan menjadi KHALIFAH dimuka bumi ini.Berhibur ataupun “ tasliah “ merupakan salah satu cara menenangkan fikiran dari stress ,tidak hanya tetumpu pada kerja sampai lupa untuk rehat kan tenaga , bekerja sehabis daya kalau sakit kita juga yang merana . Islam itu  mudah ,jangan terlalu men”tasydid”(1) kan urusan agama nanti kita juga yang tewas,ini tidak bermakna kita mempermudah urusan agama ,jalan yang paling baik bersederhanalah dalam hidup .Bukankah kita “ أمة وسطا    (2) ummah   pertengahan ?!

JOM BERUBAH, JALANI PENGHIJRAHAN DENGAN AZAM & SEMANGAT BARU,
KATAKAN TIDAK PADA PERKARA LAGHA !!!

Wallahu’lam .

Rujukan kitab :
- Kitab Wafi Fi Syarhi Arba’in An-Nawawiah m/s 84, Cetakan Pertama
   Darul  Kalimi  tTayyib ,Damsyik
- Kamus Asasi Arab m/s 1093           

(1) tasydid ke  atas sesuatu bermaksud menguatkannya/menegaskannya
(2) Rujuk al-quran surah al-baqarah ayat 143



 [ MINGGU BIAH SOLEHAH 1434H AISA ]   
                                                                                                                                                                                                                     





               

Saturday, November 17, 2012

Save Palestine !!!


Syahid menanti mereka ..teruskan perjuangan wahai para mujahidin dan mujahidat !!!
"KHAIBAR, khaibar ya Yahud! Jaysyu Muhammad Saya'uud ..! Asy-Sya'b yurid tahrir filastiin!!! "


Mutakhir ini , kita sekali lagi di kejutkan dengan isu Gaza,Plaestine , rakyat di bunuh sesuka hati, bermandikan peluru-peluru , bom-bom, diseliputi asap - asap, rakyat tertindas kezaliman memerintah..suara anak kecil meminta tolong , rakyat berusaha membebaskan negara dari terus dizalimi rejim zionist, ..kita hari ini , masih diberi keamanan tanpa sebarang peperangan..tapi saudara kita di sana saban hari bermain dengan peluru baik orang tua dewasa wanita hatta anak kecil yang tidak berdosa..YA ALLAH .. engkau yang memiliki kekuasaan di langit dan di bumi hanya kepada engkau kami memohon pertolongan,engkau bantulah saudara kami di sana , bebaskan mereka dari kezaliman rejim israel..

Sahabat-sahabat buat lah apa yang boleh dilaksanakan , sebarkanlah info yang tepat , iringilah mereka dengan doa , boikot lah apa sahaja barang yang membntu kepada kezaliman zionist terhadap saudara kita di sana .. isu GAZA bukan isu lapuk , dimana bila timbul isu di media massa kita semangat , tapi bila isu ini terhenti kita buat tak tahu .. isu ini isu ummah kita seharusnya setiasa meng"update" berita-berita saudar2 di sana , buat apa ada laptob,tablet,komputer tapi tak cakna isu ummah!!!

Jihad Fi Sabilillah !!!

"KUNCI PEMBEBASAN PALESTINE"

 Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil mnyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordan. Ketika di Jordan beliau pergi ke daerah perbatasan Jordan-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongan tabligh Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh di salah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat ke arah dalam masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yg dia lakukan tadi. “Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yg hadir solat subuh di masjid,” kata tentera Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya “Kenapa?” Dia pun menjawab “Di dalam kitab kami ada tertulis “Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yg hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dgn jumlah jemaah solat jumaat, maka saat itu Israel akan hancur.” Tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yg datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak boleh kalahkan kami.”

Di situlah kekuatan kita " Solat subuh berjemaah " kenapa  dikaitkan dengan solat subuh..ini kerana solat subuh merupakan waktu paling selesa untuk beristirehat .kita kadang-kadang alpa solat subuh lewat waktu,tidak berjemaah,sedarlah wahai ummah ..saudara di sana perlukan pembelaan, bila diperhatikan solat jumaat sampai melimpah masjid tapi bila time solat subuh tidak sampai satu saf .. bukankah ALLAH menyukai mereka-mereka yang berada dalam saf yang tersusun rapi yakni jemaah "jemaah itu sumber kekuatan "  ..jika hari ini rakyat sedar kekuatan ini alangkah gembira saudara-saudar kita yang dizalimi kerana kita ada sumber kekuatan itu..kekuatan yang mampu menggegarkan pihak musuh..

 Firman ALLAH s.w.t : " Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur , mereka seakan-akan seperti suatu banggunan yang tersusun kukuh " as saff : 4

Terpulang pada sahabat-sahabat untuk terima ini sebagai nasihat atau apa,hadirnya pena ini sebagai peringtan bersama ..sama-samalah kita berusaha untuk mengembalikan kegembiraan saudara-saudara kita yang tertindas baik di Gaza , Syria ,Burma  dan negara-negara islam yang lain.. kongsilah tanggisan mereka rasailah penderitaan mereka dalamilah sudut hati mereka ..mereka perlukan kita !! tapi kita sekarang dimana??? tengah makan mCD??
"Kami bersumpah dengan Tuhan yang memiliki keizzahan, selepas jatuhnya Asad kami akan ke Gaza pula.."

Lihat betapa hebatnya jiwa para mujahidin Syria.
 
Lihatlah para mujahidin di Syria , walaupun negara mereka masih bergolak , mereka masih memikirkan saudara-saudara di palestine ..SUBHANALLAH .. kagum melihat semanagat perjuangan mereka tidak pernah gentar tidak pernah taku..hatta anak kecil yang baru mula mengerti apa itu kehidupan ..jom sahabat ubah !!! satu semangat satu tujuan .BERSATU ATAS SATU NAMA : ISLAM !!! letak ISLAM pada aras yang paling tinggi nescaya ALLAH sentiasa di sisi ....

~ Hancur Hancur Hancur Zionist ~
~ Boikot Boikot Boikot Israel ~
~ Save Save Save Gaza Palestine Syria Burma ... ~

#doakanumatislamdimanasajamerekaberada# kita ummah yang satu!!! #



Shoutul Harakah - Palestine Tercinta
http://www.youtube.com/watch?v=IUKX2Vp3-cY



 
GAZA kini !!! tak sanggup melihatnya :( tapi inilah hakikat dibumi Palestine!!

Mesir sekarang bukan Mesir dahulu !!!
Doa Qunut Nazilah
 http://www.youtube.com/watch?v=83_M2ODPl2o
ya ALLAH selamatkan bumi PALESTINE





Wednesday, November 14, 2012

Tuntutan Fardu Kifayah

BISMILLAH ..
Sejauh mana keberkesanan dan tuntutan fardu kifayah dalam memperkasakan ummah ??

Sabda RASULULLAH s.a.w : " Menuntut Ilmu adalah wajib bagi setiap muslim "

Berdasarkan hadis ini , jelas menunjukkan bahawa ilmu wajib dituntut oleh setiap individu , baik ilmu fardu 'ain mahupun 'ilmu kifayah .Adapun Ilmu Kifayah adalah satu kefarduan yang bertujuan mewujudkan amal yang mengkhususkan kepada sebahagian inidividu sahaja .Ianya merupakan satu tonggak kekuatan ummah.jadi mana-mana pihak baik individu , masyarkat mahupun pihak kerajaan wajib menyediakan kemudahan untuk merealisasikan ilmu-ilmu fardu kifayah seperti mendalami bidang bidang fatwa syar'ie , perubatan , kejuruteraan,sains dan teknologi dan seumpamanya kerana semua ilmu ini dianggap "qiwamulummah" -kekuatan ummah-.

Imam Ibn Qayyim Al Jauziyah telah memperkenalkan satu kaedah yang utuh dalam masalah metod mempelajari ilmu fardu kifayah , kaedahnya :

" Perbezaan taklif dan kewajipan bergantung kepada kecenderungan dan kebolehan seseorang "

Kaedah ini memberi ruang dan peluang kepada kita untuk mamilih bidang atau aspek mana yang diminati dan menjadi kecenderungan diri sehingga mampu menjadi pakar di dalam bidang tersebut.Natijahnya kita mampu meyumbang faedah dan jasa di dalam memperkasakan dan mentransformasikan minda serta memanifestasikan kesatuan dalam mengukukuhkan ummat islam.

Dunia tanpa sempadan hari ini , memperkuatkan lagi hujah bahawa mahasisiwa/wi hari ini perlu peka terhadap apa yang berlaku disekelilingnya .Tidak harus melarikan diri daripada mengambil cakna isu ummah baik di dalam negara mahupun di luar negara.Ini kerana dengan mengetahu isu semasa dapat mengenal baik dan buruk lalu dapat memikirkan cara untuk mengelak daripada situasi jika mempunyai implikasi negatif .

Mahasiswa/wi pada zaman moden hari ini harus bijak mencari peluang untuk menyumbangkan khidmat kepada masyarakat apabila diperlukan tanpa mengabaikan tanggungjawab lain,dan pandai mengimbangkannya ,susun masa adjust kerja , fokus , teliti , perhati moga usaha di pandu ILLAHI .

Secara umumnya , mahasisiwa/wi yang profesional adalah mereka yang menjadikan AL-QURAN & AS-SUNNAH , sebagai petunjuk dalam menyusuri kehidupan sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.wallahu'lam

* perlu diingat bahawa menghidupkan konsep fardu kifayah adalah jalan untuk memperkasakan ummah .

Rujukan kitab :
Wanita Muslimah, karangan Us. Fauwaz Fadhil Noor , m/s 38-40

#SALAM MAAL HIJRAH 1434H BUAT SEMUA#
#Ulama' Haraki Teraju Kmenangan#

nukilan : Al Faqirah Ila Robbiha

Syahid al yaum ~ 1434H ~

syuhada' 1433H


 Assalamualaikum..

Sama-sama kita doakan saudara-saudara di Gaza, Palestin yg sedang digempur oleh tentera haram zionis laknatullah.. Salah seorang yg syahid dalam serangan udara tentera Israel adalah Ahmad Al-Ja'bary, Komandan Tentera Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas..

Semoga Allah merahmati beliau & para syuhada' yg gugur dlm perjuangan di tahun baru hijrah 1434 ini. Ia merupakan anugerah tertinggi dr Allah..Syurga menanti para syuhada'.. Allahuakbar..

Wassalam.


 #jangan lupa doa qunut nazilah buat keselamatan saudara seislam,dimana saja mereka berada#

~ pengakhiran husnul khatimah ALHAMDULILLAH , kita pula bagaimana??

sumber :
http://www.facebook.com/pages/Lukisan-Dakwah-Islam/186960618086884


Tahun Baru 1434H

ALHAMDULILLAH !!!

Bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana masih di beri ruang untuk bernafas dimuka bumi ini, diberi peluang untuk memakmurkannya dengan nilai-nilai ISLAM .. 1434H bermula satu permusafiran yang baru , segala catatan buku lama ditutup dan buku baru dibuka .. Semoga amalan di terima ALLAH..ameen..

Azam baru sinonim bila mana bermulanya detik 1MUHARAM ..masing-masing sibuk me"list"kan azam-azam yang bakal digapai untuk tahun ini ..SUBHANALLAH .. itu merupakan satu usaha yang baik ke arah satu penghijrahan yang bermakna  .. tidak salah untuk meletakkan azam ini kerana Nabi Muhammad  s.a.w bila mana berhijrah perkara pertama yang baginda lakukan ialah membangunkan negara madinah dimana baginda menyampaikan risalah islam melalui pembentukan sebuah negara ISLAM

" Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah ialah mendirikan masjid dan keduanya membina pasar. Kedua tindakan nabi ini adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititik beratkan dalam membina sesebuah negara. Masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan manusia sesama mereka. Manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting dalam membangunkan negara."

petikan kalam PRESIDEN PAS TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG ..

 Moga tahun ini bakal menyaksikan transformasi dari pelbagai sudut tidak tetumpu hanya pada soal ibadah tapi aspek2 yang lain yakni dari sudut siasah , ekonomi, pendidikan , pembangunan insan, akhlak dan lain-lain .. lakukan pembaharuan laksanakan azam .. moga ALLAH pandu !!

Bila tiba tarikh kemerdekaan masing-masing sibuk melansungkan konsert baik konsert berbentuk amal ataupun konsert "lagha" .. merasakan diri sudah bebas tapi pada masa yang sama "terbabas" dek kerana ISLAM diletak tepi gaya BARAT dicari-cari.. adakah anda merasai "kebebasan" sebenar ??

Last but not least , moga kehadiran 1434H mengubah pola pemikiran kita dari dibelenggu "jahiliyah moden" hari ini , terpesona dengan illusi hingga lupa diri,untuk ubah mindsetting lebih "sukar" dari mengubah aliran sungai ..sama-samalah kita lakukan penghijrahan minda dari takuk lama ke arah satu perubahan yang lebih baik ..inshaallah ...

SALAM MAAL HIJRAH 1434H BUAT SELURUH KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

sama-sama hayati lagu ini..sinonim bila 1 muharam tiba ( lagu lama yang bermakna =)

Al Ajiba

Lagu Tema Maal Hijrah

Lirik Lagu Maal Hijrah 1 Muharram

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

 http://www.youtube.com/watch?v=lSEXCuc6ak0

14/11/12 11.07 PM (waktu mesir) 

Tuesday, November 13, 2012

Sedarkah kita ???



                                                      بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamulaikum...    

Pertama dan selama2nya..marilah kita mengucapkan syukur kehadrat ilahi..dgn limpah kurnia-NYA,dapat kita merasai dua nikmat yg terbesar iaitu nikmat IMAN n ISLAM...dan dgn perjuangn baginda RASULALLAH S.AW dapat kita mengenali ap itu ISLAM yg sebenarnya...

 Sedar ataupun tidak kita adalah insan yg terpilih untuk berada di bumi ini...walaupun hanya sekejap namun perasaan itu menbuatkan kita tertanya2...apa sebab 'aku' dilahirkan?? atau saje2?? atau hanya sekadar utk berfoya2? makan?? minum???...dll... namun disebalik persoaln itu terungkap satu makna @ satu jawapan dimana..'aku' dilahirkan adalah untuk jadi seorng khalifah ALLAH..iaitu pemimpin untuk bantu agama ALLAH....

  Tapi...sedarkah kita apabila timbul persolan dimana ...apa yg 'aku' dah lakukan?? apa yg 'aku' perlu buat?? untuk apa 'aku 'buat semua ni?? penting sangt ker??  Jawpannya adalah..............
YA ALLAH ampunkan 'aku' aku sebenarnya lalai terhadap tanggungjawabku,'aku' tidak sedar ap yg 'aku' lakukan..mngkin ad dosa2ku yg mmbuatkanku alpa..YA ALLAH kau ampunkanlah dosa2ku...  ( moga kita tergolong dalam kalangn mereka yg diampunkan dosanya..ameen)...TAUBAT itulah cara yg terbaik..agar kita diberi nur < cahaya> oleh ALLAH untk kembali kejalan yg benar....bila hati kita bersih.. kita akan rasa tenang..dgn itu kita pikir balik..apa ISLAM itu sebenarnya.....

  ISLAM satu agama yg SYUMUL yg mana merangkumi semua aspek kehidupan..baik dr segi.............. ibadah,akhlak.politik.sosial...n sebagainya..namun terfikirkah kita apakah aku ni 'ISLAM'?? ya kita memang ISLAM tapi adakah kita betul2 berIMAN??IMAN DAN ISLAM x boleh dipisahkan ..untuk jadi yg terbaik maka kedua2 aspek ini prlu dalam dri kita....perisai dikala kita berada didalam dunia yg penuh dugaan dan pancaroba ini,dimana arus yg semakin moden meniti dalam kehidupan yg bergelar seoarng 'MANUSIA'...

   Bila bercakap tentang dunia yg semakin moden ni , maka muncullah dalam fikiran kita mengenai..
pembaharuan @ pengubah suaian yg dilakukan baik dr semua aspek..tetapi disini suka untuk sy persoalkn mengenai isu "fesyen".... yg mana membuatkan hati sy rasa sedih bila mana fesyen dianggap stu perkara yg utma tnpa memikirkn impak disebalik fesyen itu sndri.....bila orng kata " biasa la zaman sekarng dah moden x kanlah nak ikut trend dulu2" ok fine...tapi itu x semstnya kita perlu buka AURAT ..betul tak?? minta maaf sekiranya terlalu kasar..... AURAT...apa itu AURAT????

   Aurat (Arab: عورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah WAJIB ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil....

     Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-
anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang
yang beriman, supaya kamu berjaya.

Batasan aurat wanita 
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

BATASAN AURAT LELAKI
Aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup. Dalil mereka hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;
أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ
“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)
Pandangan pertama ini merupakan pandangan jumhur ulamak

   Sama2 lah kita menjaga menjaga aurat ..anugerah ALLAH berikan kita jaga ..kita simpan seelok2nya..x usah dipamer kecantikan kita kpda orng ramai tapi simpan n pamerkan kepda orng yg tersyng bilamana ijabkabul diakadkan ..dalm erti kata lain kpada SUAMI N ISTERI...sukalah untuk sy ingtkan sebaik2 perhiasan dalam dunia ini ialah wanita solehah...maka anggaplah ia sbg nyawa kamu.........

  Indahnya ISLAM mengajar kita ERTI HIDUP....kerana ISLAM kita kenal ALLAH dan RASULNYA....tapi sedarkah kita bahawa ISLAM itu memang hebat..kerana ISLAM kita HIDUP MUAFAKAT..semua terjadi kerana adnya ISLAM N IMAN....oleh itu jgalah ia jgn biarkn ia terlepas nanti kita akan kerugian......yakinlah bahawa ALLAH itu dekat....
 YUKK sahabat2 jaga ISLAM ,IMAN, HATI, AURAT jgn lupa......agar hidup kita diberkati DI DUNIA N DIAKHIRAT SANA...........INSYAALLAH..AMEEN

* pesanan untuk diri sendiri dan sahabt2 yg disayangi sekalian..........
* mohon kemaafan andai kata terkasar bahsa ,tersilap bicara, diri ini hnya insan yg lemah..yg sentiasa melakukan kesilapn....wallahu'lam................